Cahaya Mata Yang Dipertua

Kaherah, 29 Januari – Sekali lagi ARWP diserikan dengan kelahiran seorang cahaya mata yang baru.

Yang Dipertua, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM), Saudara Muhd Bazli bin Zakaria bersama pasangannya, Nur Hidayah bt Mohd Rafe telah dikurniakan seorang bayi perempuan semalam.

Bayi perempuan seberat 2.5 kg ini telah selamat dilahirkan di antara azan dan iqamat Subuh di Hospital Fatimah Zahra.

Seluruh barisan kepimpinan Ahli Jawatankuasa Tadbir, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) dan ahli-ahli BKAWM di Mesir mengucapkan tahniah kepada Saudara Muhd Bazli bin Zakaria dan seluruh keluarga beliau atas kelahiran bayi perempuan di muka bumi Mesir ini.

Semoga bakal menjadi mujahidah yang menjadi contoh ikutan semua.

“BKAWM Keluarga Kita”
“KEUNGGULAN SAHSIAH WASILAH KEILMUAN”

Gema Qasidah Meraikan Maulidur Rasul


ARWP, 25 Januari – Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan (LDPI) dengan kerjasama Unit Kebudayaan, Kesenian, dan Sukan (UKKS) di bawah Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir telah menganjurkan sambutan Maulidur Rasul sempena menyambut kelahiran junjungan besar, Nabi Muhammad SAW iaitu pada 12 Rabiulawal yang lalu.

Sambutan bermula pada malam 12 Rabiulawal dengan alunan qasidah serta selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad bagi melahirkan rasa cinta serta memperingati perjuangan baginda dalam menyebarkan Islam ke serata dunia.

Pada pagi Jumaat pula, sebuah ceramah telah dianjurkan bertajuk ‘Qudwah Hasanah Kekasihku’. Penceramah yang telah dijemput khas iaitu Ustaz Jamal Najmuddin bin Sulaiman merupakan mantan Yang Dipertua PMRAM Cawangan Kelantan(KPKM). Pelbagai perkara berkaitan akhlak serta peribadi Nabi Muhammad telah beliau kongsikan dalam menyemai rasa cinta dan rindu terhadap baginda.

Sesi ceramah ditamatkan dengan jamuan ringan.

Kalam Pimpinan: Sambutan Maulidurrasul


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Alhamdulillah kita panjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana masih memberikan dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan nikmat islam. Tidak dilupakan juga selawat dan salam buat junjungan besar kekasih Allah Nabi Muhammad SAW bersama ahli keluarga serta para sahabat baginda yang telah banyak berkorban demi menyampaikan risalah Islam kepada umat baginda.


Alhamdulillah juga kita masih diberikan kesempatan untuk menyambut hari yang  bersejarah buat umat Islam seluruh dunia. Pada tanggal 12 Rabiul Awwal telah lahir seorang bayi  yang sangat hebat iaitu kekasih Allah Nabi Muhammad SAW. Kelahiran baginda dipenuhi dengan kejadian-kejadian luar biasa, dimulai dengan peristiwa padamnya api di kerajaan Persia, hancurnya sembahan - sembahan batu di sana, dan penyerangan pasukan bergajah untuk menghancurkan Kaabah. Namun tentera ini dileburkan oleh burung-burung yang dikirimkan Allah dari syurga, kerana peristiwa itu, dinamakan kelahiran baginda Tahun Gajah.

Kelahiran baginda juga disifatkan sebagai pembawa rahmat ke seluruh alam. Dunia yang dulu tenggelam dek kegelapan dan kejahilan telah berubah ke arah sinar cahaya ilmu dan pengetahuan. Dunia yang dulu  dipenuhi manusia yang bersifat jahiliyah mula kembali lembut dengan nilai kemanusiaan. Agama yang dulu dianggap sebagai adat  mula bertukar menjadi dasar kehidupan gemilang.

Selama tiga tahun Rasulullah SAW menyebarkan Islam secara rahsia, seterusnya Allah menurunkan perintah agar dakwah Islam disebarkan secara terang-terangan. Sepanjang baginda menyebarkan dakwah Islam pelbagai rintangan dan tohmahan yang diterima oleh baginda dan para sahabat daripada kaum kafir Quraisy. Kemudian  Allah menurunkan kitab suci al-Quran sebagai hujah dan kekuatan untuk baginda menyampaikan dakwah Islam ini.

