[ MAKLUMAN: CARTA ORGANISASI BKAWM SESI 2015/2016 ]

Berikut adalah carta organisasi Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir BKAWM sesi 2015/2016:



"Memperkasa Kefahaman, Meneguh Kebersamaan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

[IHYA JUMAAT SIRI 1 - TAFSIR ALI IMRAN:31]

[Ihya Jumaat Siri 1- Tafsir Ali-Imran:31]
Erti mencintai dan mengagungkan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang sebenarnya adalah, Allah ‘azza wa jalla berfirman:
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
“Katakanlah: Jika kamu benar-benar mencintai Allah SWT, maka ikutilah (sunnah)ku, nescaya Allah SWT akan mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu, Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Qs. Ali ‘Imran: 31)

TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM

27 NOVEMBER 2015: TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM
Pendidikan merupakan aspek penting yang dititikberatkan oleh BKAWM terhadap ahlinya sejajar dengan visi BKAWM yang kedua, iaitu “Meningkatkan kecemerlangan akademik dan penguasaan thaqafah”. Hal ini sekaligus menunjukkan keperihatinan BKAWM dalam melahirkan mahasiswa Islam yang terkehadapan dalam bidang akademik dan thaqafah.

Jadual Bertugas Pejabat BKAWM sesi 2015/2016


           
              Pejabat BKAWM akan beroperasi mengikut Jadual Perkhidmatan dan Urusan seperti di atas. Untuk urusan yang berkaitan dengan perkhidmatan yang telah dinyatakan boleh merujuk kepada AJKT yang berkaitan. Adapun pada hari yang lain  pejabat akan beroperasi seperti biasa mengikut jadual di bawah.




              Sebarang urusan pada waktu cuti boleh dikemukakan terus kepada Jabatan Setiausaha Agung Bkawm pada nombor berikut:

Setiausaha Agung: Amirul Hakim bin Mohd Razib (+201151161691)
Timbalan Setiausaha Agung: Nabihah binti Ahmad Rosdi(+201002627765)

Sekian, harap maklum.

"Memperkasa Kefahaman, Meneguh Kebersamaan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu" 

MASYUK 3.0 MEWUJUDKAN RASA SYUKUR DALAM KALANGAN AHLI




MASYUK 3.0 MEWUJUDKAN RASA SYUKUR DALAM KALANGAN AHLI
KAHERAH, 19 November 2015– Sekali lagi sejarah menyaksikan Majlis Kesyukuran 3.0 (Masyuk 3.0) yang telah diadakan oleh Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2015/2016 di Dewan Sri Putra, ARWP semalam. Masyuk 3.0 yang bertemakan “Budi Dihulur, Zahirkan Syukur” bertujuan untuk melahirkan rasa syukur dan semangat ukhuwah dalam kalangan ahli BKAWM selepas beberapa aktiviti besar yang memerlukan banyak tenaga daripada ahli BKAWM sendiri iaitu perpindahan asrama dari ASWP ke ARWP, Mesyuarat Agung Tahunan BKAWM kali ke-17 serta kedatangan delegasi MAIWP dalam tempoh jarak masa yang sangat dekat.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-17 DAN MALAM APRESIASI 2015 (MAT 17)



KAHERAH, 5 November 2015- Bertepatan tarikh 14 Oktober 2015 yang lalu, bersamaan hari Rabu, 1 Muharram 1437H, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir telah berjaya mengadakan sebuah program tahunan iaitu Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-17 dan Malam Apresiasi (MAT 17) bagi sesi 2014/2015 yang bertempat di Dewan Sri Putra, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP).

Lokasi Pentadbiran BKAWM

Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) ingin memaklumkan bahawa pentadbiran BKAWM akan mula beroperasi di lokasi asal iaitu di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP), 24 El-Mahdi Ibn Barakah Street, 7th District, Nasr City, Cairo.
Segala urusan yang berkaitan bolehlah dilakukan di lokasi yang dinyatakan.
Sebarang permasalahan, sila hubungi:
Setiausaha Agung - Amirul Hakim bin Mohd Razib (+201151161691)
Timbalan Setiausaha Agung - Nabihah binti Ahmad Rosdi (+201002627765)
Sekian, harap maklum.
AMIRUL HAKIM BIN MOHD RAZIB Setiausaha Agung, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir, Sesi 2015/2016

"Memperkasa Kefahaman, meneguh Kebersamaan" "BKAWM Keluarga kita" "Bersama Bersatu"

Majlis Anugerah Cemerlang 2015 (MAC' 15)


KAHERAH, 5 November 2015- Pada 14 Oktober 2015 yang lalu, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 dengan kerjasama Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang bagi meraikan ahli-ahli daripada pelbagai jurusan sama ada jurusan sains kesihatan mahupun pengajian Islam yang berjaya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun bagi sesi pengajian 2014/2015.  Majlis yang serba meriah ini diadakan di Dewan Sri Putra, Asrama Wilayah Persekutuan , Kaherah sejurus selepas tamatnya persidangan Mesyuarat Agung Tahunan BKAWM kali ke-17 dengan dihadiri oleh ahli-ahli termasuk ahli rumah sewa dan ahli cawangan.

