Senarai Nama Tajaan MAIWP Ambilan 2007 hingga 2009



Makluman dari Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM);

Kepada penama yang tersenarai dibawah. Diminta mengambil segera bayaran tajaan di Pejabat Pengurusan MAWIP Mesir (PPMM) sebelum 30 Disember 2009.

Lengkapkan Segera Borang Permohonan Anda.

Makluman terkini dari Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) : kepada mereka yang telah mengisi borang permohonan skim bantuan akademik baru-baru ini, sila rujuk senarai nama di bawah.

Malam Terakhir DiBumi Mesir

Dewan Sri Putra,ARWP.9 Dis- Patah tumbuh hilang berganti. Anak-anak Wilayah Persekutuan telah menerima Pegawai MAIWP mesir yang baharu. Senario pertukaran pegawai tidak asing lagi di bumi Mesir ini.

Asrama Rumah Wilayah Persekutuan Dipecah Masuk




ARWP,Hayyu Sabiek, 4 Disember
- Satu bilik di Asrama Pelajar Wilayah Persekutuan telah dipecah masuk pada hari Jumaat yang lepas ketika umat Islam yang lain menunaikan solat Jumaat.

Majlis Ramah Mesra Mufti Wilayah

Dewan Sri Putra, ARWP.29 Dis.- Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir(BKAWM) mengambil kesempatan terhadap kehadiran Mufti Wilayah Persekutuan ke Mesir Dato Hj Wan Zaidi Wan Teh.

BKAWM menganjurkan ramah mesra bersama Dato Mufti bersama anak-anak wilayah dan yang turut juga hadir adalah

Ucapan Sulung Yang DiPertua




SALAM PENGENALAN DARI KEPIMPINAN SESI 2009/2010

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Puji dan syukur hanya layak buat Allah Subhanahu Wata’ala. Selawat serta salam buat junjungan besar nabi akhir zaman Sallallahu Alaihi Wasallam, keluarga baginda, amma ba’du.

Saya dan seluruh kepimpinan sesi 2009/2010 diamanahkan untuk meneruskan kelangsungan pentadbiran BKAWM dan semestinya ia suatu taklifan yang amat berat. Sekali berfikir barangkali terdetik perasaan betapa kerdilnya diri untuk menyambut taklifan yang diberikan namum saya amat-amat sedar bahawa amanah ini adalah pilihan dari Tuhan dan pastinya saya dan sahabat pimpinan tidak akan berkerja secara sendirian.

Saya pasti kerja besar untuk menyatukan dan menyelenggara kebajikan anak-anak Wilayah Persekutuan akan dipikul oleh seluruh ahli seramai 468 orang secara bersama. Saya amat-amat maksudkannya. Anda bagaimana?

Sebelum saya melangkah jauh, jutaan terima kasih saya rakamkan buat pengurus asrama MAIWP Mesir, saf pimpinan 2008/2009, anggota lembaga penasihat dan seluruh ahli atas tenaga dan idea yang dicurahkan dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-11 kerana dari sinilah kepimipinan sesi 2009/2010 ini lahir dan akan meneruskan amanah kepimpinan dalam jangka sepenggal.

BKAWM Dan Kelestarian Ukhuwah Yang Rencam

BKAWM amat istimewa kerana kita disatukan dalam tiga juzuk kawasan yang berbeza, Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan. Dari segi geografinya barangkali kita amat-amat berbeza. Sosio-budaya, loghat dan cara hidup ketiga-tiganya adalah rencam dan berbeza. Justeru di sini kita disatukan dalam organisasi yang sama. Inilah hebatnya kejadian Tuhan dengan melengkapkan manusia dengan ikatan yang merentasi hubungan darah malah negeri.

Kita disatukan di BKAWM dan hargailah ikatan ini dengan penuh insaf.

Saya pernah ditanya untuk apa BKAWM ditubuhkan dalam kerencaman tiga wilayah yang berjauhan. Saya hanya mampu berdiam dan berfikir lantas membuat kesimpulan untuk apa saya jawab soalan sedemikian sedangkan ianya hanyalah satu juzuk daripada urusan pentadbiran. Apa yang lebih penting untuk difikirkan bersama ialah bagaimana untuk menjayakan agenda besar ini dengan baik dan terancang.