Pada tarikh 12 Rabiul Awwal juga berlaku penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah. Di Madinah inilah umat Islam hidup dengan damai dan tenteram. Setelah 10 tahun mambangun di Madinah, sampailah keinginan serta kerinduan para sahabat untuk pulang ke kampung halaman.

Di tengah umat islam semakin ramai dan kukuh dengan keimanan mereka, turunlah ayat ke 3 dari surah al-Maidah ‘’Pada hari ini Kusempurnakan agamamu untukmu, dan telah Kucukupkan nikmat-Ku bagimu, dan Ku redha Islam sebagai agama kalian’’. Setelah ayat ini turun tahulah Saidina Abu Bakar, sahabat baginda bahawa Rasulullah SAW akan meninggalkan mereka selama-lamanya. Akhirnya pada tanggal 12 Rabiul Awwal , wafatnya kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW. Walaupun selepas wafatnya baginda, dakwah Islam tetap diteruskan oleh para sahabat sehingga ke hari ini.  

Sengaja saya bawakan sirah baginda Nabi Muhammad SAW kerana dengan harapan kita semua dapat mengambil ibrah dan lebih menghayati akan kisah hidup dan perjuangan baginda. Semoga dengan penghayatan ini akan membawa kea rah kecintaan yang murni dan luhur terhadap baginda serta menjadikan kita juga dalam kalangan umat yang baginda rindui.

Akhir kalam, marilah kita sama-sama amalkan sunnah-sunnah baginda dalam kehidupan seharian kita. Selain itu, sempena memperingati hari kelahiran baginda, banyakkanlah berselawat yang mana selawat ini akan menjadi syafa’at di akhirat kelak. Sesungguhnya Rasulullah SAW amat merindui dan menyayangi umatnya.

NUR HAZIMAH BT MAT BASRI
Timbalan,
Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan,
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir,
Sesi 2012/2013




Kenyataan Rasmi BKAWM Berkenaan Isu Pegawai Tampar Mahasiswa


Senarai Semak Dokumen Sokongan Unit Pembangunan Akademik IPT dan Bantuan Galakan Hafazan Al-Quran


Senarai Semak Dokumen Sokongan Unit Pembagunan Akademik IPT
              
  SKIM BANTUAN AM PELAJARAN IPT

1) 1 keping gambar pasport (menutup aurat bagi wanita)
      (Bagi pemohon BARU sahaja)

2)  1 salinan kad pengenalan pemohon

3)  1 salinan kad pengenalan suami/isteri, ibu/bapa dan sijil kelahiran anak yang masih di
      dalam tanggungan
     (tidak termasuk yang telah berkahwin /bekerja).

4)  1 salinan penyata gaji/penyata pencen/surat akuan sumpah pendapatan/pemberian
      anak/anggaran pendapatan sebulan pemohon/ibu bapa/penjaga yang TERKINI.  
      (Sila rujuk mana-mana Pesuruhjaya Sumpah di kawasan Kuala Lumpur sahaja untuk pengesahan)
   
5)  1 salinan surat tawaran masuk ke IPT.
      (Bagi pemohon BARU sahaja).
      (Sila rujuk Bahagian Jabatan Kemasukan Rekod Pelajar).
      Nota : Bagi pelajar di Universiti Al-Azhar di Mesir, SURAT TAWARAN  
      (seperti yang di senaraikan pada para 5) adalah DIKECUALIKAN.

6)  1 salinan pengesahan pengajian di Institut Pengajian Tinggi berkenaan
      (Sila rujuk Bahagian Hal Ehwal Pelajar / Jabatan Penuntut Malaysia bagi  pemohonan 
       Institut pengajian luar negara).

