Kebajikan Terus Disalurkan

KAHERAH, 29 September 2012 – Saudari Nabilah binti Ahamad Shaleh, pelajar Perubatan Tahun 3, Universiti Al-Azhar Kaherah telah mengalami kecederaan ketika menjalankan kerja - kerja persiapan baru - baru ini. Dalam kemalangan itu, beliau telah mengalami keretakan di tulang tangan kanan yang memerlukan pada pembedahan bagi merawat kecederaan tersebut. Beliau kini sedang menjalani rawatan susulan di Hospital az-Zahra', Hayyu Sabie' yang turut memakan belanja setiap hari. Sehingga ke hari ini, kos rawatan beliau sudah mencecah hampir LE 3000.

Kalam Pimpinan: Sambutan Mahasiswa Baru Sesi 2012/2013


Bismillahirrahmanirrahim,
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam yang tidak pernah jemu mencurahkan rezeki tidak kira kepada hambanya yang taat ataupun ingkar.

Tidak dilupakan juga selawat serta salam buat junjungan besar penghulu sekalian alam Muhammad s.a.w bersama para ahli keluarga serta para sahabat baginda yang telah banyak berkorban bagi memastikan kesinambungan Islam itu sampai dan tiba kepada kita pada hari ini.

Mewakili barisan kepimpinan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2012/2013 dengan rasa gembira dan berbesar hati kami bersedia menerima kehadiran dan kedatangan mahasiswa dan mahasiswi baru ke bumi ilmu ini bagi meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

Moga kehadiran mereka kali ini akan menjadikan keluarga BKAWM ini menjadi lebih ceria dan kesatuan kita menjadi lebih utuh dan kukuh.

Moga ukhuwah kita menjadi lebih erat dengan hadirnya ahli keluarga baru di dalam BKAWM kali ini.

“BKAWM Keluarga Kita”
“Keunggulan Sahsiah Wasilah Keilmuan”

Muhd Bazli bin Zakaria
Yang Dipertua
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir
Sesi 2012/2013.

Gotong-royong Perdana Sempena Pembukaan Kuliah


Kaherah, 21 September 2012 - Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2012/2013, di bawah Unit Perumahan dan Rehlah telah mengadakan “Gotong-royong Perdana”  sempena pembukaan kuliah. Alhamdulillah seluruh ahli BKAWM dapat turut serta untuk sama-sama menjayakan aktiviti ini dan dapat membersihkan ARWP dengan sebaiknya. 
Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada seluruh ahli BKAWM. Dengan hasil titik peluh semua, ARWP  mendapat pujian daripada Pengurus Asrama Rumah Wilayah Persekutuan, Encik Ahmad Yahya bin Mohd Haniff.
Ketua Unit Perumahan & Rehlah (UPR) sesi ini, saudara Ahmad Faris bin Mazlan mengharapkan agar seluruh ahli BKAWM dapat menjaga kebersihan ARWP dari semasa ke semasa dan dapat  mengekalkan ke’izzah’annya seiring dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang mana telah menekankan kepentingan memelihara kebersihan sepertimana yang dimaklumkan di dalam hadis baginda iaitu,
 “Kebersihan adalah sebahagian daripada Iman”. (HR Muslim)

Di dalam hadis lain juga mengatakan : 

"Sesungguhnya Islam itu bersih, maka hendaklah kamu mewujudkan kebersihan kerana sesungguhnya tidak akan masuk syurga kecuali orang yang bersih". (HR Hatib)


“BKAWM Keluarga Kita”
“KEUNGGULAN SAHSIAH WASILAH KEILMUAN”

Kalam Pimpinan: BKAWM Keluarga Kita


Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam yang tidak pernah jemu mencurahkan rezeki tidak kira kepada hambanya yang taat ataupun ingkar.

Tidak dilupakan juga selawat serta salam buat junjungan besar penghulu sekalian alam Muhammad al-Mustafa Rasulullah s.a.w. bersama para ahli keluarga serta para sahabat baginda yang telah banyak berkorban bagi memastikan kesinambungan Islam itu sampai dan tiba kepada kita pada hari ini.
Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-14 dan Malam Inspirasi Budi telah selamat melabuhkan tirainya pada 15 September yang lepas. Ini bermakna, secara rasminya kenaikan baru untuk sesi 2012/2013 telah pun bermula.