Kepulangan Permata BKAWM, saudara Abdul Basit bin Abdullah

KAHERAH, 30 Oktober 2015- Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) menyaksikan sebuah kepulangan permata BKAWM, iaitu saudara Abdul Basit Bin Abdullah minggu lalu. Beliau merupakan seorang aktivis yang banyak menyumbangkan bakti dan tenaganya kepada BKAWM khususnya sepanjang keberadaannya di Mesir.
Sebuah Majlis Wida' telah diadakan khusus bagi meraikan kepulangan beliau pada hari tersebut. Bermula dengan Tazkirah Jumaat dan Kalam Akhir daripada beliau, diikuti dengan jamuan dan Futsal Wida' yang diadakan di Nadi Syabab, Sadis.

KOWIY'15: Memaknai Erti Pengorbanan Anak Wilayah

KAHERAH, 2 Oktober – Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 telah menganjurkan program Korban Anak Wilayah Persekutuan 2015 (KOWIY’15) yang bertempat di Asrama Sementara Wilayah Persekutuan (ASWP) Mesir.

DIREKTORI AHLI JAWATANKUASA TADBIR DAN AJK HEWI BKAWM SESI 2015/2016

SENARAI AHLI JAWATANKUASA TADBIR (AJKT) PORTFOLIO
BADAN KEBAJIKAN ANAK WILAYAH PERSEKUTUAN MESIR
SESI 2015/2016




CARTA ORGANISASI LAJNAH DAN UNIT BKAWM SESI 2014/2015


Berikut merupakan senarai Lajnah dan Unit BKAWM bagi sesi 2014/2015

1) Lajnah Perancang
2) Lajnah Kebajikan
3) Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan
4) Unit Ekonomi
5) Unit Pendidikan dan Pengetahuan
6) Unit Penerangan dan Penerbitan
7) Unit Perumahan dan Rehlah
8) Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan

Selanjutnya sila tekan link yang disediakan dibawah,
Lajnah dan Unit BKAWM Sesi 2014/2015

"BKAWM Keluarga Kita"
"Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan"
Satu Fikrah Satu Amal

PENGUMUMAN CALON-CALON BARISAN KEPIMPINAN BKAWM SESI 2015/2016 MENANG TANPA BERTANDING

Berikut adalah calon-calon barisan kepimpinan BKAWM bagi sesi 2015/2016 yang menang tanpa bertanding oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan 2015 selepas tamat tempoh bagi pencalonan petang tadi.

MAKLUMAN: Pencalonan Barisan Kepimpinan BKAWM sesi 2015/2016


Berikut adalah pencalonan barisan kepimpinan BKAWM bagi sesi 2015/2016 oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan 2015 selepas tamat tempoh bagi pencalonan petang tadi.


Lampiran 1: Calon-calon Yang Dipertua dan AJKT Siswa




  Lampiran 2: Calon-calon Naib Pengerusi HEWI dan AJK HEWI





" Bersih, Cekap dan Telus"
"Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan"
Satu Fikrah Satu Amal



MAKLUMAN: Hari Bantahan Calon

Seperti yang tertera pada lampiran di bawah, Suruhanjaya Pilihan Raya akan membuka Hari Bantahan Calon bagi pencalonan barisan kepimpinan BKAWM sesi 2015/2016. Makluman dan butirannya boleh dirujuk kepada lampiran yang disertakan.

PERKEMBANGAN BADAN PERENCANA USUL

     Sepertimana yang telah dimaklumkan melalui kenyataan pimpinan bertarikh 6 Disember 2014, Badan Perencana Usul (BPU) telah ditubuhkan bagi memacu proses menjayakan dua usul yang telah disepakati pada Mesyuarat Agung Tahunan BKAWM sesi lepas. Dua usul yang telah dipersetujui tersebut adalah:

1) Mempertahankan hak zakat anak wilayah persekutuan di Mesir khususnya melalui tindakan:

1.      Menggesa pengembalian semula hak permohonan biasiswa buat mahasiswa tahun dua ke atas dan pengenalan bantuan yang berkaitan
2.      Mempertahankan hak anak Wilayah Persekutuan untuk menetap di ARWP dan memanfaatkannya menerusi BKAWM.

