Posts

Showing posts from August, 2017

[KALAM PIMPINAN: Keimanan membentuk kesatuan]

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah Tuhan Esa yang tidak ada sekutu bagiNya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW, keluarganya, para sahabat serta pengikut-pengikut baginda SAW. "لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ" "Aku memenuhi panggilanMu ya Allah aku memenuhi panggilanMu. Aku memenuhi panggilanMu tiada sekutu bagiMu aku memenuhi panggilanMu. Sesungguhnya pujian dan nikmat adalah milikMu begitu juga kerajaan tiada sekutu bagiMu." Maha suci Allah SWT, berduyun-duyun manusia dari pelusuk dunia tidak kira bangsa juga warna kulit direzekikan ke tanah suci Mekah untuk melaksanakan ibadah rukun Islam yang kelima. Ia juga membuktikan tanda cinta dan taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Ibadah haji merupakan cerminan kesatuan umat Islam. Keimanan kepada Allah SWT dan kepatuhan pada syariatNya, inilah yang membuatkan umat I

[PENGUMUMAN : PENGARAH SPR BKAWM 2017 TELAH DILANTIK]

Image
Assalamualaikum W.B.T. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tadbir BKAWM pada tarikh 13/8/2017 telah pun bersetuju membentuk sebuah organisasi berkecuali iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya 2017 bagi menguruskan pemilihan barisan kepimpinan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir  bagi sesi 2017/2018. Oleh itu, peringkat BKAWM telah melantik Saudara Muhammad Alieff Farhan bin Mohd Sanip sebagai Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya 2017 dan Saudari Hanis Madihah binti Meor Hamdan sebagai Timbalan Pengarah bagi mengetuai pemilihan tersebut. Kenyataan Rasmi Pengarah akan dikeluarkan bagi memaklumkan perjalanan Suruhanjaya Pilihan Raya 2017. Untuk mengetahui tentang perjalanan SPR BKAWM pada kali ini, sila layari Laman Facebook Rasmi SPR BKAWM, https://www.facebook.com/Suruhanjaya-Pilihanraya-BKAWM-3310580138992

[KALAM PIMPINAN : ERTI KEMERDEKAAN]

Image
Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam keatas Junjungan besar Nabi Muhd SAW, keluarga, sahabat serta pengikut-pengikutnya.  Allah berfirman didalam al-Quran;  إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا ۖ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ "Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)". al-An'am ayat : 79 Ayat ini sering kali dibaca dalam solat iaitu semasa membaca doa Iftitah, namun adakah kita menghayati ayat ini ketika membacanya dalam solat? Ayat ini lanjutan daripada 3 ayat sebelumnya yang mana menceritakan tentang kisah Nabi Allah Ibrahim SAW mencari-cari siapakah Tuhan yang selayaknya untuk disembah. Bermula daripada menganggap bintang, bulan dan matahari yang bersinar-sinar itu sebagai Tuhan, t

[KENYATAAN BERSAMA YANG DIPERTUA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI]

Image
KELANGSUNGAN PROGRAM BERSAMA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI 11 Ogos 2017(Jumaat). Perjumpaan Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri telah diadakan bertempat di Asrama Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Hayyu Sabiek Kaherah. Perbincangan   yang telah dipengerusikan oleh Ustaz Muhammad Arif bin Hamzah selaku Yang Dipertua Badan Kebajikan Pelajar Johor Di Mesir (BKPJM)   adalah bertujuan   menyelaraskan beberapa program   mega secara bersama.  

[BERITA : GENERASI ULUL ALBAB 2017]

Image
6 JULAI 2017, Kaherah - Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2016/2017 telah menganjurkan program Bulan Thaqafi yang dinamakan Generasi Ulul Albab 2017 (GENE’17).  Sasaran program ini adalah untuk mahasiswa/wi BKAWM khususnya. Program bermula pada 6 Julai sehingga 31 Julai 2017. Antara objektif utama program ini diadakan adalah menghidupkan budaya ilmu, mempertingkatkan pengetahuan ahli dalam semua aspek dan meningkatkan kemahiran dari sudut thaqafah. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya aktiviti daurah kitab, tayangan video bahasa arab, tazkirah ahli dalam bahasa arab dan bahasa inggeris, pembacaan kalimah jadidah, forum isu semasa iaitu berkenaan dunia Islam, pertandingan kuiz ilmiah, mengadakan hari perubatan, bengkel penulisan dan terjemahan kutaib. Semoga aktiviti yang dilakukan dapat menambahkan thaqafah dalam setiap aspek. Seterusnya, pada 6 Julai program majlis perasmian bertempat di Asrama Bahahru Wilayah Persekutuan bermula dengan perasmi

[KALAM PIMPINAN : KECIL TAPI BERNILAI]

Image
Bismillahirrahmanirrahim.    Segala puji bagi Tuhan sekalian alam, selawat dan salam atas junjungan besar baginda Nabi Muhammad SAW, kunci pintu rahmat Allah, kekasih ar-Rahman. Moga Selawat yang dipanjangkan menjadikan kami dicintai-Nya dan dicintai Rasul-Nya.  Dari Abu Zar RA, Rasulullah SAW bersabda: “ لا تحْقِرَنّ مِنَ المَعْرُوفِ شَيْئا “ Maksudnya: Janganlah kamu meremehkan kebaikan walaupun kecil. (Riwayat Muslim dan Ahmad)      Berdasarkan hadis ini, ternyata Nabi melarang kita meremehkan kebaikan walaupun kecil. Sering kali kita memandang remeh satu perbuatan kecil kerana disangka nilainya yang sedikit itu tiada gunanya. Kadang-kadang perbuatan yang kecil seperti mengalih batu di tengah jalan, mengutip sampah, menyusun kasut yang berselerak dan yang lainnya sering dipandang remeh dan tidak mendatangkan apa-apa kesan jika melakukannya. Bahkan kita berharap orang lain akan melakukannya dan bagi kita hanya perkara yang penting-pe

[BERITA : KE ARAH PENULISAN YANG KREATIF DAN BERKESAN]

Image
30 JULAI 2017, Kaherah - Unit Penerangan dan Penerbitan (UPP) di bawah Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2016/2017 telah menganjurkan bengkel penulisan kerjasama dengan Program Generasi Ulul Albab 2017.  Sasaran utama program ini adalah untuk mahasiswa/wi baharu khususnya dan kepada mahasiswa/wi BKAWM yang lain amnya. Tenaga pengajar bagi kelas ini adalah saudara Amirul Azmeer bin Asmadi, Tahun 5 Kuliah Perubatan Universiti al-Azhar. Antara objektif utama program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan asas tentang penulisan dan turut disertakan beberapa teknik dan kaedah bagi peserta untuk aplikasikan dalam penulisan. Seramai 70 orang peserta daripada kalangan siswa dan siswi yang telah menyertai kelas ini. Kelas ini mengfokuskan tentang asas-asas dalam menulis sesebuah penulisan. Dalam masa yang sama, pengisi menekankan penggunaan tatabahasa yang betul serta penggunaan ayat yang sesuai. Di akhir pembentangan, pengisi telah memberikan sedikit kata-k