Atas kepercayaan anak-anak Wilayah Persekutuan khususnya ahli Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM), saya bersama barisan kepimpinan sesi yang baru ini telah diamanahkan untuk meneruskan perjuangan Islam di BKAWM dengan membawa mesej kebajikan dalam menyatukan kesatuan ahli BKAWM di perlembahan Nil ini.

Makluman Pemangkuan Jawatan AJKT dan AJK HEWI BKAWM

Makluman Pemangkuan Jawatan AJKT dan AJK HEWI BKAWM sesi 2012/2013 adalah seperti berikut :


Senarai AJKT & AJK HEWI BKAWM Sesi 2012/2013


Senarai Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) dan Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Islam (AJK HEWI)
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) Sesi 2012/2013

Yang Dipertua (Lajnah Perhubungan)
        Muhd Bazli bin Zakaria
+2011 2118 0928
ust_bazlee@yahoo.com

Timbalan Yang Dipertua (Ketua Lajnah Perancang)
              Fitry Iskandar bin Ismail
+2011 4697 7352
necro_91@yahoo.com

Naib Pengerusi HEWI (Timbalan Lajnah Perancang)
               Nurhaziratul Naim binti Sidek
+2011 1630 2037
hazirahsidek87@yahoo.com

Setiausaha Agung
                 Muhammad Syazwan Syamil bin Mohd Razman
+2011 2118 0894
syazwansyamil92@yahoo.com

Timbalan Setiausaha Agung
               Shahanim Shakirah binti Mhd Kaim
+2011 1150 5274
kyra_butterfly@yahoo.com

Bendahari Agung (Ketua Unit Ekonomi)
                Wan Abdul Hakim bin Wan Ismail
+2011 4799 8788
akem_boy91@yahoo.com

Timbalan Bendahari Agung (Timbalan Unit Ekonomi)
                  Zahidah Izzati binti Mohd Johari
+2011 4667 3955
mujahidatusyaza_izzati@yahoo.com

Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan
               Nik Mohammad Azahari bin Nik Salleh
+2011 2908 0507
badadis_mada@yahoo.com

Timbalan Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan
             Nur Hazimah binti Mat Basri
+2011 4241 5912
bintu_mithali@yahoo.com

Ketua Unit Penerangan dan Penerbitan
             Muhammad Yasin bin Awang
+2011 4891 7267
Yasin_awang@yahoo.com.my

Timbalan Unit Penerangan dan Penerbitan
             Rafida binti Haniffa
+2011 1550 2252
rafidahaniffa@yahoo.com

Ketua Unit Pendidikan dan Pengetahuan
            Muhammad Ilman bin Abdul Razak
+2011 1540 2392
muslim_tough@yahoo.com

Timbalan Unit Pendidikan dan Pengetahuan
            Nurul Syahidah binti Hamzah
+2011 4583 3739
syiedamoi_pulun194@yahoo.com

Ketua Unit Perumahan dan Rehlah
            Ahmad Faris bin Mazlan
+2011 4583 3876
farismazlan92@gmail.com

Timbalan Unit Perumahan dan Rehlah
            Siti Hajar binti Abdullah
+2011 1550 0864
ikone_ndore91@yahoo.com

Ketua Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan
             Ahmad Bushra bin Mohamad Salleh
+2011 4900 9635
ahmad_bushra07@yahoo.com

Timbalan Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan
              Ayeshah binti Awallul Azmi
+2011 1709 8251
ayeshahazmi@yahoo.com



Kepulangan Permata BKAWM ke Tanah Air

KAHERAH, 16 SEP 2012 - Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) menyaksikan kepulangan seorang lagi permata yang telah banyak menyumbang bakti selama penubuhan BKAWM. Beliau yang dimaksudkan ialah saudara Abdul Rahman bin Aminuddin, graduan Ijazah Sarjana Muda, Syariah Islamiyyah, Universiti Al-Azhar cawangan Kaherah.

