Posts

Showing posts from November, 2015

Jadual Bertugas Pejabat BKAWM sesi 2015/2016

Image
                          Pejabat BKAWM akan beroperasi mengikut Jadual Perkhidmatan dan Urusan seperti di atas. Untuk urusan yang berkaitan dengan perkhidmatan yang telah dinyatakan boleh merujuk kepada AJKT yang berkaitan. Adapun pada hari yang lain  pejabat akan beroperasi seperti biasa mengikut jadual di bawah.               Sebarang urusan pada waktu cuti boleh dikemukakan terus kepada Jabatan Setiausaha Agung Bkawm pada nombor berikut: Setiausaha Agung: Amirul Hakim bin Mohd Razib (+201151161691) Timbalan Setiausaha Agung: Nabihah binti Ahmad Rosdi(+201002627765) Sekian, harap maklum. "Memperkasa Kefahaman, Meneguh Kebersamaan" "BKAWM Keluarga Kita" "Bersama Bersatu" 

MASYUK 3.0 MEWUJUDKAN RASA SYUKUR DALAM KALANGAN AHLI

Image
MASYUK 3.0 MEWUJUDKAN RASA SYUKUR DALAM KALANGAN AHLI K AHERAH, 19 November 2015– Sekali lagi sejarah menyaksikan Majlis Kesyukuran 3.0 (Masyuk 3.0) yang telah diadakan oleh Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2015/2016 di Dewan Sri Putra, ARWP semalam. Masyuk 3.0 yang bertemakan “Budi Dihulur, Zahirkan Syukur” bertujuan untuk melahirkan rasa syukur dan semangat ukhuwah dalam kalangan ahli BKAWM selepas beberapa aktiviti besar yang memerlukan banyak tenaga daripada ahli BKAWM sendiri iaitu perpindahan asrama dari ASWP ke ARWP, Mesyuarat Agung Tahunan BKAWM kali ke-17 serta kedatangan delegasi MAIWP dalam tempoh jarak masa yang sangat dekat.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-17 DAN MALAM APRESIASI 2015 (MAT 17)

Image
KAHERAH, 5 November 2015- Bertepatan tarikh 14 Oktober 2015 yang lalu, bersamaan hari Rabu, 1 Muharram 1437H, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir telah berjaya mengadakan sebuah program tahunan iaitu Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-17 dan Malam Apresiasi (MAT 17) bagi sesi 2014/2015 yang bertempat di Dewan Sri Putra, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP).

Lokasi Pentadbiran BKAWM

Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) ingin memaklumkan bahawa pentadbiran BKAWM akan mula beroperasi di lokasi asal iaitu di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP), 24 El-Mahdi Ibn Barakah Street, 7th District, Nasr City, Cairo. Segala urusan yang berkaitan bolehlah dilakukan di lokasi yang dinyatakan. Sebarang permasalahan, sila hubungi: Setiausaha Agung - Amirul Hakim bin Mohd Razib (+201151161691) Timbalan Setiausaha Agung - Nabihah binti Ahmad Rosdi (+201002627765) Sekian, harap maklum. AMIRUL HAKIM BIN MOHD RAZIB Setiausaha Agung, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir, Sesi 2015/2016 "Memperkasa Kefahaman, meneguh Kebersamaan" "BKAWM Keluarga kita" "Bersama Bersatu"

Majlis Anugerah Cemerlang 2015 (MAC' 15)

Image
KAHERAH, 5 November 2015- Pada 14 Oktober 2015 yang lalu, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 dengan kerjasama Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang bagi meraikan ahli-ahli daripada pelbagai jurusan sama ada jurusan sains kesihatan mahupun pengajian Islam yang berjaya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun bagi sesi pengajian 2014/2015.  Majlis yang serba meriah ini diadakan di Dewan Sri Putra, Asrama Wilayah Persekutuan , Kaherah sejurus selepas tamatnya persidangan Mesyuarat Agung Tahunan BKAWM kali ke-17 dengan dihadiri oleh ahli-ahli termasuk ahli rumah sewa dan ahli cawangan.

Kepulangan Permata BKAWM, saudara Abdul Basit bin Abdullah

Image
KAHERAH, 30 Oktober 2015- Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) menyaksikan sebuah kepulangan permata BKAWM, iaitu saudara Abdul Basit Bin Abdullah minggu lalu. Beliau merupakan seorang aktivis yang banyak menyumbangkan bakti dan tenaganya kepada BKAWM khususnya sepanjang keberadaannya di Mesir. Sebuah Majlis Wida' telah diadakan khusus bagi meraikan kepulangan beliau pada hari tersebut. Bermula dengan Tazkirah Jumaat dan Kalam Akhir daripada beliau, diikuti dengan jamuan dan Futsal Wida' yang diadakan di Nadi Syabab, Sadis.