Posts

Showing posts from 2022

[KENYATAAN RASMI: TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM

Image
  8 DISEMBER 2022: TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM.  Pendidikan merupakan aspek penting yang dititikberatkan oleh BKAWM terhadap ahlinya sejajar dengan misi BKAWM iaitu “Meningkatkan penguasaan thaqafah dan pencapaian akademik”. Hal ini sekaligus menunjukkan keprihatinan BKAWM dalam melahirkan mahasiswa/wi Islam yang terkehadapan dalam bidang akademik dan thaqafah. Peperiksaan semester pertama khususnya di Universiti al-Azhar sesi 2022/2023 akan bermula pada awal bulan Januari 2023. Sehubungan dengan itu, peringkat Lajnah Perancang, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2022/2023 telah menetapkan bahawasanya tarikh penangguhan program adalah pada 9 Disember 2023. Oleh itu, segala aktiviti dan program yang melibatkan semua ahli ditangguhkan sementara waktu. Hanya aktiviti yang berbentuk akademik, thaqafah dan kerohanian serta yang berkaitan dengan pendidikan sahaja yang diadakan bagi membantu kecemerlangan seluruh mahasiswa/wi Islam di bumi Mesir. Pihak BKAWM meng

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ]

Image
[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ] Firman Allah SWT: یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا یَسۡخَرۡ قَوۡمࣱ مِّن قَوۡمٍ عَسَىٰۤ أَن یَكُونُوا۟ خَیۡرࣰا مِّنۡهُمۡ وَلَا نِسَاۤءࣱ مِّن نِّسَاۤءٍ عَسَىٰۤ أَن یَكُنَّ خَیۡرࣰا مِّنۡهُنَّۖ وَلَا تَلۡمِزُوۤا۟ أَنفُسَكُمۡ وَلَا تَنَابَزُوا۟ بِٱلۡأَلۡقَـٰبِۖ بِئۡسَ ٱلِٱسۡمُ ٱلۡفُسُوقُ بَعۡدَ ٱلۡإِیمَـٰنِۚ وَمَن لَّمۡ یَتُبۡ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut me

[ BERITA: MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-24 (MAT-24) ]

Image
[ BERITA: MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-24 (MAT-24) ] KAHERAH, 19 & 20 Oktober 2022 - Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-24 (MAT-24) BKAWM berlangsung di Surau, Asrama Wilayah Persekutuan Baharu.      Antara objektif penting MAT-24 BKAWM ialah menyediakan medium bagi ahli melontarkan pandangan dan muhasabah, serta memberi kefahaman kepada ahli berkenaan syura. Bertepatan dengan firman Allah dalam Surah Ali-Imran ayat 159, mafhumnya: “Dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu (peperangan & hal duniawi), kemudian apabila engkau membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh Allah mencintai orang yang bertawakal.”     Program MAT-24 BKAWM membuka tirainya pada 14 Oktober 2022 dengan Forum Ambang MAT yang disampaikan oleh barisan panel Ustaz Muhammad Harith bin Osman, Ketua Unit Dakwah dan Tarbiah BKPJM sesi 2021/2022 dan Ustaz Che Muhammad Zulfattah bin Che Zulkifli, Ketua Lajnah Pengetahuan KPKM sesi 2021/2022 dengan tajuk “Syura Merealisasikan K

[ KALAM PIMPINAN: AT-TARGHIB DAN AT-TARHIB ]

Image
[ KALAM PIMPINAN: AT-TARGHIB DAN AT-TARHIB ] ‎بسم الله الرحمن الرحيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ‎إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره, ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا, من يهده الله فلا مضل له, ومن يضلل فلا هادي له, وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له, وأشهد أن محمدا عبده ورسوله. Firman Allah SWT:  ‎كُنتُمۡ خَیۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِۗ وَلَوۡ ءَامَنَ أَهۡلُ ٱلۡكِتَـٰبِ لَكَانَ خَیۡرࣰا لَّهُمۚ مِّنۡهُمُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَأَكۡثَرُهُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ.     Maksudnya: "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).”  (Surah ali-Imran: Ayat 110) Berdakwah adalah tugas dan tuntutan mulia yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam untuk selu

