Serahan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun

Mahasiswa & Mahasiswi Tajaan MAIWP















Hari Taklimat dan Silaturahim (HTS '09)

Hari Taklimat dan Silaturahim (HTS '09)

14 Oktober - Seramai 100 orang mahasiswa/wi baru telah menyertai HTS’09. 12 orang mahasiswa/wi tajaan MAIWP dan 88 orang mahasiswa/wi daripada Yayasan Generasi Gemilang.

Program selama 3 hari telah diisi dengan pengisian asas untuk mahasiswa baru seperti, Discussion Group (DG), pembentangan ilmiah, taklimat keselamatan, jaulah(lawatan) bersama fasilitator dan lain-lain lagi.

Beberapa orang pimpinan mahasiswa Mesir telah dijemput khas untuk memberikan pengisian antaranya Ustaz Nazrul Nasir dan Ustazah Mazni.

HTS ‘09 yang julung kalinya diadakan di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP ini di akhiri dengan persembahan kreatif dari setiap kumpulan. Ketika sesi majlis penutup, Muhammad Firdaus Bin Abdul Hadi dan Nihal Binti Mohamed Tarmizi telah terpilih sebagai peserta terbaik untuk HTS ‘09 kali ini. Tahniah diucapkan.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri (SAHARA '09)

Sambutan Hari Raya Aidilfitri (SAHARA '09)

"Raya Dirai Kegembiraan Dirasai" begitulah tem
a bagi SAHARA. Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutan Mesir sekali lagi telah berjaya menganjurkan program tahunannya iaitu Sambutan Hari Raya Aidilfitri (SAHARA) 1430 dibawah seliaan Sdri. Aminatul Saheera binti Che An selaku pengarah program. Program ini berlangsung pada 3 Syawal 1430 bersamaan 22 hb September 2009. Aturcara program bermula dari pukul 4:00 petang sehingga 10:30 malam.

Terdapat pelbagai acara menarik yang telah disediakan kepada tetamu dan ahli BKAWM khususnya. Acara ini diserikan oleh Sdr. Mohd Zaidi bin Zainuddin dan Sdr. Mohzami Amri Mohammad sebagai pengacara majlis. Ucapan raya melalui michrophone bergerak dan panggilan terus ke Malaysia, program berhenti seketika untuk memberi laluan kepada maghrib. Acara kembali menghangatkan keadaan apabila pertandingan kostum terbaik yang dimenangi oleh En. Abdul Halim bin Sulaiman, berzanji yang diketuai oleh Sdr. Mohd Radzi bin Saleh, tayangan ucapan raya dari Malaysia, seloka raya, persembahan nasyid dari AJKT dan AJK pelaksana SAHARA, deklamasi sajak, program SAHARA dihiburkan lagi dengan tayangan iklan raya, spontan raya, persembahan dari kumpulan nasyid Paradise dan diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah.

Aneka hidangan disajikan kepada tetamu dan ahli BKAWM yang memeriahkan SAHARA iaitu rendang daging, nasi impit, kuah kacang, kuah lontong dan pelbgai jenis biskut raya. Jelas sekali tema SAHARA berjaya memberi kesan yang positif walaupun agak penat dan letih dengan persediaan bagi menjayakan program ini, tetamu dan ahli BKAWM tetap dapat menikmati "Raya Dirai dan Kegembiraan Dirasai". Tahniah juga diucapkan kepada barisan AJK pelaksana berjaya melunasi Misi BKAWM kerana telah mengetengahkan siswi sebagai ketua.

Blogroll

Loading...