2) Pimpinan dan ahli bersama-sama memelihara kesatuan BKAWM dengan tindakan:

1.    Menolak anasir-anasir yang menggugat kesatuan BKAWM.
2.    Mempertahankan BKAWM sebagai organisasi yang berperanan menjaga kebajikan anak-anak Wilayah Persekutuan di Mesir.

MANFAATKAH KITA BUAT MASYARAKAT?



Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW rahmat bagi sekalian alam.

“Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada yang lainnya.”

Kata-kata ini pernah keluar daripada mulut yang mulia milik kekasih hati kita, Nabi Muhammad SAW. Daripada kata-kata ini, dapatlah kita ketahui betapa tingginya kedudukan seseorang yang hidupnya itu banyak berbakti kepada mereka yang berada di sekelilingnya. Bahkan sesiapa yang mampu membahagiakan orang lain pasti hidupnya juga akan bahagia.

Punca kebahagiaan itu banyak. Maka, apakah perkara yang memungkinkan kita untuk tergolong dalam kalangan mereka ini? Pernah dikatakan oleh Sheikh Hamzah Yusuf, “A barrel only pours what it contains,” yang membawa maksud sesuatu bekas hanya akan mencurahkan apa yang ia kandungkan. Jika isinya akhlak yang mulia, maka akan terzahirlah ia pada perbuatan dan sikapnya. Jika isinya ilmu yang luas, maka akan terzahirlah ia pada pandangan dan pemikirannya. Tetapi yang ditekankan di sini ialah yang berkaitan ilmu. Ilmu itu merangkumi banyak aspek iaitu secara teori mahupun praktikal, secara fakta mahupun kemahiran dan sebagainya.

KENYATAAN RASMI PENGARAH SPR BKAWM 2015.


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saya Muhamad Hafiz Naim B Raduan telah diamanahkan sebagai Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Badan kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir 2015 (SPR BKAWM) bagi menguruskan pemilihan kepimpinan BKAWM bagi sesi 2015/2016. Setelah mana pihak SPR BKAWM telah bermesyuarat pada 7 September 2015 yang lepas, maka dengan ini SPR BKAWM akan mengumumkan tarikh-tarikh berikut.

SUASANA KEMERDEKAAN YANG MERIAH

KAHERAH, 9 September 2015- Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan BKAWM sesi 2014/2015 telah mengadakan Semarak Kemerdekaan 2015 (SEMARAK ‘15) bersempena Hari Kebangsaan 2015 pada minggu lalu. Seiring dengan tema Hari Kebangsaan 2015, iaitu “Sehati Sejiwa”, SEMARAK ‘15 telah berjaya dilaksanakan dengan mencapai beberapa objektif yang disasarkan oleh pihak penganjur.

PENDEDAHAN MULTIMEDIA KEPADA AHLI BKAWM

KAHERAH, 31 Ogos 2015- Unit Penerangan dan Penerbitan, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 telah mengadakan sebuah kursus yang mendedahkan asas dalam pengurusan alatan  multimedia iaitu Kursus Intensif WIMAC. Kursus ini telah disampaikan oleh saudara Fathul Fushshilat bin Fauzi, pengisi jemputan yang berpengalaman dalam mengendalikan alatan multimedia dalam program-program besar di Mesir ini.

ZIARAH AULIYA' DI KOTA SERIBU MENARA

SABTU, 22 Ogos 2015– Urus Setia Sambutan Mahasiswa/wi Baru telah mengadakan aktiviti jejak para Auliya sekitar, Kaherah khusus untuk mahasiswa/wi baru. Program ini, bertujuan untuk memperkenalkan kepada mahasiswa/wi baru makam para Auliya yang berada di bumi Mesir. Di samping juga untuk mendekatkan diri peserta supaya mencintai para ulama dan sekaligus ilmunya.  

BKAWM MENERIMA KEHADIRAN MAHASISWA/WI BARU

Kaherah, 8 Ogos 2015- Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah menerima kehadiran mahasiswa dan mahasiswi baru pada tarikh 29 Jun 2015 iaitu seramai 7 orang siswa dan 5 orang siswi. Mereka telah mengikuti rombongan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Selangor. Pada tarikh 23 Julai 2015 pula seramai 2 orang mahasiswa dan 3 orang mahasiswi telah tiba di Mesir secara persendirian dan disambut oleh BKAWM dan telah menjadikan jumlah mahasiswa dan mahasiswi baru pada sesi seramai 17 orang.

