MAKLUMAN PERTUKARAN JAWATAN AHLI JAWATAKUASA TADBIR BKAWM SESI 2012/2013


MAKLUMAN PERTUKARAN JAWATAN AHLI JAWATAKUASA TADBIR BKAWM SESI 2012/2013


Adalah dimaklumkan bahawa ;

Pihak BKAWM telah menerima surat perletakan jawatan daripada Saudari Zahidah Izzati binti Mohd Johari di atas sebab-sebab yang tertentu. Setelah dibincangkan dalam Mesyuarat AJKT yang lalu, mesyuarat bersetuju menerima perletakan jawatan tersebut.

Berdasarkan Perlembagaan BKAWM pada Fasal 16 (5) menyebut:

“Sekiranya seorang AJK Tadbir tidak lagi menjawat jawatan itu sama ada dengan sebab meninggal dunia atau ia meminta berhenti atau diberhentikan atau dengan apa-apa jua sebab yang menjadi halangan daripada menjawat jawatan tersebut, maka AJK Tadbir berhak memilih dan melantik mana-mana ahli BKAWM untuk mengisi kekosongan dengan tidak melalui Mesyuarat Agung Khas.”


Sehubungan dengan itu, pihak AJKT telah melantik Saudari Nurul Izzah binti Zaharullai dengan no. keahlian BKAWM 734 bagi menggantikan beliau.

Maklumat berkenaan jawatan baru AJKT BKAWM bagi sesi ini adalah seperti berikut:

 1. Timbalan Bendahari Agung (Unit Ekonomi)              : Ayeshah binti Awallul Azmi
 2. Timbalan Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan    : Nurul Izzah binti Zaharullai

Pertukaran jawatan ini berkuat kuasa bermula 01 Disember 2012.


Sebarang permasalahan berkenaan jawatan tersebut bolehlah terus menghubungi pihak yang berkaitan yang telah dilantik.

Sekian dimaklumkan,

“Keunggulan Sahsiah Wasilah Keilmuan”

 Jabatan Setiausaha Agung,
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) Sesi 2012/2013

Forum Motivasi Memorabilia dan Sambutan Hari 'Asyura

KAHERAH,29 November - Pada 24 November 2012 yang lalu, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan (BKAWM) di bawah Unit Pendidikan dan Pengetahuan (UPEP) telah menganjurkan Forum Motivasi Memorabilia sempena imtihan yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Program diserikan dengan kehadiran tiga ahli panel yang dijemput khas dari kalangan pelajar pengajian islam dan perubatan bertepatan dengan usul Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)  pada tahun ini iaitu ‘memperkasakan hubungan baik antara mahasiswa pengajian islam dan sains kesihatan ’. Antara ahli panel yang dijemput ialah Saudara Mohamad Sarkawi bin Mohamad Salleh, mantan Yang Dipertua Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir, saudari Mardhiah Nordin, Ketua Unit Pendidikan dan Komunikasi Bahasa, HEWI PMRAM serta Dr. Aisyah Zahirah Sukeri, Timbalan Presiden II Persatuan Pelajar – pelajar Perubatan Malaysia Mesir (PERUBATAN).
Forum motivasi kali ini bertajuk Sinergi: Sahsiah dan Ilmu, sejajar dengan tema pembawaan BKAWM sesi ini iaitu ‘Keunggulan Sahsiah Wasilah Keilmuan’. Topik ini telah dikupas dari pelbagai sudut dan telah membawa forum menjadi amat menarik dan bermanfaat. Ditambah pula dengan kehadiran moderator jemputan, iaitu saudara Jasri Raimy Johari yang begitu bersemangat dan bertenaga dengan pelbagai persoalan yang diajukan.
Antara isi yang menarik ialah penekanan terhadap niat dalam menuntut ilmu, bertepatan dengan hadith pertama dalam Matan Arba’in Nawawi,
‘Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat.’
Seterusnya, panel menjelaskan pula, perkara – perkara yang dapat membentuk sahsiah diri, iaitu hati, nafsu dan akal, dikuatkan lagi dengan kisah – kisah para fuqaha seperti Imam Syafie dan pelbagai kisah lain. Program menjadi segar apabila moderator bijak mengawal suasana dengan gurauan bersahaja yang mencuit hati para hadirin.
Sebelum program menutup tirai, para hadirin telah disajikan dengan sedikit halwa mata iaitu tayangan video dari WIMAC dan hidangan bubur a’syura yang disediakan Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan (LDPI) bersempena Hari ‘Asyura. Majlis berakhir pada jam 11 malam.

Blogroll

Loading...