TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM

27 NOVEMBER 2015: TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM
Pendidikan merupakan aspek penting yang dititikberatkan oleh BKAWM terhadap ahlinya sejajar dengan visi BKAWM yang kedua, iaitu “Meningkatkan kecemerlangan akademik dan penguasaan thaqafah”. Hal ini sekaligus menunjukkan keperihatinan BKAWM dalam melahirkan mahasiswa Islam yang terkehadapan dalam bidang akademik dan thaqafah.


Peperiksaan semester pertama khususnya di Universiti al-Azhar sesi 2015/2016 akan bermula pada pertengahan bulan Januari 2016. Sehubungan dengan itu, peringkat Lajnah Perancang Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2015/2016 telah menetapkan bahawasanya tarikh penangguhan program adalah pada 27 November 2015.
Oleh itu, segala aktiviti dan program yang melibatkan semua ahli ditangguhkan sementara waktu. Hanya aktiviti yang berbentuk akademik, thaqafah dan kerohanian serta yang berkaitan dengan pendidikan sahaja yang diadakan bagi membantu kecemerlangan seluruh mahasiswa dan mahasiswi Islam di bumi Mesir.
Pihak BKAWM mengharapkan agar seluruh mahasiswa Wilayah Persekutuan di bumi Mesir ini dapat memanfaatkan masa dan ruang waktu yang ada ini dengan sebaik mungkin bagi melakar kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan kelak.

Ahmad Faris bin Mazlan,
Timbalan Yang Dipertua,
Merangkap Ketua Lajnah Perancang,
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir,
BKAWM Sesi 2015/2016.

"Memperkasa Kefahaman, Meneguh Kebersamaan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]