             BKAWM dengan kerjasama Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) telah membantu menguruskan segala keperluan mahasiswa dan mahasiswi baru dari sudut penempatannya, pembelajaran dan juga urusan ujian kelayakan masuk ke kuliah. Perkara ini, bertepatan dengan objektif yang dibawa iaitu menjaga kebajikan mahasiswa dan mahasiswi baru dalam setiap lapangan.

BERSABARLAH MENJAUHI MAKSIAT

BERSABARLAH MENJAUHI MAKSIAT Manusia yang memelihara diri itu lebih cantik daripada intan. Lebih berharga daripada permata. Hakikatnya, untuk menjaga diri dan melawan keinginan diri yang sentiasa bergelora bukanlah sesuatu yang mudah dan kadangkala kita menjadi hamba nafsu sendiri. Mujahadah nafsu itu perlu!

[PENGUMUMAN: Pengarah SPR BKAWM 2015 Telah Dilantik ]


Assalamualaikum W.B.T.
 
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
 
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tadbir BKAWM telah pun bersetuju membentuk sebuah organisasi berkecuali iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya 2015 bagi menguruskan pemilihan barisan kepimpinan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir  bagi sesi 2015/2016.

MASA, SESUATU UNTUK 'DIINFAKKAN'

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kita masih lagi diberi nikmat iman dan Islam sehingga kini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW, kaum kerabatNya dan para pengikutnya sehingga hari akhirat.
Firman Allah SWT dalam surah al-’Asr yang bermaksud:

“Demi masa. Sungguh manusia di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.”

Sesungguhnya Allah SWT telah memperingatkan kita akan kepentingan masa melalui kalam-Nya, iaitu al-Quran. Melalui ayat di atas, kita ketahui bahawa manusia itu akan sentiasa berada di dalam kerugian kecuali bagi mukmin yang sedar akan kepentingan masa lalu menggunakan masa tersebut untuk melakukan kebajikan dan kebaikan serta peringatan untuk manfaat diri sendiri dan masyarakat sekeliling secara umumnya.

Berita Kedatangan Delegasi: Memantau Perkembangan Asrama di Mesir


KAHERAH, 18 OGOS 2015- Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir telah menerima kehadiran delegasi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 9 Ogos 2015 yang lalu. Delegasi yang tiba seawal jam 5.00 pagi telah disambut oleh beberapa wakil Ahli Jawatankuasa Tadbir BKAWM dan wakil Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) iaitu Encik

Ahmad Yahya bin Mohd Haniff, Atase Pendidikan Wilayah Persekutuan dan Encik Mohd Faridil Atrash bin Mohd Suhaidi, Penolong Pegawai Atase Pendidikan Wilayah Persekutuan di Lapangan Terbang Kaherah.

KENYATAAN BERSAMA YANG DIPERTUA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI (BKAN) DI MESIR


23 OGOS 2015
SUSULAN ISU DAKWAAN PENYELEWENGAN BAYARAN ASRAMA DI KAHERAH
Mesyuarat Yang Di-Pertua (YDP) Badan Kebajikan Anak Negeri pada hari Sabtu bertarikh 22 Ogos 2015 di Wisma Perak Baitul Ridzuan, Kaherah yang dipengerusikan oleh Saudara Muhammad Asri bin Mohd Salim, YDP Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir adalah bertujuan membincangkan tindakan susulan hasil perjumpaan YDP-YDP BKAN bersama pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) pada 17 Julai 2015 bertempat di Asrama Sementara Wilayah Persekutuan yang lepas. Mesyuarat telah mencapai kata sepakat seperti berikut :

1) Merujuk kepada ucapan Yang Mulia Tuan Yang Terutama Dato' Ku Jaafar bin Ku Shaari, Duta Besar Malaysia Ke Mesir dan ditauliah serentak ke Palestin, beliau telah menafikan keterlibatan BKAN dalam isu penyelewengan tersebut dan menyatakan kenyataan tersebut adalah bersifat umum dan tidak membabitkan BKAN.

2) Justeru, BKAN memohon pihak KBMK mengeluarkan satu kenyataan menafikan keterlibatan persatuan-persatuan negeri sekaligus bagi membersihkan BKAN dalam dakwaan penyelewengan ini yang telah tersebar luas dalam media perdana negara dan media akhbar di Mesir samada melalui media rasmi KBMK atau akhbar-akhbar tempatan.

