Posts

Showing posts from November, 2018

[ KENYATAAN RASMI: TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM ]

Image
[ KENYATAAN RASMI: TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM ] 1 Disember 2018: TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM Pendidikan merupakan aspek penting yang dititikberatkan oleh BKAWM terhadap ahlinya sejajar dengan misi BKAWM yang kedua iaitu “Meningkatkan penguasaan thaqafah dan pencapaian akademik”. Hal ini sekaligus menunjukkan keperihatinan BKAWM dalam melahirkan mahasiswa Islam yang terkehadapan dalam bidang akademik dan thaqafah. Peperiksaan semester pertama khususnya di Universiti al-Azhar sesi 2018/2019 akan bermula pada bulan Januari 2018. Sehubungan dengan itu, peringkat Lajnah Perancang Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2018/2019 telah menetapkan bahawasanya tarikh penangguhan program adalah pada 1 Disember 2018. Oleh itu, segala aktiviti dan program yang melibatkan semua ahli ditangguhkan sementara waktu. Hanya aktiviti yang berbentuk akademik, thaqafah dan kerohanian serta yang berkaitan dengan pendidikan sahaja yang diadakan bagi membantu kec

[ STRUKTUR ORGANISASI BARISAN PIMPINAN BKAWM SESI 2018/2019 ]

Image
[ STRUKTUR ORGANISASI BARISAN PIMPINAN BKAWM SESI 2018/2019 ] Berikut merupakan struktur organisasi Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) dan Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir bagi sesi 2018/2019. Semoga dengan pertukaran tampuk kepimpinan baru BKAWM sesi 2018/2019 ini mendapat kerjasama yang baik daripada pimpinan mahupun ahli, yang mana Islam mengajar umatnya untuk saling membantu dalam perkara kebaikan yang mendatangkan manfaat kepada Islam itu sendiri.  "Menjunjung Keilmuan, Menjulang Kesatuan" "BKAWM Keluarga Kita" "Bersama Bersatu"

[ JADUAL OPERASI PEJABAT BKAWM ]

Image
[ JADUAL OPERASI PEJABAT BKAWM ] إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلَّذِينَ يُقَٰتِلُونَ فِى سَبِيلِهِۦ صَفًّا كَأَنَّهُم بُنْيَٰنٌ مَّرْصُوصٌ "Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh." (Surah as-Saff: ayat 4) Ayat tersebut menjadi dalil bahawa pengurusan yang tersusun juga merupakan salah satu aspek yang diajar dalam Islam. Berikut merupakan Jadual Operasi Pejabat serta Jadual Perkhidmatan dan Urusan BKAWM sesi 2018/2019. Bagi sebarang urusan, sila rujuk AJKT/HEWI yang bertugas pada hari tersebut. "Menjunjung Keilmuan, Menjulang Kesatuan" "BKAWM Keluarga Kita" "Bersama Bersatu"

[ BERITA: JAULAH ABOU ELA' ]

Image
[ BERITA: JAULAH ABOU ELA' ] KAHERAH, 6 & 8 November 2018 – Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah mengadakan Jaulah ke Abou Ela’ di bawah seliaan Unit Kemasyarakatan, Sukan dan Rehlah BKAWM sesi 2018/2019 pada tarikh 6 November bagi siswi dan 8 November bagi siswa. Aktiviti ini bertujuan memberi ruang kepada semua ahli membuat persediaan bagi menghadapi musim sejuk yang akan tiba tidak lama lagi. Setibanya peserta di kawasan Abou Ela', peserta dibawa ke Masjid Sultan Abu al- 'Ila bagi menunaikan solat maghrib secara berjemaah dan berpeluang menziarahi makamnya serta diberi sedikit penerangan berkaitan Sultan Abu al-Ila'. Program diteruskan lagi dengan sesi taklimat keselamatan. Selepas itu, peserta bergerak ke pasar mengikut pembahagian kumpulan yang telah ditetapkan dan diberi tempoh masa sehingga jam 9.30 malam. Aktiviti yang dilakukan saban tahun oleh Unit Kemasyarakatan, Sukan dan Rehlah ini tidak lain dan tidak bukan den

[ BERITA: SERAMBI GABUNGAN WILAYAH PERSEKUTUAN ]

