Posts

Showing posts from May, 2020

[ KALAM PIMPINAN: SAHABAT CERMINAN DIRI ]

Image
Bismillahirrahmanirrahim قَالَ قَآئِلٌ مِّنْهُمْ إِنِّى كَانَ لِى قَرِينٌ() Seorang di antaranya berkata: "Sesungguhnya aku (di dunia) dahulu, ada seorang rakan (yang menempelak daku). Surah as-Saffat, ayat ke-51. Teman atau sahabat merupakan satu kurniaan Allah SWT kepada hamba-Nya bagi menghilangkan kesunyiaan hidup saat melayari kehidupan di dunia ini. Sebagai makhluk sosial kita tidak dapat melarikan diri daripada kehidupan bermasyarakat mahupun berteman. Layak bagi kita untuk memilih sahabat kerana sahsiah diri sedikit sebanyak dibentuk dari tingkah laku sahabat di sekelilingnya. Diibaratkan pencarian sahabat seperti mencari cermin yang terdapat pelbagai bentuk di muka bumi ini. 1. Gambaran di cermin akan meniru gerak langkah seseorang. Beruntunglah sekiranya kita mempunyai teman yang banyak melakukan amal soleh sehingga mendorong kita untuk melakukan hal serupa dengannya. Ingatlah keberuntungan yang besar sekiranya mempunyai sahabat seperti ini, Allah SWT mengi

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ]

Image
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sentiasa menjadikan aspek pentarbiahan sebagai salah satu aspek terpenting dalam pembinaan insan yang kamil lagi sempurna. Usrah adalah salah satu tunjang pendidikan yang dapat membentuk fikrah dan mengukuhkan lagi ukhuwah. Makluman kepada semua anak Wilayah Persekutuan, peringkat Jabatan Fasilitator (JATA) di bawah Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan BKAWM telah menetapkan tarikh bermulanya Discussion Group Amali adalah pada 15 Mei 2020. Semoga kita termasuk dalam golongan orang-orang yang beriman kerana sentiasa menjalinkan hubungan silaturrahim. Sama-sama kita panjatkan doa agar Allah permudahkan urusan kita di mana pun kita berada. WAN MUHAMMAD AFIF BIN WAN KOZIL, Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir, BKAWM sesi 2019/2020. “Memperkasakan Kebajikan, Melestarikan Kesatuan” “BKAWM Keluarga Kita" "Bersama Bersatu"

[ KALAM PIMPINAN: BAHAYA MEDIA SOSIAL ]

Image
Bismillahirrahmanirrahim وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَعِبٌ وَلَهْوٌ ۖ وَلَلدَّارُ الْآخِرَةُ خَيْرٌ لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ ۗ أَفَلَا تَعْقِلُونَ “Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?” (Surah al-An'am : 32) Fenomena ‘Dunia di Hujung Jari’ ini menatijahkan masyarakat hari ini memperoleh maklumat yang luas tanpa batasan dengan kemudahan pelbagai aplikasi sosial yang tersedia dalam teknologi-teknologi pintar masing-masing. Jika dilihat daripada suatu sudut, ia merupakan satu perkembangan yang positif di mana Internet ataupun media sosial khususnya, kian menjadi medium maklumat terkini dan sumber ilmu pengetahuan. Namun malangnya, perkara sebaliknya yang berlaku. Jika semua maklumat di hujung jari, maka ia mudah disebarkan tanpa henti. Lambakan isu dan khabar angin kerap dimuat naik di