Posts

Showing posts from 2008

SEJARAH

Image
Sejarah Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) Kehendak semasa di bandaraya ibu kota adalah perangsang utama mahasiswa dan mahasiswi di bumi Mesir ini untuk mewujudkan sebuah persatuan khusus bagi melengkapkan generasi yang akan datang sebagai generasi pendakwah yang mampu menghadapi cabaran dan berketrampilan dalam menongkah arus kemodenan dan kemajuan. Selain daripada itu dengan adanya persatuan ini, ianya dapat membantu dan menjaga kebajikan anak-anak Wilayah Persekutuan yang menuntut di bumi yang penuh dengan keberkatan ini. Maka terciptalah sejarah penting dalam rentetan kehidupan mahasiswa dan mahasiswi Wilayah Persekutuan pada tanggal 19 Oktober 1998 bersamaan hari Isnin, Badan Kebajikan Anak Kuala Lumpur ringkasnya BKAKLM telah di tubuhkan secara rasminya. Badan ini telah diisytiharkan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) selaku jawatankuasa penaja BKAKLM. Majlis bersejarah tersebut telah diadakan di Dewan Syeikh Sya`rawi, Haiyu Sabeik dan dirasmi