KEJOHANAN PING-PONG MENGIKAT UKHUWAH AHLI WILAYAH

KAHERAH, 28 JANUARI 2014 – Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan sesi 2013/2014 telah menganjurkan sebuah program Kejohanan Ping-pong Anak Wilayah 2014 khusus buat anak wilayah yang menetap di bumi Mesir ini.

Kejohanan Ping-pong Anak Wilayah 2014 pada kali ini bertemakan “Riadhah Pemangkin Kekuatan Ukhuwah” serta membawa 2 objektif utama dalam program ini iaitu:-
1.       Mengasah dan mencungkil bakat ahli dalam sukan
2.       Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli.

Program ini berlangsung selama 2 hari iaitu bermula pada 27 dan 28 Januari 2014 bertempat di Dewan Sri Putra, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan. Sebanyak 8 penyertaan bagi kategori perseorangan dan 8 pasukan yang mendaftarkan diri untuk kategori beregu.
Program bermula dengan ucapan perasmian daripada Yang Dipertua BKAWM sesi 2013/2014 iaitu saudara Syazwan Syamil bin Razman . Seterusnya perlawanan bermula dari pagi hingga petang. Penyampaian hadiah disampaikan oleh Encik Yahya bin Hanif, Pegawai Pengurusan MAWIP Mesir kepada johan acara ping-pong perseorangan saudara Daniel Aidee bin Hussain dan johan beregu iaitu saudara Abdul Basit bin Abdullah bersama saudara Syakir bin Rosnan.
“Alhamdulillah program ini berlangsung dengan jayanya, saya harap program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan supaya ikatan antara kita lebih erat untuk melakukan gerak kerja Islam”, ujar saudara Ahmad Mustaqim bin Ramli, Ketua Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan sesi 2013/2014.

Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2013/2014 berharap agar seluruh ahli Wilayah di Mesir dapat hadir bersama-sama untuk menjayakan segala bentuk program yang direncanakan demi meneruskan kesinambungan anak Wilayah di bumi Mesir ini.


"BKAWM Keluarga Kita"
"Meneguh Ukhuwwah, Menjana Tarbiyah"





Blogroll

Loading...