[ KALAM PIMPINAN: SERUAN MENJADI ANSORULLAH ]

Image
[ KALAM PIMPINAN: SERUAN MENJADI ANSORULLAH ] لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنصَارِي إِلَى اللَّهِ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنصَارُ اللَّهِ فَآَمَنَت طَّائِفَةٌ مِّن بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَت طَّائِفَةٌ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آَمَنُوا عَلَى عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ (١٤) “Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada pengikut-pengikutnya itu: “Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?” Mereka menjawab: “Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!” (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sekumpulan daripada kaum Bani Israil beriman, dan sekumpulan lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.” (Surah as-Saff: Ayat 14) 1. Tawaran hebat daripada Allah SWT dalam ayat sebe

[ KALAM PIMPINAN: SYURA: KEBERKATAN YANG DICARI ]

Image
[ KALAM PIMPINAN: SYURA: KEBERKATAN YANG DICARI ] بسم الله الرحمن الرحيم  إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره, ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيأت أعمالنا من يهده الله فلا مضل له, ومن يضلل فلا هادي له, وأشهد أن لا إله إلا الله, وأشهد أن محمدا عبده ورسوله. Firman Allah SWT dalam Surah Ali-Imran ayat ke-159: وَشَاوِرْهُمْ فِي اْلأَمْرِ Maksudnya: “Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu.” Dalam era meniti arus pembentukan ideologi pemikiran, ahli dalam sesebuah mesyuarat ataupun syura adalah satu posisi yang amat penting sehingga menjadikannnya tidak mungkin dipisahkan dalam merangka bentuk sesebuah negara. Oleh kerana, seorang pemimpin yang berkaliber atau bagus sekalipun tidak akan terlepas dari sifat lemah, lalai dan kecelaruan dalam beberapa hal. Dalam kitab الشورى في الإسلام karangan Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadan al-Buti, beliau menggariskan dua jenis ataupun bentuk syura yang terdapat di dalam Islam sesuai dengan se

[ KALAM PIMPINAN: ADAB PEMULA KEHIDUPAN ]

Image
[ KALAM PIMPINAN: ADAB PEMULA KEHIDUPAN ]   ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ    Kenikmatan Islam yang kita kecapi pada hari ini adalah hasil dakwah Nabi Muhammad SAW menyebarkan panji Islam ke serata dunia yang bukanlah hanya dengan ilmu dan wahyu semata tetapi dengan akhlak dan adab yang dibawa oleh baginda. Ia juga menyebabkan ramai musuh-musuh Islam kembali kepada agama fitrah iaitu Islam itu sendiri.  Adab dalam pandangan Islam bukanlah perkara yang remeh. Bahkan ia menjadi salah satu inti ajaran Islam. Demikian penting perkara ini, hingga para ulama salaf menyusun kitab khusus yang membahas tentang adab ini. Adab adalah menggunakan sesuatu yang terpuji berupa ucapan dan perbuatan atau yang terkenal dengan sebutan al-Akhlaqul Karimah. Dalam Islam, masalah adab dan akhlak mendapat perhatian yang serius. Hal ini kerana syariat Islam adalah kumpulan dari akidah, ibadah, akhlak dan muamalah. Ini semua tidak boleh dipisah-pisahkan.