Mesyuarat Agung Tahunan BKAWM Kali Ke 14 & Malam Inspirasi Budi

KAHERAH, 15 SEPTEMBER 2012 - Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke-14 dan Malam Inspirasi Budi telah berlangsung pada 15 September 2012 di Dewan Sri Putra, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan menandakan berakhirnya saf kepimpinan bagi sesi 2011/2012 Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM). Program yang diadakan saban tahun ini juga bertujuan untuk melahirkan bakat-bakat baru dalam kalangan anak-anak Wilayah Persekutuan dalam berorganisasi selaras dengan kehendak Islam.

Majlis perasmian dimulakan dengan ucapan Yang Dipertua sesi 2011/2012, saudara Mohd Mawardi bin Mohd Zain. Turut sama memberi ucapan adalah saudara Zulhafeez Mohd Zahidi, Timbalan Presiden, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Dalam ucapannya, beliau tidak lupa untuk menyelitkan kata-kata semangat untuk barisan kepimpinan sesi baru dan amat berharap agar mereka dapat melaksanakan amanah yang telah digalas dengan sebaik mungkin.

Ucapan perasmian pula telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Yahya bin Mohd Haniff, Pengurus Asrama Rumah Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Dalam ucapannya, beliau banyak menyentuh perihal isu semasa umat Islam serta berharap para mahasiswa tidak memandang enteng akan masalah ini.

Sesi persidangan telah dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Mawardi bin Mohd Zain dan berjalan dengan lancar dimulai dengan pengesahan minit mesyuarat, seterusnya laporan tahunan setiap jabatan, lajnah dan unit, laporan kewangan tahunan dan perbahasan usul. Sesi persidangan telah berjalan dengan cemerlang dengan adanya keterlibatan ahli secara aktif sepanjang persidangan tersebut. Persidangan tamat pada jam 4 petang dengan ucapan penggulungan oleh pengerusi mesyuarat.

Ambang Mesyuarat Agung Tahunan BKAWM Kali Ke 14 & Malam Inspirasi Budi

Pimpinan dan ahli BKAWM akan berkumpul untuk bermesyuarat dalam Mesyuarat Agung Tahunan BKAWM Kali Ke 14 bagi memastikan kesinambungan agenda kebajikan BKAWM.
Sesi kepimpinan 2011/2012 akan melabuhkan tirai dan para pimpinan sesi 2012/2013 akan meneruskan perjuangan meneruskan agenda kebajikan.
Para aktivis BKAWM sesi 2011/2012 akan diraikan dan diberikan penghargaan pada Malam Inspirasi Budi.

Senarai Penerima Sijil Aktivis BKAWM Sesi 2011/2012 Malam Inspirasi Budi

Malam Inspirasi Budi 2012 merupakan suatu majlis yang diadakan bagi menghargai jasa para aktivis sepanjang sesi 2011/2012. Majlis ini juga bertujuan meraikan dan mengumpulkan seluruh ahli BKAWM.


Mesyuarat Agung Tahunan BKAWM Kali Ke 14 & Malam Inspirasi Budi

Beberapa hari lagi, kepimpinan BKAWM Sesi 2011/2012 akan mengakhiri sesi pimpinan mereka. Mari bersama menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan BKAWM Kali Ke 14 & Malam Inspirasi Budi 2012.

Bakti Siswa BKAWM Bersama Pelajar Tajaan MAIWP Sesi 2012

Kuala Lumpur, 10 September 2012 – Program Bakti Siswa anjuran Badan Kebajikan Anak Wilayah Mesir (BKAWM) Sesi 2011/2012 telah mengadakan pertemuan bersama pelajar-pelajar tajaan MAIWP yang akan melanjutkan pelajaran ke bumi Mesir samada dalam fakulti Pengajian Islam dan Sains Kesihatan. Program ini diadakan bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar baru tentang kehidupan dan suasana pengajian di Mesir.

