Posts

Showing posts from 2013

RIADHAH SEBELUM IMTIHAN

Image
  KAHERAH , 22 Disember 2013 – Semalam Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan  sesi 2013/2014 telah menganjurkan aktiviti futsal sempena imtihan yang bakal berlangsung tidak lama lagi khusus bersama anak-anak Wilayah Persekutuan di padang futsal Gunners, Nadi Syabab. Aktiviti bermula seawal jam 8.00 sehingga 10.00 malam. Turut hadir Badan Pengurus angkat Wilayah Persekutuan iaitu Ustaz Hanifulfuad bin Hussin bagi memeriahkan lagi aktiviti futsal. “Kita bermain futsal bukan sekadar untuk mengeratkan ukhuwwah silaturahim antara kita tapi untuk mencari jaringan gol sebagai target untuk mendapat kemenangan. Begitu juga dalam peperiksaan  ini, kita memerlukan matlamat yang jelas iaitu mendapat kecemerlangan agar kita dapat berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai target tersebut” ujar Ustaz Hanifulfuad bin Hussin, Timbalan Setiausaha Agung PMRAM sesi 2013. Aktitviti futsal ini juga sebagai salah satu platform untuk menjayakan misi Badan Kebajikan Anak Wilayah Pers

Kepulangan Tokoh Mahasiswi BKAWM

Image
KAHERAH, 18 Disember 2013- Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) menyaksikan kepulangan seorang lagi permata yang telah banyak menyumbang bakti buat persatuan ini. Beliau adalah saudari Afifah binti Ramli yang merupakan graduan Ijazah Bahasa Arab Universiti al-Azhar cawangan Mansurah. Meskipun berada jauh di Mansurah, beliau tetap aktif memberikan sumbangan kepada BKAWM sama ada dari segi tenaga, masa mahupun buah fikiran. Pengalaman selama 6 tahun di Mesir tidak dibazirkan malah disalurkan sepenuhnya dengan berbakti kepada persatuan. Beliau merupakan antara tokoh yang bersama-sama melakar sejarah BKAWM dan menyaksikan secara langsung perpindahan secara rasmi anak-anak Wilayah Persekutuan ke Asrama Rumah Wilayah Persekutuan pada tahun 2009. Saudari Afifah pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Unit Penerangan dan Penerbitan sesi 2010/2011, Timbalan Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan sesi 2011/2012 dan Timbalan Ketua Fasilitator sesi 2012/2013. Beliau juga t

Generasi Cemerlang Harapan Ummah

Image
KAHERAH, 14 Disember 2013- Unit Pendidikan dan Pengetahuan BKAWM sesi 2013/2014 telah menganjurkan sebuah program motivasi 'Hamlah Nahjul Mutafawwiqin' bersempena peperiksaan yang bakal kunjung tiba tidak lama lagi. Program ini adalah khusus untuk ahli-ahli BKAWM sama ada yang menetap di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP) mahupun yang tinggal di rumah sewa. Pelbagai aktiviti menarik disediakan bagi para ahli yang hadir. Program yang bertemakan 'Generasi Cemerlang Harapan Ummah' ini dimulakan seawal jam 4.50 pagi dengan solat Subuh berjemaah dan alunan qasidah dengan kerjasama Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan BKAWM sesi 2013/2014. Majlis diteruskan dengan ceramah kesihatan yang disampaikan oleh Saudara Tuan Muhammad Akmalhakim bin Tuan Mazri, mahasiswa perubatan dari Universiti Ain Syams. Terdapat juga sesi pemeriksaan kesihatan dan pergigian yang dikelola oleh unit khas sains kesihatan, Team Medik. Program terus dimeriahkan oleh DJ pagi dan pameran &#