[ KALAM PIMPINAN: TAKRIF KEMERDEKAAN ]

Image
[ KALAM PIMPINAN: TAKRIF KEMERDEKAAN ] Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum wbt Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW, buat keluarga baginda, sahabat baginda, para tabi tabiin yang dirahmati oleh Allah sekalian. Kita boleh lihat bahawa generasi sekarang tidak menghayati makna kemerdekaan yang sebenar. Mereka hanya sekadar mengibarkan bendera dan menyanyikan lagu patriotik semata-mata. Justeru itu,marilah sama-sama kita menghayati makna sebenar 'Kemerdekaan'.  Kemerdekaan yang sebenar itu adalah bila mana kita benar-benar menjadi hamba Allah yang beriman, yang memerdekakan jiwa kita daripada menjadi hamba dunia. Firman Allah di dalam al-Quran: "وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون" Maksudnya: “Tidak lah aku menciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepada-Ku" Kemerdekaan sebenar dalam Islam adalah kebebasan akal, sikap dan fizikal seseorang daripada anasir-anasir penjajahan yang boleh merosak

[ KALAM PIMPINAN: HIKMAH PENGORBANAN NABI IBRAHIM DAN NABI ISMAIL ]

Image
 [ KALAM PIMPINAN: HIKMAH PENGORBANAN NABI IBRAHIM DAN NABI ISMAIL ]   ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ Pengorbanan kasih yang abadi. Hikmah di sebalik perjalanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Siti Hajar merupakan satu pengorbanan yang perlu untuk kita semua hayati dengan sepenuhnya. Pelbagai ujian, cabaran, rintangan dan mehnah yang dilalui oleh mereka pada zaman dahulu sungguh tak dapat dirasai.                                                          Nabi Ibrahim sebagai seorang bapa yang telah lama menantikan kehadiran cahaya mata dalam pernikahannya bersama Sarah, namun Allah SWT tidak menganugerahkan kepadanya seorang anak. Akhirnya, Sarah pun memutuskan untuk menghadiahkan seorang wanita yang bernama Hajar kepada Nabi Ibrahim untuk dinikahinya supaya mendapatkan keturunan, lalu Allah SWT pun memberikan rezeki seorang anak yang soleh hasil pernikahan beliau bersama Hajar. Allah ﷻ berfirman. رَبِّ هَبۡ لِي مِنَ ٱلصَّٰلِحِينَ فَبَشَّرۡنَٰه

[ KENYATAAN RASMI SETIAUSAHA AGUNG BKAWM: PELANTIKAN AJKT KEKAL BKAWM SESI 2022/2023 ]

Image
[ KENYATAAN RASMI SETIAUSAHA AGUNG BKAWM: PELANTIKAN AJKT KEKAL BKAWM SESI 2022/2023 ] بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam kerana dengan rahmat serta petunjuk-Nya, dihidupkan kita pada hari ini dengan pelbagai nikmat untuk kita syukuri. Selawat dan salam kepada junjungan besar, Nabi Muhammad SAW. Berkat perjuangan baginda, kita masih bernafas dengan kalimah syahadah. Sesi 2021/2022 kian melabuh, seiring kemunculan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) BKAWM. Maka sudah tiba saat kita melihat wajah-wajah baharu pimpinan BKAWM yang akan datang. Berdasarkan perlembagaan BKAWM Fasal 16 (2): "........ dua AJK Tadbir siswa dan dua AJK Tadbir siswi akan dipilih di dalam Mesyuarat AJK Tadbir untuk dikekalkan apabila berlakunya pembubaran AJK Tadbir di Mesyuarat Agung Tahunan." Sukacita diumumkan bahawa 2 orang AJK Tadbir kekal siswa dan 2 orang AJK Tadbir kekal siswi Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir

[ KALAM PIMPINAN: SABAR DAN SYUKUR ]

Image
  [ KALAM PIMPINAN: SABAR DAN SYUKUR ]  بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam dengan izin-Nya dapat kita merasa nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga serta para sahabat baginda. Semoga kita terus thabat dalam menyampaikan risalah Rasulullah SAW. Dari Shuhaib bin Sinan r.a. dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: عجبًا لأمرِ المؤمنِ . إن أمرَه كلَّه خيرٌ . وليس ذاك لأحدٍ إلا للمؤمنِ . إن أصابته سراءُ شكرَ . فكان خيرًا له . وإن أصابته ضراءُ صبر . فكان خيرًا له Maksudnya: “Alangkah mengagumkan keadaan orang yang beriman, kerana semua keadaannya (membawa) kebaikan (untuk dirinya), dan ini hanya ada pada seorang mukmin; jika dia mendapatkan kesenangan dia akan bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya, dan jika dia ditimpa kesusahan dia akan bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.” Ketika mana kita diuji, maka terzahir nilai iman melalui sabar dan syukur. Cukupl

