Posts

Showing posts from February, 2016

Tinta Dakwah: Keistimewaan dan Kelebihan Sayyidul Ayyam

Image
Bil 01: Keistimewaan dan Kelebihan Sayyidul Ayyam                        Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah SWT yang maha Pengasih lagi maha Penyayang . Selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya kita masih diberikan peluang untuk meneruskan kehidupan ini. Dikesempatan kali ini, saya ingin berkongsi keistimewaan dan kelebihan hari jumaat Saiyidul Aiyam .

JAULAH AULIYA' BAHNASA 2015

Image
KAHERAH, 28 Januari 2016- Unit Kemasyarakatan, Sukan dan Rehlah (UKSR) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2015/2016 telah menganjurkan sebuah program iaitu Jaulah Auliya’ Bahnasa 2015. Jaulah ini dianjurkan bersempena waktu peperiksaan yang semakin hampir dengan tema “Menjejaki Sirah, Menelusuri Alam” pada 5 Disember 2016 untuk siswi dan 12 Disember 2015 untuk siswa. Antara objektif jaulah ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada ahli untuk bertawassul serta menambahkan pengetahuan dan pengajaran kepada peserta tentang kisah para auliya’ dan syuhada yang berada di bumi Bahnasa’.

HARI MAKTABAH

Image
  KAHERAH, 28 Januari 2016 - Hari Maktabah telah diadakan di bawah Unit Pendidikan dan Pengetahuan (UPEP) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2015/2016 bertempat di Perpustakaan Darul Madani, ARWP pada 28 dan 29 November 2015 yang lalu. Hari Maktabah ini bertujuan untuk menghidupkan kembali suasana ilmiah khususnya di dalam perpustakaan (maktabah). Ini kerana biah atau suasana ilmiah ini sangat penting untuk memberi rangsangan kepada ahli-ahli BKAWM terutamanya kepada mereka yang menghadapi peperiksaan.