3) BKAN akan terus komited dalam meneruskan pengurusan kebajikan pelajar-pelajar baru ke Mesir dengan kerjasama Atase Pendidikan Negeri.
Akhirnya, BKAN amat berbesar hati agar pihak KBMK memandang serius perkara ini. BKAN juga mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian menjemput YDP-YDP BKAN ke majlis pertemuan tersebut sekaligus menafikan keterlibatan BKAN dalam isu yang dinyatakan.
MUHAMMAD ‘ASRI BIN MOHD SALIM (YANG DIPERTUA KPIPM) ANAS BIN MOHD BHUKHARI (YANG DIPERTUA BKASM) MOHAMMAD BIN MOHAMAD ZIN (YANG DIPERTUA KPKM) SYAHID SYAMIL BIN RAMLI (YANG DIPERTUA BKMIP) USAMAH BIN ARIS (YANG DIPERTUA BKPJM) AHMAD RABBANI BIN ISMAIL (YANG DIPERTUA BKKIMM) AHMAD WALIYUDDIN BIN JOHARI (YANG DIPERTUA KPT) MOHD JASRY RAIMY BIN JOHARI (YANG DIPERTUA BKPPPM) MUHAMMAD YASIN BIN AWANG (YANG DIPERTUA BKAWM) AHMAD MAHIR BIN C. NASRUDDIN (YANG DIPERTUA KPP) MOHD SHAFIQ BIN MOHD NASER (YANG DIPERTUA MKKK)

"BKAWM Keluarga Kita"
"Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan"
Satu Fikrah Satu Amal

TAJHIZ JENAZAH : Menguruskan Jenazah Secara Teori & Praktikal

KAHERAH, 1 Julai – Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan sesi 2014/2015 dengan kerjasama Program Ihya’ Tarbawi Ramadan 2015 (IHTIRAM’15) telah berjaya menganjurkan kursus Tajhiz Jenazah bagi ahli Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM). Kursus ini telah diadakan di Surau Darul Madani, Asrama Sementara Wilayah Persekutuan. Kursus ini dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada ahli berkenaan cara-cara pengurusan jenazah dengan betul.

IHTIRAM'15 & TAKWA'15: Meribat Tautan antara Ahli BKAWM di Perantauan

KAHERAH, 23 Julai – Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 telah menganjurkan program Ihya’ Tarbawi Ramadhan 2015 (IHTIRAM’15) dan program Tautan Aidilfitri Keluarga Wilayah Persekutuan 2015 (TAKWA’15).

Program yang berdurasi selama lebih 30 hari ini telah berjaya membawakan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat kepada ahli antaranya muhadharah bersama Sheikh Rifaat, daurah kitab Maqasid Soum, ziarah ke rumah anak yatim, iftar jama’i, masjid hopping, pertandingan raya, rumah terbuka dan banyak lagi

KENYATAAN BERSAMA YANG DIPERTUA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI (BKAN) DI MESIR 14 JULAI 2015

ISU DAKWAAN BERLAKU PENIPUAN BAYARAN ASRAMA DI KAHERAH

Mesyuarat Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) pada hari ini yang dipengerusikan oleh Ustaz Muhammad ‘Asri Bin Mohd Salim Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) sesi 2014/2015 telah mengambil beberapa pertimbangan dalam isu berkenaan dengan dakwaan berlaku penipuan bayaran asrama di Kaherah yang telah tersebar berikutan kenyataan media Kedutaan Besar Malaysia Ke Kaherah dan Palestin bertarikh pada 13 Julai 2015 dan telah mencapai kesepakatan seperti berikut :

KURSUS COMPASS: Mendedahkan Asas Penting dalam Ilmu Klinikal

KAHERAH, 7 Julai – Program Ihya’ Tarbawi Ramadan 2015 (IHTIRAM’15) telah berjaya menganjurkan kursus klinikal Vascular Access bagi ahli Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) jurusan Sains Kesihatan pada 4 Julai lalu. Kursus yang bertempat di COMPASS Teaching and Training Centre, Hayyu Thamin ini dianjurkan bagi memberi pendedahan serta menajamkan kebolehan pelajar Sains Kesihatan untuk berdepan dengan pesakit kelak.

IFTOR JAMAIE 2015: Bukti Kebersamaan Antara BKAN

HAYYU ‘ASYIR,11Julai 2015 :- Suasana Ramadan 1436H di Mesir terus meriah dengan penganjuran Ifthor Jamaie yang dianjurkan bersama seluruh Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN), Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Malaysia dan Muslim Care Malaysia Society.

Majlis Perasmian IHTIRAM '15: Menyambut Ramadan yang Dinantikan

KAHERAH, 30 Jun – Sebuah majlis perasmian telah diadakan pada 18 Jun yang lalu di Asrama Sementara Wilayah Persekutuan (ASWP) bagi membuka tirai Program Ihya’ Tarbawi Ramadan 2015 (IHTIRAM’15) anjuran Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) dengan kerjasama Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM).


