Posts

Showing posts from 2014

GOTONG-ROYONG PERDANA MENGHIDUPKAN SUASANA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Image
KAHERAH, 10 Disember 2014 - Sempena peperiksaan fasa satu yang akan tiba dan  kedatangan delegasi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Unit Perumahan dan Rehlah (UPR) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 dengan kerjasama Unit Pendidikan dan Pengetahuan (UPEP) BKAWM sesi 2014/2015 telah menganjurkan aktiviti gotong-royong  perdana, Clean to Success (COS) seiring dengan program Hamlah Nahjul Mutafawwiqin yang telah diadakan pada hari tersebut. Bertepatan dengan tema UPR pada sesi ini iaitu ‘Kediaman Islamik Ukhuwah Dinamik’, gotong-royong ini telah dijayakan pada hari Jumaat dengan melibatkan seluruh ahli ARWP mengembleng tenaga, memainkan peranan masing-masing dalam memastikan kebersihan dan keceriaan ARWP. Seluruh ahli ARWP telah bersama-sama bertungkus-lumus membersihkan rumah kediaman masing-masing beserta kawasan yang telah ditetapkan bagi setiap rumah. Walaupun diuji dengan ketiadaan air, namun musibah yang terjadi tidak melunturk

ZIARAH MAKAM’14 Ulama Dikenali Thaqafah Diaplikasi

Image
KAHERAH, 13 DISEMBER 2014- Unit Perumahan dan Rehlah BKAWM sesi 2014/2015 telah menganjurkan Ziarah Makam’14 pada 6 Disember 2014 untuk siswi dan 13 Disember 2014 untuk siswa seminggu selepas itu. Program ini bertujuan untuk meningkatkan ketaqwaan serta keimanan kepada Allah SWT dengan menghayati dan mentadabbur kisah hidup para auliya’. Selain itu, ziarah ini juga berfokus untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan meluaskan pengalaman ahli melalui tempat yang diziarahi serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan ahli BKAWM. 

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA DELEGASI MAIWP

Image
KAHERAH, 18 Disember 2014 - Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 telah menganjurkan satu majlis ramah mesra bersempena dengan kehadiran delegasi Majlis Asrama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ke bumi Mesir. Majlis diadakan di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP) di Kaherah dan Dewan Persidangan, Pusat Persidangan di Universiti Iskandariah pada 16 dan 18 Disember 2014. Delegasi MAIWP yang terdiri daripada 14 orang telah diketuai oleh Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Haji Othman bin Mustapha telah tiba di Mesir.  Majlis yang diadakan di ARWP dimulakan dengan tazkirah daripada Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yg turut hadir bersama delegasi MAIWP. Beliau mengingatkan para pelajar mengenai apa yang terkandung di dalam ejaan nama Mesir itu sendiri daripada huruf mim, sod dan ra. Musibah atau kesukaran yang dialami dalam menuntut ilmu dan belajar menjadikan pelajar itu sabar dalam kesabaran dan akhirnya membuahkan

KEBERKATAN SYAFAAT IMTIHAN

Image
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته                Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah SWT di atas segala nikmat kurniaannya, kerana dengan rahmat dan kasih sayang Allah kita masih lagi dapat meneruskan kehidupan, menghirup udara segar, kita masih mampu mengorak langkah ke hadapan dan berupaya mencapai segala cita-cita kita. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas Rasul junjungan mulia, penghulu segala nabi, Saidina Muhammad SAW, ahli keluarganya yang mulia serta para sahabatnya yang bijaksana.                Musim imtihan datang lagi dan pastinya masing-masing sibuk membawa diri sehinggakan ada yang sampai terlupa tanggungjawab terhadap Ilahi, terlampau sibuk ' study ' sehingga lupa urus diri, terlalu fokus mengulang kaji sehingga sanggup mengurung diri. Apabila disapa kebisuan yang diberi. Hati-hati sahabat sekalian, usaha itu memang sangat perlu namun jangan sampai kita mengabaikan semua orang di sekeliling kita sehingga urusan Alla