Kunjung Hormat Kepimpinan HEWI BKAWM Sesi 2013/2014 ke Pejabat HEWI PMRAM

Image
KAHERAH, 14 Disember 2013 - Barisan Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) BKAWM sesi 2013/2014 telah mengadakan kunjung hormat ke pejabat HEWI PMRAM yang bertempat di Hayyu Sabie. Majlis dimulakan dengan sesi perkenalan barisan HEWI BKAWM dan seterusnya perkenalan barisan HEWI PMRAM sesi 2013. Majlis diteruskan dengan sesi soal jawab daripada kedua-dua belah pihak. Pelbagai perkara dibincangkan bersama bagi memastikan kelangsungan dakwah dan kelancaran gerak kerja. Kemudian, ucapan daripada Naib Pengerusi Hewi 1 BKAWM sesi 2013/2014, Saudari Zahidah Izzati binti Mohd Johari yang mengharapkan agar hubungan antara kedua-dua belah pihak lebih erat terjalin dan berjalan dengan lancar. Sebelum berakhir, Saudari Siti Sarah binti Bushari, Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM sesi 2013 menyampaikan ucapan penutup dan kalam nasihat. Beliau mengingatkan kepada semua yang hadir bahawa sifat pertama yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin adalah sikap ingin belajar dan sanggup berubah. Selain itu, s

Mangsa Samun Terima Sumbangan

Image
KAHERAH, 11 Disember 2013 -  Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir mengucapkan takziah dan menyampaikan sedikit sumbangan berupa wang kepada seorang ahli BKAWM yang telah dirompak saudara Fakhrullah bin Rasul pada hari Sabtu yang lalu. Sumbangan disampaikan oleh saudara Nik Muhammad Azahari bin Nik Salleh, Timbalan Yang Dipertua BKAWM Sesi 2013/2014 merangkap Ketua Lajnah Kebajikan. Saudara Fakhrullah bin Rasul merupakan mahasiswa Pengajian Ulum Islamiah yang pada ketika itu sedang dalam proses pemindahan barang ke Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP). Kejadian berlaku sekitar jam 4.00 petang apabil a saudara Fakhrullah menaiki teksi dari rumah sewanya di kawasan Abou Romy. Beliau tidak meminta bantuan daripada sesiapa disebabkan jarak perjalanan yang dekat. Ketika dalam perjalanan, pemandu teksi menggunakan jalan pintas dengan alasan jalan ketika itu sesak. Pemandu teksi itu mengambil kesempatan untuk merompak dan menjadikan beliau mangsa keadaan sehingga menimbul

Kunjungan Hormat Kepimpinan BKAWM Sesi 2013/2014 ke Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM)

Image
KAHERAH, 29 November 2013 -   Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2013/2014, telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) yang bertempat di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP). Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan dua hala antara BKAWM dan PPMM. Majlis bermula dengan ucapan Yang Dipertua BKAWM sesi 2013/2014 iaitu saudara Muhammad Syazwan Syamil bin Mohd Razman dan sesi perkenalan semua barisan kepimpinan BKAWM. Seterusnya penerangan ringkas mengenai pembawaan BKAWM pada sesi ini yang disampaikan saudara Muhammad Luqman Hakim bin Abdul Halim, Ketua Unit Penerangan dan Penerbitan BKAWM sesi 2013/2014. Majlis diteruskan dengan sesi soal jawab bersama pegawai. Pelbagai permasalahan dan cadangan penambahbaikan dibincangkan antara kedua-dua pihak.  Sebelum berakhir, ucapan penutup disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Yahya bin Haji Mohd Haniff, Pegawai Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM

MAKLUMAN PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA TADBIR (AJKT) BADAN KEBAJIKAN ANAK WILAYAH PERSEKUTUAN MESIR (BKAWM) SESI 2013/2014

