Posts

Showing posts from September, 2014

FIKIR '14 Menyuburkan Suasana Ilmiah

Image
KAHERAH, 21 September 2014– Unit Pendidikan dan Pengetahuan (UPEP) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2013/2014 telah menganjurkan satu program ilmiah iaitu Festival Ilmuwan Kontemporari 2014 (FIKIR ’14) dengan bertemakan “Sejarah Terdahulu, Panduan Generasi Baharu”. FIKIR ‘14 telah diadakan bertujuan untuk menyuburkan budaya perbincangan ilmiah secara sihat dan progresif serta mendedahkan kepada ahli mengenai peristiwa penting sepanjang abad ke-20 dan hala tuju umat Islam pasca kejatuhan khalifah.           FIKIR ’14 ini diserikan dengan alunan qasidah dari kumpulan Qasidah BKAWM sebagai  persembahan pembukaan program FIKIR ’14. Kehadiran peserta pada program ini amat  memberangsangkan dan suasana ilmiah yang kondusif dapat dirasai sepanjang program FIKIR ’14 ini berlangsung.            Program FIKIR ’14 telah diadakan selama sehari bertempat di Dewan Sri Putra, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan Kaherah dengan dua slot pengisian yang menarik bermula

SERAMBI WILAYAH GABUNGAN MEMBINA PELAPIS BERKUALITI

Image
KAHERAH, 28 September 2014– Unit Perumahan dan Rehlah (UPR) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2013/2014 telah mengadakan Serambi Wilayah Gabungan pada 18 September yang lalu. Serambi Wilayah merupakan sebuah aktiviti mingguan yang diadakan bagi mengumpulkan ahli-ahli BKAWM untuk sama-sama mengeratkan ukhuwah di samping berkongsi ilmu dan pengalaman. Untuk Serambi Wilayah pada kali ini, pihak UPR mengadakan Serambi Wilayah Gabungan dengan membawakan sebuah pengisian khas, iaitu “Kursus Vokasional” kepada semua anak Wilayah Persekutuan.            Serambi Wilayah Gabungan ini telah diadakan di Dewan Sri Putra, Asrama Rumah  Wilayah  Persekutuan dan bermula seawal selepas Maghrib dengan bacaan Yasin serta tahlil. Serambi  Wilayah kali ini menampilkan Ustaz Aimi Akmal bin Mohd Zaini daripada Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) yang merupakan pengisi jemputan bagi pengisian khas “Kursus  Vokasional”. Kursus ini  diadakan bertujuan untuk membe

Pengumuman Operasi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) Sesi 2013/2014

Image
Adalah dengan segala hormatnya ingin dimaklumkan bahawasanya SPR BKAWM sesi ini akan memulakan operasi pemilihan Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) BKAWM bagi sesi 2014/2015. Ahli Jawatankuasa SPR BKAWM sesi ini adalah seperti berikut: Pengarah: Muhammad Daud bin Ashaari Timbalan Pengarah merangkap Setiausaha: Norhazirah binti Mat Basri AJK Tugas-tugas Khas: Nor Latifah binti Mohd Jupri Dengan ini dimaklumkan bahawa pihak SPR BKAWM sesi ini akan menjalankan operasi SPR BKAWM pada tarikh bermula 30 September 2014 hingga 03 Oktober 2014 . Di sini dilampirkan bersama Peraturan SPR BKAWM 2013/2014. Sebarang maklumat berkenaan SPR BKAWM sesi 2013/2014 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa atau boleh menghubungi nombor telefon berikut: Pengarah SPR BKAWM: Muhammad Daud bin Ashaari (+2011 1672 1442) Timbalan Pengarah SPR BKAWM: Norhazirah binti Mat Basri (+2011 2642 6334) Sekian, dimaklumkan. “BERSIH, TELUS DAN AMANAH” Saya yang menja

TINTA ILMIAH: Panduan Diet Seimbang

Image
ARTIKEL BULAN SEPTEMBER EDISI 02/14 PANDUAN DIET SEIMBANG Mafhum hadis Rasulullah SAW: ‘Dua nikmat yang sering melekakan manusia iaitu nikmat kesihatan dan kelapangan masa’ Tanya pada diri.. ::Adakah benar apa yang kita makan setiap hari itu menyihatkan dan mencukupi ? ::Adakah kita mengamalkan diet yang seimbang? l) Diet seimbang bermaksud sajian makanan yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh dengan kadar yang betul. 2) Pemakanan yang seimbang amat penting demi memastikan kehidupan yang lebih sihat dan mengurangkan risiko mendapat penyakit berbahaya seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi dan strok. 3) Cara memulakan diet seimbang adalah melalui pengambilan makanan mengikut piramid makanan. Namun demiki, pengamalan diet seimbang adalah berbeza bagi setiap individu bergantung kepada kadar kalori masing-masing. Petua sihat.. 1. Mengambil makanan

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah

Image
Bismillahirrahmanirrahim.           Bukan mudah untuk sentiasa bersemangat dan berkeinginan yang tinggi untuk mengemas rumah, terutama sekali apabila terlalu sibuk dengan kuliah dan aktiviti berpersatuan. Pasti kebanyakan dari kita terpaksa bertempur dengan perasaan untuk mengemas rumah setelah seharian keluar untuk menimba ilmu. Namun, sebagai mahasiswa yang proaktif kita harus memastikan keadaan rumah dan bilik sentiasa teratur agar dapat mewujudkan suasana yang kondusif untuk belajar dan beristirehat. Maka, saya ingin berkongsi beberapa cara mencipta semangat dalam diri untuk sentiasa mengemas rumah agar kelihatan bersih dan tersusun.            Pertama, bangun pagi, senyum dan pasang tekad untuk kemas rumah bersungguh-sungguh . Mulakan hari kita lebih awal. Bangun awal dan bangun dengan semangat yang positif. Apabila kita memulakan hari lebih awal, kita lebih mudah untuk berasa rajin dan akan kurang berasa malas. Udara nyaman dan sejuk di waktu pagi akan menyegarkan kita sup