HAMLAH NAHJUL MUTAFAWWIQIN MENYUNTIK SEMANGAT AHLI BAGI MENGHADAPI IMTIHAN

Image
KAHERAH, 11 Disember 2014 - Unit Pendidikan dan Pengetahuan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 telah menganjurkan program motivasi iaitu Hamlah Nahjul Mutafawwiqin selama 2 hari iaitu pada 11 dan 12 November 2014 di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan di Hayyu Sabi’. Pada tahun ini, program motivasi yang bertemakan Kecemerlangan Demi Ummah diadakan bagi tujuan meningkatkan motivasi diri ahli BKAWM sempena menghadapi peperiksaan di samping mengukuhkan kebersamaan ahli BKAWM serta menerapkan kesedaran kepentingan untuk bersama masyarakat apabila pulang ke Malaysia kelak.

Kenyataan pimpinan : Makluman Penubuhan Badan Perencana Usul (BPU)

Image
Segala puji bagi Allah S.W.T   atas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada hambanya, selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi SAW yang begitu banyak mencurahkan jasa dan bakti kepada umat yang baginda kasihi.                Tamat sudah Mesyuarat Agung Tahunan BKAWM kali ke 16 (MAT-16) pada 18 dan 19 Oktober 2014 lepas. Setiap Mesyuarat Agung Tahunan pasti membincangkan perkara berkenaan usul yang dicadang dan diberi pandangan oleh ahli BKAWM untuk kepentingan bersama. Usul juga merupakan asas dalam pembawaan BKAWM dan menjadi tanggungjawab buat pimpinan dan ahli dalam menjayakan usul tersebut. Rentetan daripada  Mesyuarat Agung Tahunan BKAWM kali ke 16, terdapat dua usul yang telah disepakati untuk di jayakan pada sesi 2014/2015 iaitu:

Risalah Kempen Rumahku Syurgaku: Kebersihan dan Keindahan Islam

Image
Bil 01 : KEBERSIHAN DAN KEINDAHAN ISLAM                 Kebersihan merupakan sebahagian daripada iman. Ungkapan ini seringkali meniti di bibir umat manusia seantero dunia kerana menyedari akan pentingnya penjagaan kebersihan sebagai salah satu daripada syiar Islam. Secara umumnya, kebersihan dapat didefinisikan sebagai keadaan bebas dari kotoran. Namun begitu, frasa kata ini sebenarnya mencakupi konteks yang lebih luas dalam memahami dan menghayatinya.                 Konsep kebersihan hakikatnya terbahagi kepada dua bahagian iaitu kebersihan diri atau jasmani dan kebersihan jiwa. Hal ini selaras dengan hadis Rasulullah S AW yang mulia yang mafhumnya : Rasulullah S AW telah bersabda: “Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir Alhamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir Subhanaallah dan Alhamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al

[MAKLUMAN: Jadual Operasi Pejabat BKAWM]

Image

SERAMBI WILAYAH GABUNGAN: Cakna Isu Semasa, Memantapkan Ukhuwah.

Image
KAHERAH , 27 November 2014 – Unit Perumahan dan Rehlah Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 telah menganjurkan Serambi Wilayah Gabungan buat julung-julung kalinya bagi sesi ini pada hari K hamis yang lalu. Program bermula seawal 7.30 malam dan dimeriahkan dengan kehadiran yang sangat menggalakkan daripada ahli rumah sewa mahupun ahli ARWP.