Image
[ BERITA: SERAMBI GABUNGAN WILAYAH PERSEKUTUAN ] KAHERAH, 25 Oktober 2018 - Telah diadakan Serambi Gabungan Wilayah Persekutuan di surau, Asrama Baharu Wilayah Persekutuan. Serambi Gabungan dimulakan dengan sesi pengenalan AJKT HEWI BKAWM sesi 2018/2019 bermula dengan pengenalan Unit Kemasyarakatan, Sukan dan Rehlah (UKSR). Seterusnya, Unit Penerangan dan Penerbitan (UPP), kemudian, Unit Pendidikan dan Pengetahuan (UPEP), diikuti pula dengan Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan (LDPI), seterusnya, Jabatan Bendahari Agung (JBA), Jabatan Setiausaha Agung (JASA), Lajnah Perancang (LP), dan diakhiri dengan Jabatan Yang-Dipertua (YDP). Dalam slot ini juga diterangkan skop tugasan setiap unit dan lajnah yang bertujuan memberi penerangan kepada ahli-ahli di samping untuk memudahkan segala urusan di masa akan datang. Program diteruskan lagi dengan slot Pelancaran Discussion Group yang dikelolakan oleh saudara Ahmad Amiruddin bin Ahmad Shukri, Ketua Lajnah Dakwah dan Pem

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2018/2019 ]

Image
[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2018/2019 ] KAHERAH, 23 Oktober 2018 - Telah berlangsung Majlis Timbal Terima Rasmi Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir bagi sesi 2018/2019 bertempat di Perpustakaan Darul Madani, Asrama Baharu Wilayah Persekutuan. Majlis Timbal Terima ini dipengerusikan oleh saudara Amirul Arif bin Shukri selaku Setiausaha Agung BKAWM sesi 2018/2019. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada saudara Amirul Hakim bin Mohd Razib selaku Mantan Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) bagi sesi 2017/2018. Timbal terima rasmi ini dimulakan dengan Unit Kemasyarakatan, Sukan dan Rehlah (UKSR) diikuti dengan Unit Penerangan dan Penerbitan (UPP). Seterusnya Unit Pendidikan dan Pengetahuan (UPEP). Kemudian, Lajnah Kebajikan dan Perumahan (LKP), Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan (LDPI). Seterusnya, Jabatan Bendahari Agung (JBA) merangkap Unit Ekonomi (UE), Jab

[ BERITA: MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-20 ]

Image
[ BERITA: MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-20 ] KAHERAH, 19 & 20 Oktober 2018 - Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-20 (MAT-20) BKAWM telah berjaya dilaksanakan di surau, Asrama Baharu Wilayah Persekutuan.   Antara objektif penting MAT-20 BKAWM ialah menyediakan medium bagi ahli melontarkan pandangan dan muhasabah serta memberi kefahaman kepada ahli berkenaan syura. Bertepatan dengan firman Allah dalam surah ali-Imran ayat 159, mafhumnya: “Dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu (peperangan & hal duniawi), kemudian apabila engkau membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sungguh Allah mencintai orang yang bertawakkal.”   Program MAT-20 BKAWM membuka tirainya pada 19 Oktober 2018 dengan Tazkirah Subuh Khas yang disampaikan oleh ustaz Muhammad Aimi Akmal bin Zaini, Fasilitator Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dengan tajuk “Aplikasi Syura dalam Kesatuan”. Penyampaian hadiah kepada pengisi telah disempurnakan oleh Yang Dipertua BKAWM sesi 201

[ BERITA: HARI GRADUASI DAN KECEMERLANGAN 2018 (GRAND ’18) ]

Image
[ BERITA: HARI GRADUASI DAN KECEMERLANGAN 2018 (GRAND ’18) ] KAHERAH, 7 Oktober 2018, - Program Hari Graduasi dan Kecemerlangan 2018 (GRAND ’18) telah berjaya dilaksanakan di Dewan Limas, Hayyu Asyir. Program ini telah berlangsung dari jam 3.30 petang sehingga 9.30 malam. Ahli Jawatankuasa Pelaksana program ini terdiri daripada 19 orang.    Antara objektif penting GRAND ’18 ialah memberi penghargaan kepada ahli yang komited dengan BKAWM dan cemerlang dalam akademik, serta meribat kesatuan antara ahli BKAWM. Program GRAND ’18 telah dimulakan dengan Majlis Perasmian GRAND ’18 yang dirasmikan oleh saudara Amirul Hakim bin Mohd Razib, Yang Dipertua BKAWM sesi 2017/2018. Majlis diserikan lagi dengan Kalam Tausiyah oleh Syeikh Islam bin Majdi Hilal. Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada ahli-ahli BKAWM yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan baru-baru ini, sama ada dari jurusan pengajian Islam mahupun perubatan dan disusuli dengan anugerah