UPEP - Komik Imtiyaz

UPEP - TETRA Minggu Ini

Target Transform Achieve (TETRA) ialah sebuah kempen anjuran Unit Pendidikan Dan Pengetahuan BKAWM sesi 2011/2012. Sempena peperiksaan fasa 2 yang semakin hampir,TETRA telah menyusun dan menawarkan pelbagai pengisian melalui medium penyampaian yang pelbagai.

JOMLA`12 Dekati Ahli,Suburkan Sensitiviti

Bagi menjayakan usul ketiga Mesyuarat Agung Tahunan ke 13 iaitu “Memperkasa Peranan PERMAS”,barisan kepimpinan BKAWM sesi ini telah menjalankan beberapa siri ziarah ke cawangan dan dinamakan Jaulah AJKT 2012 (JOMLA`12). JOMLA `12 telah berlangsung sekitar Februari hingga Mac 2012.

Pada 16 Februari 2012, siri jaulah telah dimulakan dengan menziarahi ahli di cawangan pertama iaitu Mansurah bertempat di Markaz PERUBATAN Cawangan Mansurah. Kemudian JOMLA diteruskan lagi pada 18 Februari 2012. Kali ini barisan AJKT dan HEWI menziarahi ahli di cawangan di Tanta bertempat di Bait Izzah pada sebelah petang. Manakala pada sebelah malam, JOMLA`12 menjejaki pula ahli di cawangan Zaqaziq bertempat di markaz lama DPM Zaqaziq. Seterusnya JOMLA`12 diberhentikan sementara waktu bagi memberi laluan kepada program mega, Wilayah Family Day (WiFi`12).

Pada 17 Mac 2011, JOMLA`12 diteruskan semula dengan menziarahi ahli di sekitar Kaherah bermula dengan cawangan Shoubra bertempat di Markaz DPM MAQAZ Shoubra. Kemudian pada 20 Mac 2012, AJKT dan HEWI telah menziarahi ahli di Rumah Amanah Raya (ARB). Seterusnya JOMLA`12 menamatkan jaulah di sekitar Kaherah dengan menziarahi ahli dari kalangan mahasiswa Sains Kesihatan di kawasan Sayyida Zainab bertempat di Markaz Abou Rish.

Antara aktiviti yang dijalankan dalam JOMLA`12 di setiap cawangan adalah ramah mesra AJKT dan HEWI BKAWM sesi 2011/2012, penerangan mengenai Bantuan Am MAIWP, penerangan dan promosi berkaitan program terdekat, tayangan koleksi video BKAWM, sesi soal jawab, kalam amanat YDP BKAWM, saudara Mohd Mawardi bin Mohd Zain, sesi fotografi dan diakhiri dengan jamuan yang disediakan oleh ahli-ahli di cawangan.

“JOMLA`12 adalah kabel penyambung yang menghubung eratkan ukhuwah,kesatuan dan sinergi diantara kepimpinan dan ahli BKAWM di cawangan” kata pengarah JOMLA`12, saudara Muhammad Syazwan Syamil bin Mohd Razman yang juga merupakan ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan BKAWM sesi 2011/2012.

Hampir kesemua siri jaulah dalam JOMLA`12 dijalankan pada waktu malam agar tidak mengganggu waktu kuliah ahli BKAWM. Barisan kepimpinan BKAWM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Perwakilan Mahasiswa (PERMAS) yang terlibat dalam menjayakan JOMLA`12 dan juga penghargaan kepada semua ahli di cawangan yang berkenaan kerana sudi menyambut dan menerima kunjungan kami.

AJKT dan HEWI BKAWM sesi ini berharap agar kunjungan kami mamberikan manfaat bersama dan mencantas segala jurang diantara pimpinan dan ahli khususnya yang berada di cawangan. Semoga pertemuan yang singkat dalam JOMLA`12 kali ini dapat menyuburkan sensitiviti kita untuk terus bersama mendukung dan menggerakkan BKAWM.

