Unit Ekonomi - Sampaikan Kiriman "Kalam Taujihad" Sempena Peperiksaan

Motivasikan sahabat-sahabat anda dengan mengirimkan "Kalam Taujihad" sempena peperiksaan fasa 1 yang kian hampir.
Mungkin anda 5 pengirim bertuah yang kami cari!




Juga luaskan jaringan komunikasi anda dengan kadar terendah.
Hubungi ajk yang berkenaan untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan komunikasi.



Disediakan oleh :
Unit Ekonomi BKAWM Sesi 2011/2012

USAHA MENCORAKKAN TAWAKAL

Seorang sahabat Rasulullah SAW datang menemui Baginda lalu Baginda menanyakan kepada sahabatnya, “Dengan apakah kamu ke sini?“. Sahabat itu menjawab, “Saya ke sini dengan menaiki unta“. Lantas Baginda bertanya lagi, “Di mana unta kamu sekarang?“. Sahabat itu menjawab lagi, “Saya letakkan di luar tanpa mengikatnya kerana saya berserah (tawakal) kepada Allah”. Kemudian Baginda menegurnya dengan berkata : “Ikatlah unta kamu itu kemudian barulah bertawakal“.

Kisah yang mudah dan ringkas tapi cukup untuk memberikan kita iktibar dan ibrah akan pentingnya usaha sebelum

Kepulangan Dua Permata BKAWM


25 Disember 2011,ARWP- Dua permata yang telah banyak berjasa dalam membantu menjayakan agenda kebajikan BKAWM telah pulang ke tanah air setelah berjaya menamatkan pengajian di sini. Mereka ialah saudara Hamizan bin Abdul Karim, graduan Ijazah Syariah Islamiyyah Universiti Al-Azhar cawangan Tanta dan saudari Wan Noor Sakinah binti Wan Abd Rasyid, graduan Ijazah Syariah Islamiyyah Universiti Al-Azhar cawangan Mansurah.

Kelas Bahasa Arab Amiyyah Siri Kedua-Persediaan Awal Untuk Ahli

24 Disember 2011,ARWP-Menyedari akan kepentingan penggunaan bahasa Arab tempatan, Unit Pendidikan dan Pengetahuan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir telah menganjurkan Kelas Bahasa Arab ‘Ammiyyah Siri Kedua. Kelas ini dianjurkan bagi membantu ahli menguasai dialek Arab Mesir berdasarkan keperluan seharian dan kepentingan pengajian.

Taakhi Zon A Memperkasa Ukhuwah


24 Disember 2011,Sabtu-Dalam kesibukan merangka persiapan untuk menghadapi peperiksaan fasa 1 yang akan datang,Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir BKAWM tetap menyokong agenda ukhuwah khususnya sesama taakhi zon A.

Pada 23 Disember 2011,BKAWM yang diwakili Naib Pengerusi HEWI 1,saudari Nurul Hanna Binti Mohammad Bokhari telah memenuhi undangan untuk memberi pengisian dalam majlis perasmian Kuliyah Sayyidul Ayyam anjuran Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) yang merupakan ketua bagi taakhi Zon A.Beliau menyampaikan tazkirah berbentuk motivasi dan menekankan tentang teknik pengurusan masa yang berkualiti.

AJKT HEWI Ziarah Ahli,Kukuhkan Kesatuan

24 Disember 2011,Sabtu-Demi merealisasikan tema pada sesi ini iaitu Kesatuan Ukhuwah Pemangkin Kecemerlangan,barisan kepimpinan AJKT Hal Ehwal Wanita Islam BKAWM telah menjalankan beberapa siri ziarah untuk mengeratkan lagi ukhuwah dan kesatuan dengan kepimpinan peringkat pusat dan ahli BKAWM khususnya mahasiswi.

Pada 15 Disember 2011,siri ziarah dimulakan dengan menziarahi 3 buah rumah ahli BKAWM di sekitar kawasan Haiyu Sabiek sekitar mahkamah.Barisan AJKT HEWI BKAWM mengambil peluang ini untuk memastikan kondisi kesihatan dan keselamatan ahli dalam keadaan baik sebelum menghadapi peperiksaan pada Januari akan datang.Ziarah dijalankan pada waktu malam agar tidak menggangu waktu kuliah ahli yang majoriti adalah dari kalangan pelajar perubatan.