USMB'14 PMRAM Cawangan Wilayah Persekutuan Menyambut Golongan Pelapis Rabbani

Image
KAHERAH,8 November - Pada tahun ini, Urusetia Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) PMRAM Cawangan Wilayah Persekutuan telah menyambut kedatangan seramai 13 orang pelajar baru yang terdiri daripada 11 orang mahasiswi dan 2 orang mahasiswa.  Pihak USMB Wilayah Persekutuan telah mengadakan kelas intensif Bahasa Arab pada 11 hingga 20 November 2014 bagi membantu pelajar baru untuk menghadapi Imtihan Qabul pada 22 November 2014 seterusnya memulakan sesi pembelajaran di Markaz Bahasa Arab al-Azhar pada 28 November 2014. Pihak USMB PMRAM Cawangan Wilayah Persekutuan juga telah mengadakan kelas teknik muamalah yang telah disampaikan oleh Ustaz Hakimi AJKT BKASM dan Ceramah Penjagaan Kesihatan yang telah disampaikan oleh Doktor Zuliana Zulkarnain mahasiswi Perubatan al-Azhar bagi memudahkan aktiviti muamalah harian pelajar baru serta menjamin kesihatan mereka. Selain itu, Unit Perumahan dan Rehlah BKAWM sesi 2014/2015 telah mengadakan jaulah ke Abu Ela' khususnya

SERAMBI WILAYAH GABUNGAN: Cakna Isu Semasa, Memantapkan Ukhuwah.

KAHERAH , 27 November 2014 – Unit Perumahan dan Rehlah Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 telah menganjurkan Serambi Wilayah Gabungan buat julung-julung kalinya bagi sesi ini pada hari K hamis yang lalu. Program bermula seawal 7.30 malam dan dimeriahkan dengan kehadiran yang sangat menggalakkan daripada ahli rumah sewa mahupun ahli ARWP. Program dimulakan dengan alunan merdu qasidah, iaitu pujian-pujian kepada Rasulullah SAW dengan kerjasama Unit Kebudayaan , Kesenian dan Sukan. Seterusnya, program diteruskan dengan slot isu semasa yang disampaikan oleh Saudari Dalia b inti Zaidi. Slot berakhir dengan sedikit tayangan video. Setelah itu, program diteruskan dengan slot penerangan kempen. Sebanyak 4 kempen yang di anjurkan oleh BKAWM pada sesi ini iaitu kempen Rumahku Syurgaku oleh Unit Perumahan dan Rehlah, kempen Hamlah Nahjul Mutafawwiqin oleh Unit Pendidikan dan Pengetahuan, kempen Biah Solehah oleh Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan

Makluman Discussion Group (DG) dan Fasilitator - Siswa/Siswi Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015

Image
Berikut adalah senarai Discussion Group (DG) dan Fasilitator bagi setiap siswa dan siwi :

Struktur Organisasi Ahli Jawatankuasa Tadbir dan Hal Ehwal Wanita Islam BKAWM sesi 2014/2015

Image

[BERITA: Kunjung Hormat PPMM Mengeratkan Hubungan Dua Pihak]

Image
KAHERAH, 13 November 2014- Barisan kepimpinan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Pengurusan Maiwp Mesir (PPMM) pada 11 November yang lalu. Kunjung hormat tersebut telah diadakan bagi memperkenalkan barisan kepimpinan BKAWM yang baru bagi sesi 2014/2015 di samping bagi memastikan kerjasama antara PPMM dan BKAWM terjalin padu.

[BERITA: Kursus Fotografi]

Image
KAHERAH, 14 November 2014 – Unit Penerangan dan Penerbitan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 telah menganjurkan  Kursus Fotografi pada 11 November 2014 yang lepas. Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan serba sedikit mengenai fotografi dan secara tidak langsung mencungkil bakat ahli BKAWM dalam bidang ini.