“Kesatuan Ukhuwah Pemangkin Kecemerlangan”


JOMLA`12 ke Mansurah






JOMLA`12 ke Tanta






JOMLA`12 ke Zaqaziq






JOMLA`12 ke ARB





JOMLA`12 ke Shoubra






JOMLA`12 ke Sayyida Zainab

Unjuran Komparatif Pencapaian Akademik Ahli BKAWM



Nantikan SINAR Siri 2

Istimewa April ini,Unit Pendidikan Dan Pengetahuan akan membawakan khusus kepada seluruh ahli BKAWM program motivasi SINAR Siri 2.


Andalah SINAR itu..

"Satu Fikrah Satu Amal"
"Kesatuan Ukhuwah Pemangkin Kecemerlangan"

Unit Ekonomi - Mari Membeli Di Kedai BKAWM

Wilayah Family Day 2012 (WiFi '12).

Wilayah Family Day (WiFi ’12) membuka tirai dengan acara sukan indoor dan outdoor. Bermula di awal pagi acara sukan outdoor bagi siswi di hadiqah Athfal. Pelbagai acara dijalankan seperti bola batik, tuju selipar, wilayah runner dan lain –lain. Manakala di sebelah siswa, acara sukan indoor dijalankan di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP). Antara acara yang disediakan adalah gusti lengan, dart, ping pong, counter strike dan PES 2012. Penyertaan dalam kalangan siswa dan siswi mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Di sebelah petang acara bertukar, siswa bermain acara outdoor di Mukhaiyyam Daim manakala siswi pula acara indoor di ARWP. Alhamdulillah ahli BKAWM dapat bergembira seharian suntuk di samping bertambah kenalan baru sesama ahli.

Risalah Biah Solehah - Revolusi Sikap Penentu Jati Diri Muslim

Kenyataan Rasmi - BKAWM Kesal Isu Penarikan Pinjaman Pelajaran Terhadap Mahasiswa Terengganu


Salam perjuangan mahasiswa…
Segala puja dan puji diucapkan kepada tuhan sekalian alam atas nikmat yang melimpah ruah dikurniakan kepada semua hambanya tanpa mengharapkan imbuhan , serta selawat dan salam kepada mahaguru kita diakhir zaman ini iaitu Nabi Muhammad SAW yang terlalu banyak mengajar erti kehidupan yang hakiki kepada umat yang dicintainya.

Kebelakangan ini kebangkitan Islam semakin menjadi-jadi sebagai mana yang telah ditunjukkan oleh negara-negara Arab seantero dunia , ini membuktikan janji Allah itu benar-benar pasti bahwa Islam akan mencapai kemenangan kelak.Kebangkitan Islam yang berlaku adalah hasil dari kesedaran pemuda-pemuda Islam yang beridealisme perubahan.

Kalam Pimpinan - Tabung Kebajikan tanggungjawab bersama


Assalamualaikum wbt.
Lumrah kehidupan di dunia ini ada yang berkemampuan dan ada yang sebaliknya. Justeru itu agama Islam amat menggalakkan umatnya untuk membantu sahabat-sahabat seakidah yang lain dalam soal kebajikan dan skop sosial lain.

Dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) 13 yang lepas, ahli mesyuarat telah sepakat untuk memperkembangkan dan mempergiatkan lagi usaha Tabung Kebajikan kesinabungan daripada penubuhan Tabung Kebajikan pada MAT 12 yang lepas.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:-
“ Kamu tidak akan memperolehi kebajikan (kebajikan) sebelum kamu menginfakkan sebahagian harta yang kamu cintai “

Selamat Hari Lahir Sahabat Mac

Barisan kepimpinan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir Sesi 2011/2012 mengucapkan selamat hari lahir kepada semua Sahabat Mac.





"Kesatuan Ukhuwah Pemangkin Kecemerlangan"

Blogroll

Loading...