Tabung Kebajikan - Pegawai dan AJKT turun menghulurkan bantuan

16 Disember 2011, Jumaat: Pegawai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Encik Ahmad Yahya bin Mohd Haniff bersama Ketua Lajnah Kebajikan, BKAWM menziarahi saudara Mohd Amin bin Kamal, pelajar Perubatan tahun dua, Universiti Kaherah yang di timpa musibah minggu ini.

Jaulah Maqam Siswa 2011.

16 Disember 2011 bersamaan 21 Muharram 1433 Hijrah: Unit Perumahan dan Rehlah (UPR) dengan kerjasama Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan (LDPI) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) Sesi 2011/2012 telah mengadakan jaulah maqam di sekitar Kaherah. Seramai 13 orang peserta siswa, seorang musyrif iaitu saudara Mohd Faiz bin Mat Zaid.

Fadhilat Solat Sunat Hifzi

Bersempena dengan imtihan yang bakal tiba, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) menganjurkan Solat Sunat Hifzi bagi memberi peluang kepada ahli supaya dengan fadhilat Solat Hifzi, iaitu dapat menguatkan ingatan bagi yang mengamalkannya, dapat memperkemaskan lagi persediaan ahli BKAWM untuk menghadapi imtihan yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Ramah Mesra Bersama Sohibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan

9 Disember 2011, Jumaat : Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah membuat kujungan secara tidak rasmi untuk bertemu Sohibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hj Wan Zahidi bin Wan Teh. Pertemuan ini menunjukkan bahawa BKAWM mempunyai hubungan yang sangat erat dengan pihak Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan. Antara tajuk perbualan yang dibincangkan ketika sesi pertemuan tersebut ialah mengenai perkembangan BKAWM, isu semasa umat Islam di Malaysia, pengalaman Datuk Mufti ketika menimba ilmu di bumi Mesir selama tujuh tahun, dan sebagainya. Turut hadir

Jaulah Maqam Siswi

9 Disember 2011 bersamaan 14 Muharram 1433 Hijrah,Unit Perumahan dan Rehlah dengan kerjasama Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir Sesi 2011/2012 telah mengadakan jaulah maqam di sekitar Kaherah. Seramai 20 orang peserta siswi ,seorang peserta siswa diiringi ditemani 2 orang mushrif telah mengikuti jaulah ini.

Rombongan bertolak dari Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP ) seawal jam 7.30 pagi menaiki coaster ke destinasi yang ditetapkan dan pulang semula pada jam 4.00 petang. Antara makam yang diziarahi adalah Maqam Sayyeda Zainab,

10 Muharram 1433H Diserikan Lagi.

5 Disember 2011, Isnin : Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah mengadakan sambutan hari Asyura bertempat di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP) anjuran Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan (LDPI). Bersempena itu juga, seluruh ahli BKAWM digalakkan berpuasa sunat.

Jalinan Ukhuwah Dieratkan Lagi.

4 Disember 2011, Ahad : Walaupun dalam keadaan tempuh semakin hampir dengan imtihan, ziarah ahli di cawangan tetap di jalankan agar hubungan antara pimpinan dan ahli tidak terhenti.

Pagi tadi, Saudara Muhammad Syazwan bin Hamzah telah menziarahi Perwakilan Mahasiswa (PERMAS) Shoubra, Saudara Ahmad Qutaibah bin Muhammad di rumah beliau.

Informasi Muharram: Marhaban Ya Muharram


Marhaban Ya Muharram

Muharram merupakan salah satu bulan daripada bulan-bulan yang termaktub dalam Kalendar Islam. Keistimewaan bulan ini terdapat pada satu hari yang dinamakan Hari Asyura'. Hari Asyura' merupakan hari kesepuluh daripada bulan Muharram menurut pendapat yang sahib.

Risalah Biah Solehah: Kesempurnaan itu ada pada subuh berjemaah

KESEMPURNAAN ITU ADA PADA SUBUH BERJEMAAH

KEUTAMAAN SOLAT SUBUH :

1) Waktu yang diagungkan Allah

“Dan dirikanlah juga solat Subuh. Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan oleh malaikat“. (Surah al-Isra’ : ayat 78)

Blogroll

Loading...