Sambutan Hari Asyura BKAWM

Image
KAHERAH,3 November 2014 - Bersempena dengan Hari Asyura pada 10 Muharram, Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan (LDPI) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 telah menganjurkan Sambutan Hari Asyura khas untuk anak-anak  Wilayah Persekutuan, bermula 9 Muharram dan berakhir pada 10 Muharram.                   Pada dua hari tersebut,pihak LDPI telah mengadakan iftar jamaie bertempat di Surau Sri Putra, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP).            Pada 10 Muharram, kesemua anak wilayah telah bergotong-royong memasak bubur lambuk sebagai satu simbolik kepada sambutan tersebut. Sejurus selepas solat isyak, aktiviti diteruskan lagi dengan tazkirah khas sempena Hari Asyura yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Arif Bin Haron, Timbalan Yang Dipertua Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor Mesir (BKPJM) sesi 2014/2015. Aktiviti diteruskan lagi dengan pelancaran Discussion Group (DG) yang dikendalikan oleh Ustaz Muhd Syazwan Syamil Bin Muhd Razman,

Jaulah ke Abu Ela’, Persiapan Menghadapi Musim Sejuk dan Mengeratkan Ukhuwah Ahli.

Image
KAHERAH, 2 Oktober 2014 - Unit Perumahan dan Rehlah BKAWM sesi 2014/2015 telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Jaulah ke Abu Ela’ sempena musim sejuk yang bakal tiba.  Seramai 5 siswa dan 26 siswi telah menyertai jaulah ini yang telah disertai oleh mahasiwi yang baru sahaja sampai ke bumi kinanah ini.  Para peserta begitu teruja dengan jaulah ini terutama mahasiswi yang baru itu kerana musim sejuk yang bakal tiba merupakan pengalaman pertama mereka untuk mempersiapkan diri menghadapi musim sejuk dengan membeli baju sejuk di Abu Ela'. Pada jam 9 malam, rombongan jaulah selamat tiba di Abu Ela’ dengan menaiki dua tremco yang telah disediakan . Peserta rombongan dikumpulkan terlebih dahulu untuk diberikan sedikit taklimat ringkas sebelum bergerak ke Abu Ela' dengan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Para peserta hanya diberikan peruntukan masa selama 1 jam 30 minit untuk membeli-belah di Abu Ela’. Kelihatan p ara peserta begitu rancak bermuamalat dengan pe

Pelancaran Discussion Group

Image
ARWP, 3 NOVEMBER - Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan (LDPI) BKAWM sesi 2014/2015 telah membuat pelancaran Discussion Group (DG) BKAWM bagi sesi ini ketika sambutan Hari Asyura Wilayah Persekutuan pada 3 November baru-baru ini.

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-16 & Malam Apresiasi Gemilang

Image
KAHERAH, 19 Oktober 2014 - Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke-16 dan Malam Apresiasi Gemilang (MAG) telah berlangsung pada18 dan 19 Oktober 2014 yang lalu bagi menandakan berakhirnya sesi kepimpinan bagi barisan AJKT Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM)sesi 2013/2014. Program yang diadakan saban tahun ini bertemakan ‘Mahasiswa Dinamik, Mencetus Solusi’ bertujuan untuk mencapai beberapa objektif

MY ADHA'14 "Menghayati Pengorbanan, Menyubur Ketaqwaan"

Image
KAHERAH, 2 Oktober 2014: Lajnah Dakwah Dan Pembangunan Insan BKAWM sesi 2014/2015 telah menganjurkan Majlis Perayaan Hari Raya Adha 2014 (MY ADHA'14) dengan bertemakan "Menghayati Pengorbanan , Menyubur Ketaqwaan".             Sambutan ini diadakan bagi menghayati erti pengorbanan seperti yang telah disyariatkan oleh Islam dan memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan ahli BKAWM serta menambahkan pengetahuan yang berkaitan Aidiladha dan ibadah korban.