Program telah dimulakan pada jam 2.45 petang dan dipengerusikan oleh saudara Amer Syamiz bin Zainuddin. Slot pertama dimulakan dengan slot Pengenalan Mesir yang disampaikan oleh saudara Hamizan bin Abd Karim. Slot ini membincangkan tentang keadaan dan rutin-rutin harian pelajar Malaysia yang berada di Mesir. Beliau juga banyak menekankan aspek keselamatan dan komunikasi dengan masyarakat arab Mesir.

45 Warga Baru MAIWP Mula Bertugas

KUALA LUMPUR, 3 September – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menerima 45 orang warga baru bagi mengisi jawatan-jawatan kosong di beberapa bahagian dalam MAIWP.

Kesemua 45 petugas baru yang dilantik hadir untuk melapor diri dalam satu majlis ringkas pada hari tersebut. Antara yang dilantik ialah Pengetua SMA LABUAN, Encik Mohd Hasnizan bin Hassin.

Majlis dihadiri oleh YBhg Dr Muhammad Yamin bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) MAIWP, Encik Ismail bin Porjo, Timbalan KPE MAIWP dan pengurus-pengurus bahagian.

YBhg Dr Muhammad Yamin mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya dilantik menjadi warga MAIWP dan berharap perlantikan ini dapat membantu MAIWP melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan berkesan.

Bakti Siswa BKAWM Di SMA MAIWP

KUALA LUMPUR, 8 September - Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir(BKAWM) di bawah Program Bakti Siswa 2012 telah menganjurkan dua buah program bersama Sekolah Menengah Agama Majlis Agama islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) di Bandar Tun Razak, Cheras baru-baru ini. Di dalam program ini, BKAWM telah dijemput oleh pihak sekolah SMA MAIWP untuk member pengisian dan perkongsian kepada para pelajar serta ibu bapa.

Program pertama berbentuk motivasi dan pendedahan kepada pelajar-pelajar tingkatan lima yang mengambil jurusan Sains dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Program berbentuk pengisian ini telah dijalankan pada 6 September 2012 yang lalu di SMA MAIWP dan disampaikan oleh wakil Program Bakti Siswa yang mengambil bidang Perubatan iaitu saudari Siti Hajar binti Abdullah dan saudari Rafida binti Haniffa. Sesi slot ditamatkan dengan tayangan video yang menarik.

Mesyuarat Agung Tahunan BKAWM Kali Ke 14 & Malam Inspirasi Budi


Pada 15 September 2012, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir Sesi 2011/2012 akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan BKAWM Kali Ke 14 pada sebelah siang dan Malam Inspirasi Budi pada sebelah malam. Semua ahli BKAWM dijemput hadir untuk sama-sama bermesyuarat dan menunjukkan penghargaan kepada para aktivis BKAWM yang bakal menerima anugerah.

Lajnah Kebajikan - Agenda Kebajikan Diteruskan

Kaherah – Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2011/2012, di bawah Lajnah Kebajikan sekali lagi telah menghulurkan sumbangan kebajikan kepada ahli BKAWM tanda keprihatinan BKAWM dalam menjaga kebajikan ahli-ahli yang kurang berkemampuan dan tidak menerima mana-mana bantuan zakat .

Sumbangan diedarkan pada malam hari perasmian penutup program Reidhwan ’12. Bilangan ahli BKAWM yang menerima sumbangan ini seramai 10 orang yang terdiri dari 4 orang mahasiswa dan 6 orang mahasiswi. Sumbangan ini bukan hanya tertumpu kepada ahli dari jurusan Pengajian Islam sahaja bahkan ahli dari jurusan Sains Kesihatan turut diberi perhatian untuk menerima sumbangan dari Lajnah Kebajikan.

Lajnah Kebajikan BKAWM turut membuka ruang kepada anak-anak Wilayah Persekutuan yang ingin turut sama meringankan bebanan sahabat-sahabat yang kurang berkemampuan dan juga sahabat-sahabat yang ditimpa kemalangan. Semoga dengan sumbangan yang diedarkan ini dapat meringankan lagi beban ahli BKAWM yang kurang berkemampuan.

Blogroll

Loading...