[BERITA: WILAYAH SUPER BAZAR 2017 (SUPERB ‘17)PEMANGKIN EKONOMI, MENJALIN SILATURRAHIM]





KAHERAH, 20 Mac 2017-  Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2016/2017 buat julung kalinya telah mengadakan satu program mega bernama Wilayah Super Bazar (SUPERB ‘17) yang bertempat di Asrama Baharu Wilayah Persekutuan, Hayyu Sabie’. Program telah berlangsung selama empat hari bermula pada 15 Mac hingga 19 Mac 2017.

[KENYATAAN YDP BKAN : KONGRES BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI]


22 Mac 2017 - Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) merupakan wadah kesatuan pelajar Malaysia di Mesir yang menyediakan platform dalam membincangkan perihal permasalahan-permasalahan yang berlaku dalam kalangan mahasiswa. Antaranya adalah berkenaan pendidikan, kebajikan, dan keselamatan.

Pada Ahad 19 Mac 2017 yang lalu, telah diadakan pertemuan berkala barisan Yang di-Pertua BKAN yang bertempat di perpustakaan Asrama Rumah Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertua Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) Ustaz Abdul Wafi Bin Alias. Antara perbincangan yang diutarakan adalah berkenaan kesatuan mahasiswa di Mesir. Oleh itu, seluruh Yang di-Pertua BKAN sebulat suara bersepakat untuk menganjurkan sebuah perhimpunan mega mahasiswa Malaysia di Mesir dengan nama Kongres Badan Kebajikan Anak Negeri. Kongres ini dianjurkan bagi mendapatkan suara ahli berkaitan permasalahan yang berlaku di peringkat BKAN masing-masing. Selain itu, sidang mesyuarat juga telah membincangkan bagi pemilihan jawatankuasa Koordinator Majlis Gabungan Anak Negeri bagi sesi yang baru setelah segenap setahun perjalanan jawatankuasa tersebut.

Bagi memastikan program tersebut berjalan lancar, sidang mesyuarat telah bersepakat untuk melantik pengarah dan timbalan pengarah dalam kalangan Jawatankuasa Koordinator Majlis Gabungan BKAN iaitu Ustaz Muhammad Hilmi Bin Hussin Shokri dan Ustazah Norliyana Binti Mohd Akhir. Perjalanan program ini akan dipantau dari semasa ke semasa oleh barisan Yang di-Pertua BKAN sendiri.

Semoga hasrat kesatuan yang ingin dicapai ini dapat memebuahkan semangat kebersamaan mahasiswa/wi Islam dalam mendepani segala ujian dan mehnah dengan sebaiknya.

'Muafakat Asas Kejayaan'

[BERITA: HARI MAKTABAH WADAH PENINGKATAN THAQAFAH AHLI]

KAHERAH - 28 Feb 2017 - Unit Pendidikan dan Pengetahuan telah mengadakan Hari Maktabah yang merupakan satu inisiatif untuk menghidupkan budaya keilmuan di kalangan ahli BKAWM. Program ini telah berlangsung selama 2 hari pada 27 Februari bgi siswa dan 28 Februari bagi siswi.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada hari tersebut. Selain itu, pertandingan teka silangkata turut diadakan bagi memeriahkan program waktu tersebut.

[RISALAH AL-HIKMAH: PANDUAN GAYA HIDUP SIHAT]

    
      Dalam tidak sedar, semua orang menjalani proses penuaan. Namun proses ini akan lebih dirasai kala usia menjengah angka 40, apatah lagi jika penyakit gaya hidup mula menjadi ‘penumpang kekal’ yang sukar dihalau jika tiada penjagaan bersungguh-sungguh.

     Malah ketika ini sebahagian besar daripada kita akan dapati betapa mudahnya berat badan bertambah dan susahnya untuk mengembalikan bentuk badan seperti ketika muda.

     Pertambahan umur, perubahan fisiologi dan biologi dalam badan menyebabkan kadar metabolik menurun, sedangkan selera makan kita masih seperti dulu. Jadi tidak hairanlah jika saban tahun, saiz baju dan seluar kita semakin membesar.

     Walaupun pakar kesihatan menyarankan kita mengamalkan gaya hidup sihat melalui pengambilan makanan seimbang dan melakukan aktiviti cergas (bersenam), tetapi masih ramai yang ‘belum bersedia’ untuk menyahut seruan itu.

     Suka atau tidak, kita perlu melakukan sedikit pengorbanan untuk kesihatan diri sendiri dengan berpantang. Sememangnya berpantang makan itu tidak menyeronokkan, apatah lagi membabitkan makanan kegemaran kita. Walaubagaimanapun, berpantang dalam konteks ini bukanlah bermakna tidak boleh makan langsung tetapi kita perlu mengehadkan jumlahnya demi kebaikan diri sendiri.

Berikut merupakan panduan pemakanan yang sihat bagi memastikan gaya hidup yang sihat.

[KALAM PIMPINAN: MELESTARIKAN KESATUAN DALAM KELUARGA BKAWM]



Alhamdulillahirabil ‘Alamin. Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, Tuhan yang Maha Agung, yang mengikat hati-hati hambaNya. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia nabi Mustofa, Muhammad SAW serta seluruh ahli keluarga baginda SAW. Juga kepada para sahabat baginda yang telah dijanjikan syurga oleh Allah SWT.  Allah Rabbul Jalil berfirman dalam kalamNya yang agung:

وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُواْ
“Maka berpegang teguhlah kalian dengan tali Allah SWT. Serta janganlah kalian berpecah belah.” (Surah Hud, ayat 118)

                Daripada ayat yang telah dinyatakan di atas jelas menunjukkan larangan Tuhan sekalian alam daripada kita berpecah belah serta hendaklah kita kekal di atas talinya iaitu Islam. Agama Islam merupakan agama dinamik untuk umat manusia. Agama ini dimulai dengan gagasan tauhid, iaitu keesaan Allah SWT dan menjauhkan segala kefahaman syirik, atau mempercayai sesuatu yang membawa kepada syirik.

Blogroll

Loading...