Cairo Exploration anjuran UPKS


Cairo, 7 Feb : Seramai 42 orang pelajar terdiri daripada 36 orang peserta dan 6 orang musyrif telah menyertai lawatan sulung ini. Lawatan Cairo Exploration yang dianjurkan oleh Unit Perumahan Kesenian dan Sukan UPKS BKAWM.

Lawatan ini diketuai oleh Ustaz Faiz Mat Zaid. Lawatan Cairo Exploration ini diadakan dengan jayanya kerana ianya buat kali pertama pada tahun ini yang bertujuan untuk membuka mata peserta untuk mengenali 1001 sejarah bumi Anbia’ ini.


Penyertaan lawatan ini dikalangan pelajar perubatan dan pengajian Islam. Lawatan seperti seperti ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama pelajar khususnya antara pelajar perubatan dan pengajian Islam. Cairo Exploration telah membawa pelajar untuk mengenali tempat-tempat bersejarah di sekitar Kaherah. Antara tempat lawatan ialah maqam para ulama dan aulia. Masjid Saidina Hussain yang terdapat maqam cucu Rasulullah,Masjid Al-Azhar, Masjid Sultan Hassan atau dikenali sebagai Masjid Empat Mazhab, Kubu Salahuddin Al-Ayubi dan banyak lagi tempat menarik yang dilawati.




kenangan di Kubu Salahuddin


Melihat sejarah di Masjid Sultan Hassan


khusyuk. Ustaz Faiz pada sesi penerangan


kelihatan Ketua UPKS ustaz Mohd Adlly (kanan) dan AJK yang lain


Peserta didedahkan sejarah disetiap tempat lawatan

Talkshow 'Bicara Siswa'

Dewan Sri Putra, ARWP.5 FEB – Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sekali lagi mengadakan program Discasion Group gabungan untuk kali kedua pada sesi ini.

Program dibawah selian Lajnah Dakwah Dan Pembangunan Insan sesi 2009/2010.Program yang bermula selepas solat maghrib itu telah memberi satu tarikan oleh ahli-ahli BKAWM.Ahli penal yang dijemput ialah Ustaz Hairul Nizam Bin Mat Husain selaku Penasihat BKAWM.DG gabungan pada kali ini m
embawa kelainan dari DG gabungan kali pertama, DG kali ini berbentuk talkshow.

Hampir 40 ahli yang hadir mengikuti perbincangan pada malam tersebut. Tajuk yang diperbincangkan pada malam itu berhubung kait dengan pengunaan masa oleh mahasiswa ketika fatrah(semasa) selepas peperiksaan semesta satu. Pengerusi talkshow pada malam tersebut yang tidak asing lagi Ustaz Zaidi Zainuddin merupakan mantan exco BKAWM sesi lepas.ternyata zaidi bijak memainkan peranan sebagai moderator yang menjadi tarikan sidang hadirin.

Program berakhir pada Jam 8:3
0 malam dengan kesimpulan yang cukup memberi perhatian kepada sidang hadirin.

Makluman Permohonan MINHAH JAM`IYAH SYAR`IYYAH

Assalamualaikum wbt.Perhatian kepada semua ahli BKAWM yang menuntut di Universiti Al-Azhar.PMRAM telah mengedarkan borang MINHAH JAM`IYAH SYAR`IYYAH untuk diisi bagi sesiapa yang berminat.Antara dokumen yang dikehendaki adalah seperti berikut :

1. Salinan paspot
2. Tasdiq Kuliah yang asal (Surat Pengesahan Pengajian)
3. Tasdiq Kuliah yang difotokopi

Tawaran dibuka kepada mereka yang menuntut di Universiti Al-Azhar SAHAJA dan berkuliah di Kaherah.Bagi yang berminat,sila hubungi Lajnah Kebajikan /berjumpa :

Siswa - Roslizan Mohd Yusof (0111725615)-202
Siswi - Aminatul Saheera Che An (0111876057)-401

*Setiap borang dikenakan bayaran LE 0.50

Jumlah Kutipan Derma Kilat




Assalamualaikum wbr. Pada 4 Disember 2009 lalu Satu
bilik di Asrama Rumah
Kami mengucapkan terima kasih kepada ahli yang telah menyumbang bagi meringankan beban sahabat mereka.

Semoga Allah memberi ganjaran terhadap sumbangan kalian.
sekian.
Wilayah Persekutuan telah dipecah masuk.Sehubungan dengan itu, kami di pihak Lajnah Kebajikan telah mengadakan kutipan derma kilat bagi meringankan beban tiga mangsa tersebut.Kutipan telah diadakan di ARWP dan cawangan melalui mandub/ah.Hasil kutipan yang telah berjaya dikumpul adalah sebanyak LE 421.20

AMINATUL SAHEERA BINTI CHE AN
Lajnah Kebajikan


Blogroll

Loading...