Discussion Group Gabungan Mantap


ARWP, 29 OKTOBER – Muzakarah berkelompok atau dikenali dengan nama Discussion Group (DG) diadakan secara gabungan yang berlangsung setiap akhir bulan. Pada bulan akhir oktober, Unit Fasilitator di bawah Lajnah Dakwah Dan Pembangunan Insan telah mengadakan DG secara ilmiah yang diadakan selepas isyak. Turut hadir untuk memberi pengisian ialah Saudara Firdaus Bin Noh selaku BP angkat Wilayah Persekutuan.

Terdapat tiga pengisian yang dibawa

Iklan Sumbangan Dan Tempahan Korban 2010




Sebarang makluman boleh menghubungi :-

Pengarah: Syazwan Hamzah (ikhwah)
014-7825854
Timb.
Pengarah: Nur Hazirah Azizan (akhawat)
014-7430780

Hari Tautan Ukhuwah ( HTU '10 ) Berakhir..






ARWP 24 Okt -Telah berlangsung Hari Tautan Ukhuwah di Dewan Seri Putra anjuran Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) yang bertemakan ‘Kearah Semarakkan Ukhuwah’ . Program ini berlangsung untuk buat kali kedua selepas daripada mahasiswa tajaan MAIWP.

Pendaftaran

Kalam Taujihat YDP Sempena 12 Tahun Usia BKAWM



Assalamualaikum w.b.t.

Bismillahirrahmanirrahim.

Bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah dan rahmatNya, dapat lagi kita sama-sama meneruskan kehidupan ini dalam menyambung rantai-rantai perjuangan dakwah, Selawat dan Salam ke atas Nabi Junjungan Besar, Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat.

Alhamdulillah,

Pengakuan Pengarah JPMK Menandatangani Surat 'AC' Medic Mesir


Susulan daripada pertemuan saya selaku Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta, Us.Sulaiman Bin Ismail dan Pengerusi Perubatan Cawangan Tanta saudara Mohd Azhan Bin Hamdan bersama En.Shaiful Bin Muhammad, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia Kaherah

Kenyataan Rasmi Pengerusi DPMT Mengenai Isu Surat JPMK Kepada Medic Mesir


DPMT, 20 Oktober 2010 - Assalamualaikum... Makluman kepada seluruh warga Tanta yang dirahmati Allah S.W.T hendaknya. Pihak DPMT dengan penuh rasa bertanggungjawab ingin menyentuh mengenai isu surat yang dikeluarkan oleh pihak JPMK kepada Agen Medic Mesir iaitu surat sokongan dan kebenaran menubuhkan Academic Centre ( AC) di Tanta yang tersiar di tantamedicmesir.blogspot.com.
Rentetan daripada surat yang dikeluarkan itu,

Kemuncaknya, Semakin Di Nanti-Nantikan..

ARWP, 17 OKT- Semakin hari semakin merasai kehangatannya. Tinggal beberapa hari lagi kemuncaknya akan tiba. Bertarikh

Futsal Taakhi Mengeratkan Ukhuwah





Nadi Syabab,Hayyu Sadis, 16 OKT- Selepas berhempas pulas dengan memerah keringat dalam menjayakan program-program sepanjang bulan ini, pihak Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) di bawah Unit Kebudayaan, Keseniaan Dan Sukan (UKKS) telah menganjurkan Friendly Match dengan Dewan Perwakilan Mahasiswa Shoubra (MAQAZ)yang bertempat di sini.

Tujuan perlawanan itu diadakan untuk menjayakan konsep taakhi yang dianjurkan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)yang bernaung dibawahnya. Selain itu, ia juga untuk mengeratkan lagi ukhuwah diantara ahli-ahli BKAWM dan MAQAZ itu sendiri. Perlawanan yang berlangsung selama dua jam itu menghasilkan natijah yang terbaik kepada semua pemain kerana dapat berkumpul bersama-sama dan menunjukkan bakat masing-masing serta berkenal-kenal diantara satu sama lain terutamanya kepada AJKT baru dengan senior-senior BKAWM.