[ KALAM PIMPINAN: HIKMAH PEPERANGAN BADAR ]

Image
  [ KALAM PIMPINAN: HIKMAH PEPERANGAN BADAR ] Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Bersyukur segala nikmat Allah yang tidak dapat dihitung jumlah banyaknya.  Menelusuri sirah yang telah diceritakan oleh Dr. Mustafa as-Syibaie, dalam kitabnya Sirah an-Nabawiyah Durus wa 'Ibar, peperangan Badar merupakan peperangan yang dihadapi oleh tentera muslimin dalam keadaan tiada persediaan untuk berperang.  Bahkan dengan kelengkapan dan bilangan tentera muslimin ketika itu yang tidak ramai iaitu 313 orang berbanding tentera musyrikin dengan bilangan kira-kira 1 000 orang tentera.  Namun sejarah menunjukkan kemenangan dalam pertempuran tidak bergantung pada kuantiti atau bilangan tentera tetapi ditentukan dengan kekuatan rohani yang ada dalam setiap jiwa tentera muslimin, disebabkan itulah mereka mencapai kemenangan.  Lihatlah sewaktu sebelum bermulanya peperangan, tentera musyrikin mengadakan pesta arak sambil didengarkan nyanyian oleh penyanyi wanita dan diiringi dengan paluan gendang

[ KALAM PIMPINAN: ISTI'JAL (GOPOH DALAM PERJUANGAN) ]

Image
[ KALAM PIMPINAN: ISTI'JAL (GOPOH DALAM PERJUANGAN) ]  بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam dengan izin-Nya dapat kita merasa nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga serta para sahabat baginda. Semoga kita terus thabat dalam menyampaikan risalah Rasulullah SAW.  Firman Allah SWT:  خُلِقَ الْاِ نْسَا نُ مِنْ عَجَلٍ ۗ سَاُ ورِيْكُمْ اٰيٰتِيْ فَلَا تَسْتَعْجِلُوْنِ  "Jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru dalam segala halnya; Aku (Allah) akan perlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaan-Ku; maka janganlah kamu meminta disegerakan (kedatangannya)." (Surah al-Anbiya: Ayat 37)  Dalam ayat ini, Allah hendak memberitahu dalam hendak mencipta diri kita ini, salah satu dari bahan ramuan untuk mencipta kita adalah sifat tergesa-gesa. Ini adalah salah satu daripada sifat manusia iaitu mahukan sesuatu itu dengan segera. Tidak sabar untuk me

[ BERITA: JEMPUTAN KE RUMAH TERBUKA BKAN DAN PERUBATAN ]

Image
[ BERITA: JEMPUTAN KE RUMAH TERBUKA BKAN DAN PERUBATAN ] KAHERAH, Mei & Julai 2022 - Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha adalah perayaan yang sangat bermakna buat umat Islam di seluruh dunia. Aidilfitri mengembalikan kita kepada fitrah manakala Aidiladha pula menanam sifat pengorbanan dalam diri. Setelah lebih kurang 2 tahun dunia berperang dengan COVID-19, kini keadaan semakin pulih. Pelbagai aktiviti secara fizikal dapat dijalankan seperti biasa dan tidak luput juga peringatan bagi penjagaan kesihatan yang sebaiknya.  Di Mesir tidak melepaskan peluang bagi merebut peluang ini untuk mengembalikan semula suasana yang saban tahun dirindui. Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dari seluruh negeri dan Persatuan Sains Kesihatan Malaysia (PERUBATAN) telah mengadakan jemputan rumah terbuka pada Hari Raya Puasa dan Korban tempoh hari.  Terima kasih kepada seluruh BKAN juga PERUBATAN kerana menjemput wakil pimpinan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM)