7)  1 salinan pengesahan penajaan dari Institut Pengajian Tinggi samada mendapat 
      pinjaman/tajaan @ tidak mendapat sebarang pinjaman/mana-mana tajaan.
      (Sila rujuk Jabatan Hal Ehwal Pelajar/Unit Biasiswa dan kewangan IPT/Jabatan 
       Bendahari/Jabatan Penuntut Malaysia bagi luar negara)

8)  1 salinan surat pengiktirafan  pengajian oleh Jabatan Perkhidmatan Awam/Lembaga 
      Akreditasi Negara/Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi pengajian IPTS SAHAJA.
      (Sila rujuk  Jabatan Akademik Pelajar  IPTS/Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

9)  Jika ibu bapa/tanggungan menghidap sakit kronik, sila sertakan surat bertulis akaun 
     sakit kronik/cacat anggota/lain-lain daripada doktor hospital. (Jika berkenaan)

10) 1 salinan Sijil Pendaftaran Memeluk Islam (jika ibu/bapa/penjaga seorang Muallaf).
       (Jika berkenaan)


11) 1 salinan sijil nikah/cerai/surat kematian (Jika berkenaan)

12) 1 salinan buku / penyata akaun bakn pemohon.
       (muka surat yang mengandungi maklumat pemohon)
       Semua bank dibolehkan KECUALI Agro Bank, Tabung Haji dan Bank Ar-Rahji

BANTUAN GALAKAN HAFAZ AL-QURAN

1. 1 keping gambar pasport (menutup aurat bagi wanita).

2. 1 salinan kad pengenalan pemohon.

3. 1 salinan kad pengenalan suami/isteri, ibu/bapa dan sijil kelahiran anak yang masih 
     di dalam tanggungan (tidak
termasuk yang 

telah berkahwin/bekerja).




4. 1 salinan penyata gaji/penyata pencen/surat akuan sumpah pendapatan/pemberian 

      anak/anggaran pendapatan

sebulan 
pemohon/ibu bapa/penjaga yang TERKINI.
     (Sila rujuk mana-mana Pesuruhjaya Sumpah di kawasan Kuala Lumpur sahaja untuk

      pengesahan).



5. 1 salinan buku / penyata akaun bakn pemohon.

       (muka surat yang mengandungi maklumat pemohon)
       Semua bank dibolehkan KECUALI Agro Bank, Tabung Haji dan Bank Ar-Rahji


6. 1 salinan sijil-sijil belajar dan dokumen sokongan yang berkaitan.



Sebarang pertanyaan  boleh  terus hubungi:
-Ahmad Yahya bin Mohd Haniff 
-Pegawai Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM)
-+20111-9966448




Sesi Pengisian Borang Zakat MAIWP


[MAKLUMAN]

Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) dengan kerjasama Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) akan mengadakan sesi ‘Pengisian Borang Zakat MAIWP’ bagi anak-anak Wilayah Persekutuan di Mesir.

*Maklumat berkenaan sesi tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh:        15 Rabiulawal 1434H bersamaan 27 Januari 2013.

Hari:            Ahad.

Tempat:       Dewan Sri Putra, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan di Mesir 
                   (ARWP).

Alamat:        Wilayah Persekutuan Students Hostel, No. 24, El-Mahdi Ibn 
                    Barakah Street, 7thDistrict,Nasr 
                    City, Cairo, Egypt.

Sekian, harap maklum.


“BKAWM Keluarga Kita”

“KEUNGGULAN SAHSIAH WASILAH KEILMUAN”

ARTIKEL: CAKNA ISU SEMASA



KEPENTINGAN ISU UMAT ISLAM ISU KITA

Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:
"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama." Maka para sahabat r.a pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat? " Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut. "Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut? "Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."Sahabat bertanya lagi,"Apakah itu al-Wahn? "Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."

Pernahkah kita menyedari bahawa setiap tahun, setiap detik, setiap saat, umat Islam ditindas dari penguasa yang bermaharaja lela menyanjung takhta tidak kira yang ditindas itu dari golongan remaja, tua, kanak-kanak malah golongan yang lemah juga. Mereka ditindas dengan kejam, dibakar hidup-hidup tanpa belas kasihan , merogol wanita dan menembak bagaikan permainan, menyembelih bagaikan  binatang korban, yang paling hina lagi adalah berkaitan dengan akidah iaitu pemaksaan menukar agama dengan lisan.