Majlis yang dihadiri oleh ahli BKAWM sekitar Kaherah dan beberapa cawangan lain seperti Shoubra dan Mansurah ini dimulakan dengan ucapan aluan daripada Timbalan Pengarah IHTIRAM’15, Saudari Nurul Hannah binti Kushairi serta Yang Dipertua BKAWM, Saudara Muhammad Yasin bin Awang.

IHTIRAM '15: Komik Ramadan




"Penghayatan Ramadan Membentuk Jati Diri Insan"
"Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan"
Satu Fikrah Satu Amal


KEPULANGAN PERMATA BKAWM

Kaherah, 1 JUN 2015 - Pada 26 Mei 2015 bersamaan hari Ahad, seorang permata BKAWM, saudara Muhammad Syazwan bin Hamzah telah pulang ke tanah air. Beliau telah berangkat daripada Asrama Sementara Wilayah Persekutuan, Hayyu Sabiek. Kepulangannya pada hari tersebut telah diraikan oleh mahasiswa di bumi Mesir 
terutamanya ahli BKAWM.
Beliau yang telah banyak berkhidmat kepada mahasiswa di bumi Mesir ini merupakan graduan kuliah Usuluddin Jabatan Tafsir al-Azhar cawangan Tanta.

ZIARAH '15 : Ukhuwah Terjalin Pemangkin Kesatuan


KAHERAH, 11 April- Telah berlangsungnya Ziarah AJKT dan HEWI ( ZIARAH '15) sesi 2014/2015 yang melibatkan kunjungan ahli Wilayah Persekutuan yang menuntut ilmu di Zagazig, Iskandariah dan Mansurah. ZIARAH '15 telah berlangsung secara berasingan antara AJKT dan AJK HEWI BKAWM yang melibatkan 2 rombongan pada satu masa. Ziarah yang diadakan di peringkat AJKT ke Zagazig telah diketuai oleh saudara Muhammad Yasin bin Awang selaku Yang Dipertua BKAWM bagi sesi ini. Ziarah ini telah berjaya mengumpulkan ahli di Zagazig dengan kerjasama yang diberikan oleh saudara Muhammad Zubir selaku PERMAS Wilayah Persekutuan bagi cawangan tersebut.

SUKAN SUNNAH: Berenang, Melatih Jasad dan Rohani

KAHERAH, 19 JUN 2015- Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan (UKKS) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2014/2015 telah mengadakan aktiviti Sukan Sunnah-Berenang yang dibawakan khas sempena tamat peperiksaan bagi anak-anak Wilayah Persekutuan pada 15 Jun yang lalu.

DAURAH MUSIM PANAS


KAHERAH, 14 Jun 2015 - Unit Pendidikan dan Pengetahuan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 telah menganjurkan Daurah Musim Panas, Kitab Tarbiyatul Aulad yang disampaikan oleh Ustaz Shafiq bin Sahimi selama 2 hari iaitu pada 14 dan 15 Jun 2015. Program dijalankan di Asrama Sementara Rumah Wilayah Persekutuan, Hayyu Sabi'

Clean To Success: Memastikan Suasana Kondusif sempena Imtihan

KAHERAH, 1 Mei 2015-  Gotong-royong sempena imtihan, ‘Clean To Success’ telah berjaya dijalankan anjuran Unit Perumahan dan Rehlah(UPR)  BKAWM sesi 2014/2015 dengan kerjasama seluruh ahli Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM), khususnya penghuni ASWP.

ZIARAH MAHABAH MENYUNTIK SEMANGAT SEMPENA IMTIHAN

KAHERAH, 5 Mei 2015- Lajnah Kebajikan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 telah menganjurkan Ziarah Mahabbah 2015 pada 24 April 2015 yang lalu bagi Kepimpinan AJK HEWI BKAWM 2014/2015. Ziarah Mahabbah pada kali ini diadakan bagi mencapai objektif utamanya iaitu merapatkan hubungan antara barisan kepimpinan BKAWM dengan ahli yang tinggal di rumah sewa. Selain itu, ziarah ini juga bertujuan untuk memantau kebajikan ahli terutama sekali dari sudut keselamatan serta bersempena dengan musim peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi.