[ KALAM PIMPINAN: MENGHAYATI KEHEBATAN RASULULLAH ]

Image
[ KALAM PIMPINAN: MENGHAYATI KEHEBATAN RASULULLAH ] بسم الله الرحمن الرحيم الحمدلله الذي أرسل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله ولو كره المشركون، أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن سيدنا محمد عبده ورسوله. Bersyukur kepada Allah SWT yang masih memberi nikmat Islam dan iman sebagai panduan kita dalam menempuh kehidupan di dunia. Selawat dan salam kepada kekasih-Nya Nabi Muhammad SAW kerananya Islam masih tersebar hingga ke hari ini. Firman Allah SWT: { وَمَاۤ أَرۡسَلۡنَـٰكَ إِلَّا رَحۡمَةࣰ لِّلۡعَـٰلَمِینَ } Maksudnya: "Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam." [ Surah al-Anbiya’: Ayat 107 ] Acap kali mendengar sirah Rasulullah SAW sepanjang hayatnya yang dikagumi kita sebagai umat Islam malah mereka yang bukan Islam. Sedikit gambaran kehebatan dan keistimewaan Rasulullah SAW telah diungkapkan dalam Ensiklopedia Oxford oleh John L Esposito iaitu: “Nabi Muhammad SAW adalah seoran

[ BERITA: TAZKIYAH '22 ]

Image
[ BERITA: TAZKIYAH '22 ] KAHERAH, 6-11 Julai 2022 - Alhamdulillah, telah selesai program TAZKIYAH '22, anjuran Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2021/2022 dengan kerjasama Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir selama 6 hari di Asrama Wilayah Persekutuan Baharu, Awal Sabie.  Antara objektif program TAZKIYAH '22: 1. Menyambut Hari Kebesaran Islam Aidiladha.  2. Menjadi medan kepada ahli untuk menambah thaqafah berkaitan Aidiladha.  3. Menanam sifat ubudiyah dalam diri ahli.  4. Mengukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan ahli.  Program dimulai dengan Gotong-royong Perdana, melibatkan seluruh penghuni asrama dan berpusat di Asrama Wilayah Persekutuan Baharu.  Seterusnya, telah berlangsunya Teori Sembelihan dan Melapah yang disampaikan oleh Ustaz Sayyidi Muizzuddin bin Mohamad Sabri, Penyelia Wisma Kelantan Shoubra.  Berkumandangnya azan Maghrib pada 8 Julai 2022, maka telah masuknya 10 Zulhijah 1443 Hijrah. Usai solat maghrib seca

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

Image
[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ] Firman Allah SWT: یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱدۡخُلُوا۟ فِی ٱلسِّلۡمِ كَاۤفَّةࣰ وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَ ٰ⁠تِ ٱلشَّیۡطَـٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوࣱّ مُّبِینࣱ ﴿ ٢٠٨ ﴾  Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.” [Surah al-Baqarah: Ayat 208 ] Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sentiasa menjadikan aspek pentarbiahan sebagai salah satu aspek terpenting dalam pembinaan insan sempurna. Usrah adalah salah satu tunjang pendidikan yang dapat membentuk fikrah dan mengukuhkan lagi ukhuwah.  Dengan berlalunya imtihan fasa 2 baru-baru ini, peringkat Jabatan Fasilitator (JATA) di bawah Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan BKAWM telah menetapkan tarikh bermulanya Discussion Group (DG) Manhaji adalah pada 15 Julai 2022. Semoga kita te

[ TINTA SISWA: RUSSIA VS UKRAINE ]