DIREKTORI AHLI JAWATANKUASA TADBIR DAN AJK HEWI BKAWM SESI 2014/2015

Image
SENARAI AHLI JAWATANKUASA TADBIR (AJKT) PORTFOLIO BADAN KEBAJIKAN ANAK WILAYAH PERSEKUTUAN MESIR SESI 2014/2015 PMRAM CAWANGAN WILAYAH PERSEKUTUAN

MAKLUMAN PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA HAL EHWAL WANITA ISLAM (HEWI) BADAN KEBAJIKAN ANAK WILAYAH PERSEKUTUAN MESIR (BKAWM) SESI 2014/2015

Image
MAKLUMAN PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA HAL EHWAL WANITA ISLAM ( HEWI ) BADAN KEBAJIKAN ANAK WILAYAH PERSEKUTUAN MESIR (BKAWM) SESI 201 4 /201 5 بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sepertimana yang telah diumumkan oleh Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya BKAWM sesi 2013/2014, saudara Muhammad Daud bin Ashaari pada 19 Oktober 2014 yang lalu iaitu berlaku satu kekosongan dalam barisan kepimpinan Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) BKAWM sesi 2014/2015. Sehubungan dengan itu, pihak AJKT BKAWM telah bersetuju untuk melantik seorang daripada ahli BKAWM bagi mengisi kekosongan tersebut. Berdasarkan perkara yang telah diperuntukan di dalam Perlembagaan BKAWM pada Fasal 16: Pentadbiran ceraian yang pertama (1): “ BKAWM ditadbir oleh lapan (sembilan) orang AJK Tadbir siswa dan tujuh (lapan) orang AJK Tadbir siswi ” Dan ceraian yang kelima (5) yang berbunyi: “ Sekiranya seseorang AJK Tadbir tidak lagi menjawa

PENGUMUMAN SENARAI CALON AJKT SESI 2014/2015

Image
Adalah dengan segala hormatnya ingin diumumkan bahawasanya SPR BKAWM sesi ini telah menerima beberapa pencalonan untuk beberapa jawatan dalam barisan kepimpinan BKAWM sesi 2014/2015.  Telah diterima satu pencalonan bagi jawatan Yang Dipertua BKAWM, satu pencalonan bagi jawatan Naib Pengerusi HEWI BKAWM, enam pencalonan bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Tadbir BKAWM dan empat pencalonan bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita BKAWM bagi sesi 2014/2015. Senarai calon AJKT sesi 2014/2015 adalah seperti berikut:    Sebarang pertanyaan sila hubungi: Pengarah SPR BKAWM: Muhammad Daud bin Ashaari (+2011 1672 1442) Timbalan Pengarah SPR BKAWM: Norhazirah binti Mat Basri (+2011 2642 6334) Sekian, dimaklumkan. “BERSIH, TELUS DAN AMANAH” Saya yang menjalankan amanah, (MUHAMMAD DAUD BIN ASHAARI) Pengarah, Suruhanjaya Pilihanraya, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir, Sesi 2013/2014.

FIKIR '14 Menyuburkan Suasana Ilmiah

Image
KAHERAH, 21 September 2014– Unit Pendidikan dan Pengetahuan (UPEP) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2013/2014 telah menganjurkan satu program ilmiah iaitu Festival Ilmuwan Kontemporari 2014 (FIKIR ’14) dengan bertemakan “Sejarah Terdahulu, Panduan Generasi Baharu”. FIKIR ‘14 telah diadakan bertujuan untuk menyuburkan budaya perbincangan ilmiah secara sihat dan progresif serta mendedahkan kepada ahli mengenai peristiwa penting sepanjang abad ke-20 dan hala tuju umat Islam pasca kejatuhan khalifah.           FIKIR ’14 ini diserikan dengan alunan qasidah dari kumpulan Qasidah BKAWM sebagai  persembahan pembukaan program FIKIR ’14. Kehadiran peserta pada program ini amat  memberangsangkan dan suasana ilmiah yang kondusif dapat dirasai sepanjang program FIKIR ’14 ini berlangsung.            Program FIKIR ’14 telah diadakan selama sehari bertempat di Dewan Sri Putra, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan Kaherah dengan dua slot pengisian yang menarik bermula