KEMPEN RUMAHKU SYURGAKU : ' Home Sweet Home '



فَإِذَا دَخَلْتُمْ بُيُوتًا فَسَلِّمُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ تَحِيَّةً مِنْ عِنْدِ اللَّهِ مُبَارَكَةً طَيِّبَةً
 “Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.”
[Al-Nur 24:61]

Bicara hangat di bibir penghuni Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP) khususnya tentang rumah. Yang mana bakal menghuni di kediaman baru. Pasti indah bukan, peroleh sesuatu yang baru, tapi jangan lupa akan adab-adab yang diajarkan Islam. Tidak ada nas daripada al-Quran dan sunnah tentang amalan khusus atau bacaan tertentu ketika ingin berpindah rumah baru. Namun banyak adab-adab ketika hendak masuk ke rumah dan ketika menziarahi rumah yang disebutkan melalui hadith Rasulullah SAW dapat kita aplikasikan ketika melangkah masuk ke rumah baru.

MASYUK 2.0 MERAIKAN USAHA AHLI


         KAHERAH, 16 APRIL 2015- Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah menganjurkan satu Majis Kesyukuran (MASYUK 2.0) bersempena dengan perpindahan ahli Wilayah Persekutuan ke penempatan sementara di Hayyu Safarat.

          MASYUK 2.0 pada kali ini yang bertemakan " Bersama Bersatu " adalah bertujuan untuk meraikan penat lelah ahli BKAWM yang berada di asrama mahupun rumah sewa serta tidak dilupakan juga kepada BKAN taakhi iaitu PMRAM Cawangan Terengganu yang banyak membantu sepanjang tempoh perpindahan berlangsung.

KEMPEN RUMAHKU SYURGAKU: Musafir Mengikut Sunnah Rasulullah SAW



“Abah, cuti ni jom kita pergi berjalan-jalan,” ujar si anak kecil. “Boleh sayang. Keluar bermusafir itu bukankah sunnah Rasulullah SAW. Tapi, sebelum itu kita perlu tahu dahulu adab dan sunnah baginda SAW ketika bermusafir,” senyum si bapa. Bermusafir mempunyai banyak faedah. Sabda Nabi SAW,

سافروا تصحوا وتغنموا
 “Bermusafirlah agar kamu sihat dan beruntung”

 Dalam riwayat lain menyebut,
سافروا تصحوا وتسلموا
” Bermusafirlah agar kamu sihat dan sejahtera”.

Terdapat beberapa adab yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW kepada kita ketika bermusafir. Yang pertama, sebelum memulakan perjalanan, Rasulullah SAW menggariskan agar niat dan tujuan bermusafir adalah baik dan betul. Bertepatan dengan sabda Baginda SAW, yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud, “Sesungguhnya setiap amalan itu adalah dengan niat... “. Niat merupakan asas ibadat di dalam Islam. Para fuqaha’ berpandangan bahawa hanya niat yang membezakan di antara ibadat dan adat. Jika musafir tanpa arah tujuan sudah tentu seseorang itu tidak menepati tujuan baik yang telah disebutkan oleh Rasulullah SAW.

TINTA DAKWAH: Ukhuwah


                      
Assalamualaikum warahmatullah,
Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Muhammad, Wa ‘Ala Ali Sayyidina Muhammad

Alhamdulillah selepas mengeluarkan artikel sulung untuk sesi ini, iaitu pada bulan lalu dengan tajuk SALAM, kini Tinta Dakwah kembali lagi bagi menyambung naskhah ‘Tinta Dakwah’ dengan tajuk yang pastinya lebih menarik.

Apabila disebut saja tentang ukhuwah, pasti semua mafhum bahawa ukhuwah itu adalah satu perhubungan, persaudaraan sesama insan dan yang seerti dengannya. Namun, berapa ramai yang mengetahui bagaimanakah ukhuwah itu sebenarnya? Ya, Itulah tajuk yang ingin Tinta Dakwah kongsikan untuk bilangan kali iniUKHUWAHMungkin ada yang sudah tahu. Tetapi tidak mengapa

Bagi yang sudah tahu mari pakat-pakat baca bagi mantapkan lagi ingatan. Bagi yang tidak tahu, mari baca untuk tambahkan pengetahuan.

KENYATAAN YDP BKAWM "MUHASABAH SEPARUH PENGGAL 2014/2015"


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan semesta alam. Selaut kesyukuran kita panjatkan kepadaNya, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda, para sahabat serta seluruh pejuang dan pendukung agama Islam.

Para sahabat yang dikasihi Allah SWT sekalian,

Islam telah menggariskan beberapa perkara penting dalam memastikan gerak kerja amal Islami agar ianya dapat dijalankan secara kolektif. Seperti firman Allah SWT dalam surah as-Sof ayat ke-4:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang  untuk membela agamaNya dalam barisan yang teratur rapi seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh”.

