Tempahan Tender Bazar Festival Selera Asia Dibuka!


Bagi sesiapa yang berminat untuk menempah tender Bazar Festival Selera Asia, Wilayah Family Day 2012 (WiFi '12) sila hubungi saudara Ab Samad Abdul Aziz 01119893830 dan saudari Liyana Ahmad 01116145201.Hanya 9 tapak yang disediakan.
1) Bazar pada 4-6 Mac 2012
2) Bertempat di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan | ARWP, Hayyu Sabie
3) Tarikh tamat tempah pada 29 Feb 2012

Wilayah Family Day 2012 (WiFi '12)
"Connecting People"

JOM datang ke WiFi '12.



Marilah sertai Wilayah Family Day 2012, (WiFi '12) pada,

Tarikh: 3, 4, 5, 6, dan 7 Mac 2012.
Hari: Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu.
Tempat: Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP), Hayyu Sabiek

Terdapat pelbagai pengisian yang sangat menarik.

Wilayah Family day 2012, (WiFi '12)
"Connecting People"

Sambutan SINERGI ’12 menggalakkan



Ahad dan Isnin, 12dan13 februari - BKAWM melalui Lajnah Perancang telah mengadakan program pelapis atau program kepimpinan yang diberi nama Smart Ganeration ’12 (SINERGI 12), yang mana khusus untuk mengkader ahli-ahli yang berpotensi bagi menggantikan tampuk kepimpinan BKAWM sesi akan datang. Ia juga bagi menjayakan misi BKAWM yang ke-5 iaitu “Melahirkan Ganerasi Pelapis Yang Proaktif”.

JOMLA`12 Ke Mansurah



Mansurah,16 Februari – AJKT dan AJKT HEWI BKAWM telah menziarahi ahli di Mansurah dalam Jaulah AJKT BKAWM (JOMLA`12). Jaulah ini dijalankan bagi mendekati ahli yang berada di cawangan selain memberi peluang kepada ahli untuk mengajukan sebarang cadangan,persoalan atau muhasabah kepada barisan kepimpinan sesi ini.

Kalam Pimpinan - Selamat Kembali Ke Kuliah


Bismillahirrahmanirrahim,
Infiniti kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT,selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW,ahli keluarga,para sahabat dan umat yang menyambung mata rantai perjuangan baginda SAW.

Setelah bertungkus lumus selama sebulan bertarung dalam peperiksaan fasa 1 yang lalu,kemudian tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar tidak kira samada pelajar jurusan pengajian Islam atau jurusan sains kesihatan diseluruh Mesir iaitu “winter break”. Umumnya pada 27 Januari sehingga 11 Febuari 2012.

Egypt Exploration Menghayati Sirah,Menyatukan Ukhuwah


Iskandariah,7 dan 9 Februari-Unit Perumahan dan Rehlah BKAWM Sesi 2011/2012 telah menganjurkan Egypt Exploration siri pertama ke Iskandariah.

Tabung Kebajikan Tanggungjawab Kita

Pastikan anda menunaikan tanggungjawab sebagai ahli BKAWM.


"Jalinkan Ukhuwah,Kebajikan Terserlah"
"Kesatuan Ukhuwah Pemangkin Kecemerlangan"

Kejohanan Futsal Wilayah 2012 (KIWI '12) Berakhir dengan Jayanya.

KAHERAH, 4 dan 5 februari 2012, Nadi Zahra’ hayyu asyir – Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) dibawah Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan buat julang kalinya telah menganjurkan Kejohanan Futsal Wilayah 2012 (KIWI ’12) yang bertempat di Nadi Zahra’, hayyu asyir.

Sehubungan dengan itu, seramai 12 pasukan telah meyertai Kejohanan Futsal Wilayah 2012 (KIWI’12), tidak ketinggalan juga 3 pasukan taakhi iaitu Terengganu, Kedah dan Dumyat, yang telah berlangsung selama 2 hari bermula pada pagi 4 februari dan berakhir pada petang 5 februari .

Makluman Pemangkuan Jawatan


Makluman kepada semua ahli BKAWM,
jawatan Naib Setiausaha Agung merangkap Ketua Unit Kebudayaan,Kesenian dan Sukan yang disandang oleh saudara Muhd Bazli bin Zakaria dipangku sementara oleh Ketua Unit Penerangan dan Penerbitan,saudara Muhammad Ali Hafiz bin Mohd Nazri.
Pemangkuan adalah rasmi sepanjang kepulangan saudara Muhd Bazli bin Zakaria ke Malaysia.

"Kesatuan Ukhuwah Pemangkin Kecemerlangan"

Hari Pengundian KIWI '12



2 Februari, KAHERAH: Majlis pengundian kumpulan Kejohanan Futsal Wilayah (KIWI ’12) telah berlangsung di Dewan Sri Putra Asrama Rumah Wilayah Persekutuan. Seramai 12 orang pengurus yang mewakili 12 pasukan yang bertanding telah menghadiri majlis pengundian tersebut.

Menghayati Peribadi Mulia Rasul Junjungan SAW Sempena Maulidur Rasul



Dewan Sri Putra, 2 Februari - Lajnah Dakwah Dan Pembangunan Insan,Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir Sesi 2011/2012 telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul bagi memperingati hari kelahiran junjungan mulia,Rasulullah SAW yang merupakan rahmat bagi sekelian alam.

Struktur Organisasi Unit Kebudayaan,Kesenian Dan Sukan BKAWM Sesi 2011/2012


"Kesatuan Ukhuwah Pemangkin Kecemerlangan"

BKAWM Menyambut Kelahiran Baru


30 JANUARI 2011 - Barisan AJKT Hal Ehwal Wanita Islam BKAWM telah menziarahi ahli yang baru saja menerima cahaya mata yang pertama.Mereka ialah pasangan Ustaz Muhammad Sayuti Bin Muhammad Zawahid dan Ustazah Nurul Izzah Binti Abdullah.

Bacaan Hadis Pilihan dari Kitab Syamail Muhammadiyyah


Bacaan Hadis Pilihan dari Kitab Syamail Muhammadiyyah

Tarikh : 2 Februari (Khamis)
Waktu : 6.00 malam - 9.30 malam
Tempat : Dewan Sri Putra, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan

Antara pengisian menarik :
~ Burdah Qasidah dari Pasukan Wilayah
~ Bacaan Hadis oleh Ustaz Mohd Nazrul Bin Abd Nasir
~ Pelancaran Kempen TETRA (Target, Transform, Acheive) dari Unit Pendidikan Dan Pengetahuan BKAWM

Seluruh anak wilayah dijemput hadir!!!

Anjuran : Lajnah Dakwah Dan Pembangunan Insan BKAWM 2011/2012

Blogroll

Loading...