Umat islam ditindas !! Saudara kita dibunuh dan dihina…tetapi kita membisu …

Bentuk-bentuk penindasan :
Palestin (Gaza)
Syria
Rohingya
Malaysia
-wanita dirogol
-wanita dirogol
-wanita dirogol
-wanita dirogol
-ditanam hidup-hidup
-pemaksaan menukar aqidah
-rumah dibakar
-pembohongan media massa
-dibunuh kejam
-dibunuh kejam
-dibunuh kejam
-rasuah berleluasa
-penyembelihan manusia


- ulamak diketepikan



-hiburan tiada batasan

Oh Palestin!, Oh Syria!, Oh Rohingya!, Oh Malaysia!, malunya aku menjadi saudaramu…
Adakah kita menyedari semua itu?
Adakah kita mengambil berat tentang semua ini?
Adakah kita tidak kasihan dengan saudara-saudara kita dibunuh setiap hari?
Jawapannya ada ditangan anda!!

Firman Allah subhanahu wataala :
إنما المؤمنون إخوة
Maksudnya : Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara .

Dari Anas r.a. bahawa Nabi SAW bersabda

عَنْ أَنَسٍ عَنِ النَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ لا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
 "Tidak sempurna keimanan seseorang dari kalian, sebelum ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri"

Selaku umat islam, kita haruslah mengambil berat terhadap saudara seakidah kita, tidak kira di mana pun mereka berada akan tetapi mereka tetap saudara kita. Bersesuaian dengan hadis di atas yang mana mereka tidak digolongkan dengan orang yang beriman sekiranya mereka tidak mengambil berat antara satu sama lain. Sesungguhnya Rasulullah sallallahu alaihi wasallam  tidak memungkiri janjinya.

Ayuh sahabat!! tanamkanlah sifat sensitivity terhadap umat islam dalam dada kamu. Kita adalah rantai perjuangan baginda, sekiranya tidak maka siapa lagi yang hendak mengambil tahu tentang umat islam?. Buatlah semampu mungkin. Banyak mengkaji dan sebarkanlah maklumat supaya mereka sedar bahawa kita umat yang satu iaitu Islam.

Rujukan: Sumber Mini-Pavilion dan Saiful Islam

Nukilan:
Ahmad Hakimi bin Ibrahim
Ketua Unit Pengkajian Maklumat
Unit Penerangan dan Penerbitan BKAWM Sesi 2012/2013

UCAPAN TAHNIAH DI ATAS KELAHIRAN CAHAYA MATA PENGURUS ASRAMA RUMAH WILAYAH PERSEKUTUAN MESIR


Kaherah, 11 Januari – Encik Ahmad Yahya bin Mohd Haniff merupakan Pengurus Asrama Rumah Wilayah Persekutuan Mesir telah sahaja baru menerima kelahiran cahaya mata.

Alhamdulillah beliau telah dianugerahkan bayi lelaki yang dilahirkan pada jam 5.12 petang tadi di hospital Tawfikiah, Kaherah.

Seluruh barisan kepimpinan Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) dan ahli-ahli BKAWM di Mesir mengucapkan tahniah kepada Encik Ahmad Yahya bin Mohd Haniff dan seluruh keluarga beliau di atas kelahiran bayi lelaki di muka bumi Mesir ini.

“BKAWM Keluarga Kita”
“KEUNGGULAN SAHSIAH WASILAH KEILMUAN”

Tahniah Atas Perlantikan Sebagai KPE MAIWP


KUALA LUMPUR, 6 Januari – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) merupakan antara penaung rasmi Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM). Baru - baru ini, MAIWP telah menerima perlantikan baru bagi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (KPE).
YBhg. Tuan Haji Zainal Abidin bin Jaffar telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP menggantikan YBhg. Dr. Muhammad Yamin bin Ismail yang bertukar ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
YBhg. Tuan Haji Zainal sebelum ini bertugas sebagai Pengarah Bahagian Kemajuan Islam, JAKIM.
Seluruh barisan kepimpinan Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) dan ahli-ahli BKAWM di Mesir mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada YBhg. Tuan Haji Zainal Abidin atas perlantikan tersebut.

Semoga YBhg. Tuan Haji Zainal Abidin dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan berdedikasi.


'BKAWM Keluarga Kita'
'KEUNGGULAN SAHSIAH WASILAH KEILMUAN'

Blogroll

Loading...