RISALAH BIAH SOLEHAH: Saf Solat Berjemaah Rapat dan Lurus Bukti Mencintai Rasulullah


               Menjadi kebiasaan bagi imam sesebuah solat berjemaah bagi mengungkapkan sepotong hadis Rasulullah SAW ketika hendak mendirikan solat berjemaah.

Anas bin Malik berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Luruskan saf kamu, kerana saf yang lurus termasuk solat yang sempurna.” (Hadis Riwayat Muslim)

Namun seruan itu sering diabaikan oleh masyarakat sebahagiannya mengaku cintakan nabi Muhammad SAW, namun memandang ringan akan seruan baginda SAW. Sesungguhnya kecintaan kepada Rasulullah SAW perlu diterjemahkan dengan mengikuti sunnah-sunnah Baginda SAW.

MAKLUMAN PERPINDAHAN PUSAT PENTADBIRAN BADAN KEBAJIKAN ANAK WILAYAH PERSEKUTUAN MESIR (BKAWM)




Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) ingin memaklumkan bahawa pentadbiran BKAWM yang berpusat di alamat 24 El-Mahdi Ibn Barakah Street, 7th District, Nasr City, Cairo, Arab Republic of Egypt kini ditutup operasinya bermula pada 21 Mac 2015 yang lalu sehingga pada waktu yang akan dimaklumkan kemudian.

BKAWM KELUARGA KITA!

  Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dengan limpah dan kurniaNya, serta rahmat dan inayahNya pada hari ini kita dapat hidup dalam kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Semoga taufiq dan hidayahNya terus menyinari hidup kita sehingga kita dapat berkumpul dengan Junjungan Mulia, Nabi Muhammad SAW di hari kiamat kelak. Selawat dan salam ke atas baginda, Rasulullah SAW serta ahli keluarga baginda yang mulia. Jika bukan kerana perjuangannya bersama para sahabat kita tidak akan dapat mengecapi dua nikmat yang terbesar, iaitu nikmat iman dan Islam.

Kesatuan merupakan satu agenda yang amat dituntut oleh baginda Nabi Muhammad SAW.  Dalam hadisnya, baginda SAW memberitahu kepada kita tentang erti pentingnya persatuan dan kesatuan.

BELANJAWAN YANG BIJAK

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam yang masih mengurniakan nikmat kepada kita . Selawat serta salam ke atas Junjungan besar nabi Muhammad SAW kerana dengan jerih payah Baginda kita masih dapat merasai nikmat Iman dan Islam.

             Belanjawan yang bijak merupakan tunjang yang penting dalam pembentukan kehidupan seseorang individu, pembangunan masyarakat malah kepada pembinaan negara maju dan berwawasan. Mengikut salah satu elemen dalam Maqasid Syariah iaitu hifzul Mal (penjagaan harta) Islam telah meletakkan beberapa garis panduan untuk menjaga dan mengurus kewangan dengan bijak.

ENTREPRENEUR COURSES (ENTER’15) MENGHASILKAN USAHAWAN BERJAYA

KAHERAH, 11 Februari 2015 – Unit Ekonomi Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan sebuah program keusahawanan memandangkan bidang keusahwanan sudah semakin meluas dalam kalangan mahasiswa dewasa ini.

Kenyataan Rasmi Jawatankuasa Islah Asrama Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir Sesi 2014/2015

       
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT kerana telah diberikan nikmat iman dan Islam. Menelusuri sejarah Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) yang pada mulanya beroperasi tanpa bangunan sejak penubuhannya sehingga Mac 2009, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP) telah terbina dan menjadi pusat bagi segala aktiviti BKAWM. Demi keselesaan dan keselamatan penghuninya bagi jangka masa panjang, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melalui Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) telah memutuskan untuk melaksanakan pembaikian  dan penambahbaikan terhadap ARWP bermula satu April ini.

IJTIMAK FASILITATOR PMRAM CAWANGAN WILAYAH PERSEKUTUAN



KAHERAH, 3 Februari 2015- Buat pertama kalinya Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 di bawah kelolaan Jabatan Fasilitator (JATA) telah menganjurkan Ijtimak Fasilitator. Program yang berlangsung selama lebih kurang dua jam ini telah dihadiri oleh semua fasilitator Discussion Group (DG) yang terdiri dari kalangan siswa dan siswi. Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) dan Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) BKAWM turut sama hadir bagi memeriahkan lagi program ini. Program ini diadakan di Dewan Sri Putra , Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP) pada jam 8 hingga 10 pagi.

Blogroll

Loading...