Perlawanan tersebut telah mendapat sambutan yang memberangsangkan apabila ramai ahli BKAWM turun padang beramai-ramai samada dari senior ataupun junior untuk menjayakan perlawanan taakhi bersama ahli MAQAZ. Kedua-dua belah pihak mengharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.Turut hadir pada perlawanan tersebut,Pengerusi MAQAZ Saudara Ahmad 'Afif Zuhdi. Perlawanan berakhir dengan sesi bergambar beramai-ramai.:)











Makluman Pemangkuan Jawatan


Memo Direktori Ahli Jawatankuasa BKAWM Sesi 2010/2011



PULANGNYA SEORANG PERMATA BKAWM



KAHERAH, 16 OKT.- Jasa mu sentiasa akan dikenang. Itulah ungkapan yang terbaik kepada Saudara Khairul Aswad yang merupakan seorang aktivis Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) yang sentiasa membantu BKAWM dalam apa jua keadaan sekali pun. Kepulangannya sungguh dirasai oleh semua ahli BKAWM.

Kepulangannya ke Malaysia bagaikan sebutir mutiara yang tiada gantinya. Saudara Aswad yang memulakan kerjayanya di BKAWM sebagai Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) BKAWM memegang portfolio Ketua Unit Penerangan Dan Penerbitan sesi 2008/2009. Beliau merupakan graduan Maahad Al-Azhar Syoubra telah menamatkan pembelajarannya tahun lepas sebelum menyambung pengajian ke Syria untuk mengambil Kuliah Bahasa Arab di sana.

Walaupun beliau sudah menamatkan pengajian tetapi komitmen beliau dengan persatuan tetap berterusan sehingga sebelum beliau pulang ke Malaysia semalam. Turut hadir untuk menghantarnya ialah mantan-mantan AJKT BKAWM, Saudara Roslizan, Saudara Khairul Afandi,Saudara Hisyam mantan YDP BKAWM dan seorang wakil AJKT BKAWM 2010, Saudara Syazwan. Diharapkan kepulangan beliau akan memberi kesan yang mendalam kepada perkembangan agama islam di Malaysia nanti.

Bergambar beramai-ramai sebelum chek in


PPMM Dan BKAWM Mencipta Sejarah Tersendiri





Kaherah, 10 Okt.- Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) dan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) dengan jayanya mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menganjurkan program terbesar sepanjang tertubuhnya PPMM dan BKAWM di bumi Mesir iaitu Perasmian Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP).

Majlis perasmian itu yang disempurnakan oleh Y.B. Mejar Jeneral Dato Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B) yang merupakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan juga sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Beliau yang hadir bersama deligasi dari Malaysia datang di atas urusan kerja sanggup meluangkan masa untuk merasmikan asrama tersebut dan juga beramah mesra bersama pelajar Wilayah Persekutuan yang menuntut di Bumi Anbiya' ini.

Disamping itu juga, diadakan juga program Semarak Syawal bersama Y.B. Menteri dengan anak-anak Wilayah. Majlis yang di hadiri oleh kebanyakan pegawai kerajaan dan juga negeri, YDP-YDP setiap negeri dan juga tidak ketinggalan anak-anak Wilayah di Mesir. Pada majlis yang sama, beliau turut menyampaikan cek bantuan kepada 343 pelajar dalam bentuk biasiswa dan bantuan am pelajaran.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Anan C. Mohamed dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali. Majlis berakhir dengan jamuan raya yang disediakan oleh pihak penganjur.

Ahli Jawatankuasa Tadbir BKAWM Sesi 2011/2012

ARWP Akhirnya Dirasmikan


KAHERAH 7 Okt. - Nasib para pelajar Wilayah Persekutuan di Mesir kini semakin mendapat perhatian apabila bangunan Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP) di Bandar Nasr di sini, dirasmikan semalam.

Delegasi Pertama Tiba, Bahang Perasmian ARWP Terasa














(dari kiri-Dr.mohammad yamin, mohd(Attal Groups), Tuan Hj Anan)


Kaherah, 1 Oktober,; Delegasi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang pertama telah tiba di Lapangan Terbang Kaherah pada jam 05:00 petang tadi.

Blogroll

Loading...