KALAM PIMPINAN: Menjiwai Sejarah BKAWM

Image
بسم الله الرحمن الرحيم           Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita rafa’kan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, serta rahmat dan inayahNya pada hari ini kita dapat hidup dalam kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Semoga taufiq dan hidayahNya terus menyinari hidup kita sehingga kita dapat berkumpul dengan Junjungan Mulia, nabi Muhammad S.A.W di hari Kiamat kelak. Selawat dan salam ke atas baginda, Rasulul Amin S.A.W serta ahli keluarga Baginda yang mulia yang jika bukan kerana perjuangannya bersama para sahabat, kita tidak akan dapat mengecapi dua nikmat terbesar, iaitu nikmat iman dan Islam. “Dan semua kisah dari rasul-rasul Kami ceritakan kepadamu, ialah kisah-kisah yang dengannya Kami teguhkan hatimu; dan dalam surat ini telah datang kepadamu kebenaran serta pengajaran dan peringatan bagi orang-orang yang beriman”  (QS. Huud: 120)           Allah SWT telah mengajar kita suatu kaedah pendidikan yang agung iaitu penghayatan terhad

Sumbangan Tabung Kebajikan Disampaikan kepada Ahli

Image
KAHERAH, 17 September 2014 – Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) melahirkan rasa simpati atas musibah yang menimpa saudari Dalia binti Zaidi. Beliau mengalami kecederaan di bahagian kaki semasa menyertai pertandingan Bola Jaring ketika program Minggu Warna-warni Kemerdekaan PMRAM 2014 (WARNA ’14) pada 31 Ogos yang lalu.           Disebabkan kecederaan ini, beliau terpaksa menjalani pembedahan kecil atas saranan daripada doktor yang terbabit. Alhamdulillah selepas dua kali temujanji untuk pemeriksaan mingguan di Hospital Zahra’, Abbassiyah, kondisi beliau semakin beransur pulih.           Oleh itu, Lajnah Kebajikan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2013/2014 telah menyampaikan sumbangan daripada Tabung Kebajikan kepada saudari Dalia. Sejajar dengan salah satu objektifnya pada sesi ini iaitu menyediakan kemudahan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh ahli BKAWM sama ada secara langsung atau tidak langsung, pihak Lajnah Kebajikan di

Ziarah Mahabbah Mempamer Komitmen BKAWM Terhadap Ahli

Image
KAHERAH, 16 September 2014 – Barisan AJK HEWI Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2013/2014 telah melakukan Ziarah Mahabbah ke beberapa rumah ahli di muhafazah sepanjang bulan Ogos yang lalu. Ziarah Mahabbah ini merupakan anjuran Lajnah Kebajikan BKAWM. Program ini juga merupakan salah satu aktiviti tahunan Lajnah Kebajikan sendiri.           Antara aktiviti yang dijalankan semasa Ziarah Mahabbah adalah taaruf ringkas AJK HEWI sesama ahli, membuat culaan keselamatan dan situasi terkini ahli dari sudut pengajian, kebajikan dan sebagainya. Di samping itu, turut diedarkan bahan-bahan bacaan daripada unit-unit BKAWM seperti risalah bulanan, Putra Digest dan juga kad ucapan AJK HEWI sempena Hari Raya Aidilfitri yang lepas.           Antara muhafazah yang sempat diziarahi dalam Ziarah Mahabbah pada kali ini  ialah  Mansurah,  Zaqaziq, dan Sayyeda Zainab. Tujuan Ziarah Mahabbah ini dijalankan adalah untuk lebih mengeratkan  hubungan antara pimpinan BKAWM de

Data Keahlian BKAWM Ogos 2014

Image
Sebarang permasalahan boleh berhubung dengan  Ketua dan Timbalan Unit Pendaftaran dan Sambutan. Dikeluarkan oleh: Jabatan Setiausaha Agung (JASA) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir Sesi 2013/2014

PENA HAMLAH: Ke Arah Kecemerlangan Akademik

Image
KE ARAH KECEMERLANGAN AKADEMIK EDISI 02/14 BAHAGIAN I : MOTIVASI DIRI           Maksud motivasi diri adalah satu dorongan yang wujud dalam diri seseorang itu sendiri. Mereka yang gagal walaupun telah diberi peluang yang sama untuk berjaya adalah terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai dorongan dalam diri mereka sendiri. Walaupun mereka memiliknya, tetapi ia terlalu lemah dan terlalu mudah hilang. Mereka ini hanya bergantung kepada dorongan dari luar untuk menggerakkan mereka.           Memang tidak dapat dinafikan bahawa kita semua memerlukan dorongan dari luar dan juga dari diri kita sendiri. Hal ini kerana dorongan dari luar juga mempunyai peranan dalam menentukan tingkat pencapaian seseorang. Tetapi ia tidak dapat untuk mencungkil sepenuhnya potensi yang ada pada seseorang. Hanya dorongan dari dalam diri yang bersungguh sahaja akan memberi ketahanan kepada seseorang untuk terus mengekalkan ketekunannya dalam usaha untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

QAWIYUL JISM: Sukan Memanah

Image