Image
[ TINTA SISWA: RUSSIA VS UKRAINE ]  Firman Allah SWT: { ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِی ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَیۡدِی ٱلنَّاسِ لِیُذِیقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِی عَمِلُوا۟ لَعَلَّهُمۡ یَرۡجِعُونَ } “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Surah ar-Rum: Ayat 41) Sebelum ini kita digemparkan dengan suatu pencerobohan yang dilakukan oleh tentera Russia terhadap penduduk Ukraine yang mana pencerobohan ini mengorbankan hampir 24 000 orang awam. Krisis ini berlaku rentetan daripada peristiwa perang Russia-Ukraine apabila Ukraine meminta untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (PPAU) atau lebih dikenali sebagai North Atlantic Treaty Organisation (NATO) pada sekitar tahun 2014. Hal ini menimbulkan keb

[ KALAM PIMPINAN: USWAH HASANAH ]

Image
 [ KALAM PIMPINAN: USWAH HASANAH ] الحمد للّه رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan inayah-Nya, Allah masih rezekikan kita nikmat hidup pada hari ini. Selawat dan salam ke atas junjungan baginda Nabi Muhammad SAW kerana dengan berkat perjuangan baginda, dapat lagi kita merasai dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan nikmat Islam. Alhamdulillah, pada kali ini Allah mengizinkan saya untuk berkongsi dengan para pembaca tentang satu tajuk yang seringkali kita dengar iaitu Uswah Hasanah. Allah berfirman dalam Surah al-Ahzab ayat 21: { لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِي رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٞ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأٓخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرٗا } Maksudnya: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut

[ KALAM PIMPINAN: MARDHATILLAH ]

Image
[ KALAM PIMPINAN: MARDHATILLAH ] بسم الله الرحمن الرحيم  السلام عليكم ورحمة الله وباركاته إن الحمدلله نحمده و نستعينه ونستغفيره, ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا, من يهده الله فلا مضل له, ومن يضلل فلا هادي له, وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له, وأشهد أن محمدا عبده ورسوله. Bersyukur ke hadrat ilahi di atas segala pemberian nikmat dari awal kelahiran kita di muka bumi ini sehingga ke harini. Nikmat paling utama perlu kita syukuri adalah nikmat iman dan Islam, tanpa kedua-dua nikmat ini, nescaya telah kita sirnakan cahaya hakiki kehidupan dari diri kita. Dalam meniti kehidupan pada marcapada, sering kita lupa untuk meraih satu pecahan dari dua nikmat utama yang disebutkan di bahagian pendahuluan, iaitu mardhatillah. Sebagai umat Islam dan juga orang yang beriman, meraih reda Allah adalah cita-cita yang tertinggi bagi sekalian umatnya. Usaha untuk mendapatkannya perlu dimanifestasikan dengan setiap cubaan, tutur kata perkataan, tingkah laku perbuatan dan sebagainya. Tamb

[ BERITA: SEINDAH LEBARAN ANAK WILAYAH PERSEKUTUAN 2022 (SALAM '22) ]

Image
[ BERITA: SEINDAH LEBARAN ANAK WILAYAH PERSEKUTUAN 2022 (SALAM '22) ]  KAHERAH, 7 Mei 2022 – Bersyukur ke hadrat Ilahi, program Seindah Lebaran Anak Wilayah Persekutuan 2022 (SALAM ‘22) telah selamat melabuhkan tirai pada 4 Mei 2022. SALAM ’22 adalah sebuah program yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2021/2022 bagi meraikan anak-anak Wilayah Persekutuan yang menyambut hari lebaran di bumi Mesir. Program ini telah berlangsung selama 4 hari berturut-turut bermula dari 1 Mei 2022 sehingga 4 Mei 2022.  Antara objektif yang diketengahkan oleh SALAM ‘22 pada kali ini ialah menghidupkan asrama Wilayah Persekutuan dengan suasana Aidilfitri di perantauan, mengeratkan hubungan silaturahim antara mahasiswa Malaysia di Mesir dan meningkatkan ilmu pengetahuan dalam diri anak Wilayah Persekutuan.  Program SALAM ‘22 telah dimulakan dengan Perutusan Khas Syawal yang telah disampaikan oleh Yang Dipertua BKAWM sesi 2021/2022, saudara Khairul I