Sunnah yang ditinggalkan nabi menunjukkan kita qudwah. Menjaga ukhuwah sesama akidah merentasi hubungan darah. Inilah suatu tugas yang pada saya perlu digerakkan oleh seluruh pimpinan dan perlu disambut baik oleh seluruh ahli. Sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala yang bermaksud :

“Dan orang-orang (Ansar) Yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang Yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.”
(Surah Al-Hasyr : ayat 9)

BKAWM Dan Kesatuan Ahli

Soal kesatuan pula bukanlah perkara picisan. Ia tugas berat yang perlu saya dan seluruh pimpinan serta ahli untuk pastikan ianya tetap utuh. Sudah sebelas tahun BKAWM mandiri di bumi barakah ini menaungi seluruh ahli tiga wilayah dan sudah bersilih ganti pimpinan yang menerajuinya. Dengan usia yang sebegitu, ia bukanlah anak-anak hingusan lagi tetapi punyai digniti yang tersendiri.

Firman Allah Subhanahu Wataala yang bermaksud:

“Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.”
(Surah Al-Ahzab : ayat 23)

Apa yang mampu saya katakan bahawa generasi pimpinan dan ahli terdahulu telah berjaya melakar sesuatu yang cemerlang disetiap zaman hinggalah sampai giliran kepimpinan sesi ini. Saya pula ingin katakan bahawa kepimpinan sesi ini adalah sunnah rabbaniah yang telah Allah aturkan kepada manusia selaku khalifah.

Walaubagaima pun kekhuatiran tetap ada jauh disudut hati andai taklifan ini gagal digalas sebagaimana generasi kepimpinan lalu dan saya tetap optimis selagi perancangan yang baik dan usaha yang bersepadu dari seluruh ahli dan tawakal kepada Allah sepenuhnya akan menatijahkan hasil yang setimpal untuk kita semua.

Untuk itu, saya mohon seluruh ahli untu sama-sama jayakan misi ini sebaiknya. Meribat ukhuwah dan merealisasi kesatuan hingga ke akar umbi.

Salam penuh harapan.

Ab Samad Abdul Aziz
Yang Dipertua BKAWM 2009/2010
20 Zulkaedah 1430 H / 8 November 2009 M

Pegawai Pengurusan MAIWP Mesir

KENALI PENGURUS ASRAMA

Mendekati lebih dekat Pengurus kedua Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP). Bersama wartawan Putra Digest, Dr. Afifuddin Bin Sahlan.

ASAL USUL

Ahmad Yahya Bin Mohd Haniff. dilahirkan di Muar, Johor pada 23 April 1980. dibesarkan di Kuala Lumpur. Selepas dilahirkan terus berpindah dan dibesarkan di Kuala Lumpur.

PENDIDIKAN

Pendidikan menengah di SMKA Maahad Ahmadiah, Kajang. SPM tahun 1997. Kemudian ke matrik yang dikenali dengan nama Kolej Primeir Yayasan Perak selama setahun. Kemudian terus ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk ijazah pertama saya dalam bidang Perakaunan pada tahun 1998 hingga 2002.

PEKERJAAN SEBELUM KE MESIR

Sebelum ini pernah bekerja dalam pelbagai lapangan. Pernah juga bekerja dengan Kedutaan Afrika Selatan di Malaysia sebagai akauntan. Pada awal bulan 7 tahun 2006, diterima bekerja di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai akauntan selama 2 tahun lebih. Kemudian ditugaskan pula sebagai juruaudit dalam MAIWP sehingga 30 November 2009. Pada 1 Disember 2009 ditugaskan pula sebagai Pengurus Asrama Rumah Wilayah Persekutuan di Mesir ini.




Encik Ahmad Yahya Bin Mohd Haniff
+20119966448

Malaysia Student Complex
No. 24 El-Mahdi Ibn Barakah Street,
7th District, Nasr City, Cairo.
Arab Republic Of Egypt.


Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) :
Tingkat 1, ARWP.
No.Tel Pejabat / Fax : 0020222879711
ppmm_mesir@yahoo.com


Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP)
menawarkan Rumah Tamu untuk DiSewa

(sila klik rajah di bawah untuk paparan)


Blogroll

Loading...