Posts

Showing posts from January, 2021

[ KALAM PIMPINAN: NORMALISASI YANG MERUNCING UMAT KINI ]

Image
بسم اللّه الرحمن الرحيم الحمد للّه رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT di atas nikmat yang besar kepada kita iaitu nikmat iman dan nikmat Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sabda Nabi. تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ Maksudnya: Aku telah tinggalkan buat kalian dua perkara yang kalian tidak akan sesat selama-lamanya selagi mana kalian berpegang pada keduanya iaitu kitab Allah dan sunnah nabi-Nya. Riwayat Al-Imam Malik di dalam al-Muwatto’. Nabi Muhammad SAW telah meninggalkan 2 perkara kepada kita iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Maka wajib kepada kita selaku umatnya untuk beriman dan beramal pada kedua-dua perkara ini supaya hidup kita sentiasa diberkati dan diredai Allah. Ulama-ulama kita juga telah mengajar dan berpesan kepada kita supaya tidak melakukan perkara atau perbuatan yang tidak m

[ KALAM PIMPINAN: KEPENTINGAN BERJEMAAH ]

Image
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam, atas nikmat yang tidak terhitung yang diberikan dan terus-menerus mengalir dalam setiap langkah kehidupan kita. Seterusnya selawat dan salam keatas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW, kerana dengan berbanyak berselawat inilah menjadi tanda kita kasih dan sayang kepada Baginda Nabi Muhammad SAW Sungguh tiada yang layak kita sayangi melebihi kasih sayang kepada Allah dan Rasul-Nya.  Rasulullah Shallalahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,  “Berdua lebih baik daripada sendiri, bertiga lebih baik daripada berdua, berempat lebih baik daripada bertiga, maka hendaklah kalian tetap bersama berjemaah, kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengumpulkan umatku kecuali atas sebuah petunjuk (hidayah).” (HR. Ahmad) Berdasarkan hadis tersebut, dapat kita fahami bahawa Islam mengajarkan kepada umatnya satu konsep secara berjemaah dalam melakukan sesuatu perkara atau kerja. Hal ini memudahka

[ KENYATAAN RASMI SETIAUSAHA AGUNG BKAWM: PELANTIKAN AJKT KEKAL BKAWM SESI 2020/2021 ]

Image
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam kerana dengan rahmat serta petunjuk-Nya, dihidupkan kita pada hari ini dengan pelbagai nikmat untuk kita syukuri. Selawat dan salam kepada junjungan besar, Nabi Muhammad SAW. Berkat perjuangan baginda, kita masih bernafas dengan kalimah syahadah. Sesi 2019/2020 kian melabuh, seiring kemunculan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) BKAWM. Maka sudah tiba saat kita melihat wajah-wajah baharu pimpinan BKAWM yang akan datang. Maka, berdasarkan perlembagaan BKAWM Fasal 16 (2): "........ dua AJK Tadbir siswa dan dua AJK Tadbir siswi akan dipilih di dalam Mesyuarat AJK Tadbir untuk dikekalkan apabila berlakunya pembubaran AJK Tadbir di Mesyuarat Agung Tahunan." Oleh itu, sukacita diumumkan bahawa 2 orang AJK Tadbir kekal siswa dan 2 orang AJK Tadbir kekal siswi Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2020/2021 yang telah dipersetujui  adalah seperti berikut:

[ KALAM PIMPINAN: MENANGKIS RUWAIBIDHAH DALAM DIRI ]

Image
بسم الله الرحمن الرحيم  السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين  Firman Allah SWT:- يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُواْ دِينَكُمۡ هُزُوٗا وَلَعِبٗا مِّنَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ مِن قَبۡلِكُمۡ وَٱلۡكُفَّارَ أَوۡلِيَآءَۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِين Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan dari orang-orang yang telah diberikan kitab sebelum kamu. Dan orang-orang kafir musyrik itu menjadi penolong-penolong dan bertakwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman. (Surah al-Ma'idah: 57)  Dunia kini telah menjadi pentas yang semakin bebas kepada umat manusia untuk mereka sampaikan apa sahaja yang ingin disampaikan.  Ada yang ingin berkongsi ilmu pengetahuan. Ada yang ingin luahkan perasaan. Ada pula yang ingin berikan pendapat tentang sesuatu isu.

[ BERITA: JAWATANKUASA ROMBAKAN ASRAMA 2020 (JRA '20) ]

Image
KAHERAH 31 Disember 2020, 1 Januari 2021- Jawatankuasa Rombakan Asrama 2020 (JRA ’20)  telah berjaya dilaksanakan di Asrama Wilayah Persekutuan melalui kerjasama Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) dan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM). Antara objektif JRA ’20 ialah membantu dalam urusan proses rombakan penghuni Asrama Wilayah Persekutuan, memberikan kediaman yang kondusif dan selesa kepada penghuni asrama dan merapatkan ukhuwah sesama penghuni Asrama Wilayah Persekutuan. Proses rombakan asrama dimulakan pada 29 Disember 2020 dengan taklimat rombakan dan perpindahan yang diberikan oleh Pengarah JRA ’20, saudara Khairul Ieman bin Azmi kepada wakil setiap rumah. Pada 31 Disember 2020, jam 3.30 petang telah berlangsung secara serentak proses pemusatan barang ke kafe kedua-dua asrama. Pada 1 Januari, jam 1.30 petang bermulalah perpindahan yang melibatkan kedua-dua asrama dengan menggunakan 2 buah lori bersaiz sederhana

[ KENYATAAN RASMI: TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM ]

Image
2 Januari 2021: TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM Pendidikan merupakan aspek penting yang dititikberatkan oleh BKAWM terhadap ahlinya sejajar dengan misi BKAWM yang kedua iaitu “Meningkatkan penguasaan thaqafah dan pencapaian akademik”. Hal ini sekaligus menunjukkan keprihatinan BKAWM dalam melahirkan mahasiswa Islam yang terkehadapan dalam bidang akademik dan thaqafah. Peperiksaan semester pertama khususnya di Universiti al-Azhar sesi 2020/2021 akan bermula pada bulan Januari 2021. Sehubungan dengan itu, peringkat Lajnah Perancang Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2019/2020 telah menetapkan bahawasanya tarikh penangguhan program adalah pada 2 Januari 2021. Oleh itu, segala aktiviti dan program yang melibatkan semua ahli ditangguhkan sementara waktu. Hanya aktiviti yang berbentuk akademik, thaqafah dan kerohanian serta yang berkaitan dengan pendidikan sahaja yang diadakan bagi membantu kecemerlangan seluruh mahasiswa dan mahasiswi Islam di bumi Mesi