Image
MAKLUMAN PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA TADBIR (AJKT) BADAN KEBAJIKAN ANAK WILAYAH PERSEKUTUAN MESIR (BKAWM) SESI 2013/2014 بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dukacita dimaklumkan bahawa salah seorang daripada AJKT BKAWM Sesi 2013/2014 iaitu saudara Muhammad Ali Hafiz bin Mohd Nazri telah memohon untuk meletakkan jawatan sebagai AJKT BKAWM bagi sesi ini oleh kerana beliau tidak lagi menyambung pengajian di Mesir dan telah pulang ke tanah air. Sehubungan dengan itu, pihak AJKT BKAWM telah mengambil keputusan untuk melantik seorang daripada ahli BKAWM bagi menggantikan posisi yang kosong tersebut. Berdasarkan perkara yang telah diperuntukan di dalam Perlembagaan BKAWM pada Fasal 16: Pentadbiran ceraian yang kelima (5) yang berbunyi: “Sekiranya seseorang AJK Tadbir tidak lagi menjawat jawatan itu sama ada dengan sebab meninggal dunia atau ia meminta berhenti atau diberhentikan atau dengan apa-apa jua sebab yang menjadi halang

DIREKTORI AHLI JAWATANKUASA TADBIR DAN AJK HEWI BKAWM 2013/2014

Image
Senarai Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) & Portfolio Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) Sesi 2013/2014 PMRAM Cawangan Wilayah Persekutuan YANG DIPERTUA (Ketua Lajnah Perancang) (Pengerusi HEWI) Muhammad Syazwan Syamil bin Mohd Razman +2011 2118 0894 muhammadsyazwansyamil@yahoo.com TIMBALAN YANG DIPERTUA (Ketua Lajnah Kebajikan) Nik Mohammad Azahari bin Nik Salleh +2011 2809 0507 badadis_mada@yahoo.com NAIB PENGERUSI HEWI I (Timbalan Lajnah Perancang) Zahidah Izzati binti Mohd Johari +2011 4667 3955 mujahidatusyaza_izzati@yahoo.com NAIB PENGERUSI HEWI II (Timbalan Lajnah Kebajikan) Nur Hazimah binti Mat Basri +2011 4241 5912 bintu_mithali91@yahoo.com SETIAUSAHA AGUNG (Ketua Unit Pendaftaran & Sambutan) Muhammad Yasin bin Awang +2011 4891 7267 yasin_awang@yahoo.com TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG (Timbalan Unit Pendaftaran & Sambutan) (Timbalan Unit Kebudayaan,Kesenian &am

Kalam Pimpinan: Komitmen Ahli Mengukuh Kesatuan

Image
Assalamualaikum w.b.t. Bismillahirrahmanirrahim. Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan rahmat-Nya, dapat lagi kita sama-sama meneruskan kehidupan ini dalam menyambung rantai-rantai perjuangan dakwah. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar, Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat. Alhamdulillah,   hasil usaha dan sokongan anda semua, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) meneruskan lagi bahtera perjuangannya dalam menaburkan bakti kepada anak-anak Wilayah Persekutuan di bumi Mesir ini. Pada 19 Oktober 2013 yang lalu, BKAWM telah menyambut ulang tahun kali ke-15 bersempena dengan tarikh penubuhannya iaitu pada   19 Oktober 1998 . Ini menjadi bukti kesatuan anak-anak Wilayah Persekutuan masih utuh di bawah satu naungan, iaitu BKAWM. Bagi sesi kepimpinan 2012/2013, BKAWM menekankan aspek akhlak dalam menuntut ilmu, dengan membawa   Tema   “Keunggulan Sahsiah Wasilah Keilmuan” . Ini adalah bagi memastikan setiap ahli Wilayah Persekutuan memiliki ke

[DIREKTORI PERWAKILAN MAHASISWA (PERMAS)]

Image
DIREKTORI PERWAKILAN MAHASISWA (PERMAS) BADAN KEBAJIKAN ANAK WILAYAH PERSEKUTUAN MESIR (BKAWM) SESI 2012/2013 'BKAWM Keluarga Kita' 'KEUNGGULAN SAHSIAH WASILAH KEILMUAN'