Majlis Ramah Mesra Bersama Ahli Majlis MAIWP







ARWP, Kaherah. 27 Ogos: Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) dengan kerjasama Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) hari ini menganjurkan majlis ramah mesra bersama Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP),
Y.Bhg. Datuk

Qiamullail Dan Tazkirah Nuzul Quran






ARWP, Kaherah. 27 Ogos : IHRAM '10 tidak melepaskan peluang dalam menganjurkan aktiviti pada malam nuzul quran di Ramadhan Mubarak ini.

Pekeliling Pemangkuan Jawatan






IHRAM '10 Anjur Berbuka Puasa Bersama Taakhi





ARWP, Kaherah. 25 Ogos: Jawatankuasa Ihya' Ramadhan 2010 (IHRAM '10) menganjurkan berbuka puasa bersama BKAN taakhi Pulau Pinang.

Pertukaran Jadual CC Bulan Ramadhan


KUALA LUMPUR CYBER CAFÉ

HARI

WAKTU


10:00 AM-3:30 PM

4:00 PM-11:30 PM

SABTU

SISWI

SISWA

AHAD

SISWA

SISWI

ISNIN

SISWI

SISWA

SELASA

SISWA

SISWI

RABU

SISWI

SISWA

KHAMIS

SISWA

SISWI

JUMAAT

SISWI

SISWA

*Jadual ini akan bermula pada 15 OGOS 2010.

*CC akan ditutup pada waktu solat.



Peranan Ahli Perubatan Di Jalan Dakwah
















Selain daripada bidang pendidikan, bidang perubatan dan kesihatan merupakan medan
dakwah yang paling utama. Perkara ini boleh dilihat dalam strategi penjajah apabila menakluki
sesebuah Negara.

Perutusan Ramadhan Oleh LDPI





Kehadiran Ramadhan dinantikan pada setiap tahun bagi hamba-hamba Allah s.w.t dahagakan peluang dari Allah s.w.t.Di bulan yang berkat ini pelbagai limpahan peluang keemasan yang diberikan Allah kepada hambaNYA ,Sebagaimana dinukilkan dalam hadis nabi Muhammad s.a.w yang berbunyi

"Pada awalnya(Ramadhan) kerahmatan,pertengahannya keampunan,dan pengakhiranya kelepasan dari api neraka."

Pelajar Kelantan di Mesir Serah Memorandum Royalti


KOTA BHARU, 10.Ogos - Tuntutan hak Kelantan terhadap royalti minyak bukan sahaja melibatkan rakyat di negeri ini sahaja, malah ia juga terpanggil oleh seramai 1100 anak-anak Kelantan yang belajar di Mesir.

Hari ini, seramai 20 wakil pelajar Mesir dari Persatuan Anak-Anak Kelantan di Mesir(KPKM) telah membawa memorandum dan diserahkan kepada Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat .

Menurut Penasihat KPKM Muhammad Ab.Malik Ab.Karim, penyerahan memorandum tersebut adalah bagi menzahirkan sokongan anak-anak Kelantan yang berada di Mesir terhadap tindakan kerajaan Kelantan yang menuntut hak royalti hasil petroleum dari kerajaan pusat.

KPKM juga telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa bagi mendapat sokongan dan telah membuat penerangan terhadap hak Kelantan dalam isu ini dan ia diketuai oleh Yang Dipertua KPKM Muhamad Najid Abdullah.

“ Diantara aktiviti yang dilancarkan di sana ialah mendapat tandatangan anak Kelantan dan member penerangan perkembangan semasa tuntutan royalty di Kelantan”ujar beliau.

KPKM juga melahirkan rasa bangga di atas penubuhan sebuah gabungan NGO yang dikenali Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) yang begitu perihatin dan bersungguh-sungguh memainkan peranan membangkitkan sensitiviti rakyat Kelantan dalam menjayakan usaha murni tersebut.

Muhammad Ab Malik juga berharap seluruh rakyat Kelantan bersatu tenaga dan saling bersefahaman dalam isu ini tanpa mengira fahaman politik dan mengambil kira sebagai tanggungjawab sebagai anak Kelantan.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkata tindakan KPKM ini dalam sama-sama kerajaan Kelantan menuntut hak adalah menggambarkan kecaknaan mereka walaupun berada jauh dari Kelantan tetapi amat peka isu semasa di negeri ini.

“Saya amat terharu kerana pelajar di Mesir menganggap mereka semua sebagai anak saya dan saya yakin mereka berada di sana menuntut ilmu sebaik mungkin dan pulang berbakti kepada negeri Kelantan” ujar beliau.

Nik Aziz juga berharap kefahaman terhadap isu politik semasa negeri ini dapat diikuti oleh pelajar di Mesir dan yakin mereka sudah dapat membuat keputusan sendiri akan corak politik di negara ini.

Sumber : http://gegarkelantan.net/v2/kota-bharu/pelajar-kelantan-di-mesir-serah-memorandum-royalti.html
Ditulis oleh : Hasnan Yahya

Lagi sumber daripada Harakahdaily : http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28072:mb-terharu-terima-memo-royalti-pelajar-mesir&catid=1:utama&Itemid=50

"PMRAM Telah Banyak Membantu Mempertahankan Kemerdekaan Negara" - Kuasa Usaha Sementara KBMK





KAHERAH, 2 Ogos - Majlis Perasmian Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM telah dirasmikan oleh Kuasa Usaha Sementara, En Shaiful Anuar Muhammad. Beliau yang hadir bersama isteri telah merasmikan program Karnival itu Dataran Hayyu Asyir.

Blogroll

Loading...