Posts

Showing posts from November, 2021

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

Image
[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]  KAHERAH, 22 NOVEMBER 2021 - Telah berlangsung Majlis Timbal Terima Rasmi Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir bagi sesi 2021/2022 bertempat di Perpustakaan Darul Madani, Asrama Wilayah Persekutuan Lama. Majlis Timbal Terima ini dipengerusikan oleh saudara Khairul Ieman bin Azmi selaku Yang Dipertua BKAWM sesi 2021/2022. Timbal terima rasmi ini dimulakan dengan Lajnah Kemasyarakatan, Sukan dan Rehlah (LKSR) diikuti dengan Lajnah Penerangan dan Penerbitan (LPP). Seterusnya Lajnah Pendidikan dan Pengetahuan (LPEP). Kemudian, Lajnah Kebajikan dan Perumahan (LKP), Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan (LDPI). Seterusnya, Jabatan Bendahari Agung (JBA), Jabatan Setiausaha Agung (JASA) merangkap Unit Pendaftaran dan Sambutan (UPS), diikuti dengan Timbalan Yang Dipertua (TYDP) merangkap Lajnah Perancang (LP). Selepas itu, Naib Pengerusi Hal Ehwal Wanita Islam (NPH). Se

[ BERITA: APRESIASI '21 ]

Image
[ BERITA: APRESIASI '21 ] KAHERAH, 21 Oktober 2021: Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpahan kurnia-Nya program Hari Anugerah Wilayah Persekutuan 2021 (APRESIASI '21) telah selamat melabuhkan tirai pada 1 Novembar 2021. APRESIASI '21 adalah sebuah program yang telah dianjurkan oleh Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) khusus bagi meraikan dan memberi anugerah kepada anak Wilayah Persekutuan yang telah berjaya menamatkan pengajian di Universiti al-Azhar serta anak-anak Wilayah Persekutuan yang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan sesi 2020/2021. Antara objektif pada kali ini ialah:   1. Memberi penghargaan kepada mahasiswa/mahasiswi Wilayah Persekutuan yang berjaya. 2. Menaikkan semangat mahasiswa untuk lebih cemerlang dalam akademik dan persatuan. 3. Memupuk kerjasama untuk membentuk mahasiswa yang proaktif. Buat pengetahuan semua, buat julung kalinya program Hari Anugerah Wilayah Persekutuan 2021 (APRESIASI ’21) di bawah anjuran

[ KALAM PIMPINAN: الاستمرار على العمل ]

Image
الحمد للّه رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan inayah-Nya, Allah masih rezekikan kita nikmat hidup pada hari ini. Selawat dan salam ke atas junjungan Baginda Nabi Muhammad SAW kerana dengan berkat perjuangan baginda, dapat lagi kita merasai dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan nikmat Islam.  Alhamdulillah, pada kali ini Allah mengizinkan saya untuk berkongsi sedikit dengan para pembaca semua tentang satu tajuk yang seringkali kita dengar iaitu الاستمرار على العمل.  Kata orang, melakukan amal tidak menunggu kita pandai baru nak beramal. Beramal juga tidak menanti kita memiliki sesuatu yang banyak seperti bersedekah apabila dah kaya. Beramallah di setiap kesempatan yang ada. Rasulullah SAW berpesan; عن عائشة قالت قال رسول الله صلى الله عليه وسلم أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ Daripada Aisyah r.a. dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Amalan yan

[ KALAM MANTAN NAIB PENGERUSI HEWI 1 BKAWM SESI 2014/2015 ]

Image
 (ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَتَطۡمَىِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِۗ أَلَا بِذِكۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَىِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ) "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” [Surah ar-Ra'd: ayat 28] Carilah ketenangan dengan Allah. Orang tenang selalunya menang. Doa dapat keberkatan waktu dan ketenangan jiwa setiap saat. Solat tepat pada waktu jadikan KPI kita setiap hari. Allah SWT tidak pernah menjanjikan bahawa langit itu selalu biru, bunga selalu mekar dan mentari selalu bersinar. Tapi ketahuilah bahawa Allah SWT selalu memberi pelangi di setiap badai, senyum di setiap air mata, rahmat dan berkat di setiap cubaan dan jawapan di setiap doa. Jangan pernah menyerah, teruslah istiqamah beribadah kerana hidup ini terlalu indah. Bantulah BKAWM semampu kita agar kesatuan ini terus tetap dan utuh di bumi Mesir ini. Hidup bukanlah suatu tujuan melainkan sebuah persinggahan sementara. Lupakan

[ KALAM MANTAN YANG DIPERTUA BKAWM SESI 2013/2014 ]

Image
[ KALAM MANTAN YANG DIPERTUA BKAWM SESI 2013/2014 ]  ‎بسم الله الرحمن الرحيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahli di atas kurniaan usia diri dan persatuan hingga kini. Selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad SAW serta buat ahli bait dan para sahabat yang mana dengan segala keringat perjuangan yang dicurahkan mereka, kita pada hari ini dapat kecapi nikmat Iman dan nikmat Islam. Mesyuarat Agung  merupakan salah satu daripada tujuh wasilah pentarbiahan yang digariskan oleh al-Imam as-Syahid Hassan Al-Banna. Di sini kita akan bersama-sama mencambah minda, bergeser buah fikiran dan pandangan demi kemaslahatan pergerakan bersama. Di sini organisasi difikirkan dengan penambahbaikan, kepimpinan yang sudah diamanahkan oleh ahli-ahli dalam mesyuarat agung yang lalu diberikan muhasabah (check and balance/semakan imbas) bagi gerak kerja-gerak kerja yang telah dilaksanakan dalam satu sesi pentadbiran yang diteta

[ KALAM MANTAN NAIB PENGERUSI HEWI BKAWM SESI 2015/2016 ]

Image
 Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan di peringkat Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) bagi sesi ini kian menghampiri. Agenda tahunan ini merupakan urusan penting bagi BKAWM sebagai gerakan mahasiswa Islam. Inilah medannya untuk BKAWM dibuat semakan semula terhadap gerak kerjanya, hala tujunya dalam menunaikan tujuan-tujuannya seperti yang termaktub di dalam perlembagaan BKAWM. Membuat sebuah kesepakatan dan kesepaduan suara ahli-ahli untuk memandu pergerakan BKAWM melestarikan dakwah dan kebajikannya. Dengan ini akan menimbulkan semangat sepunya dalam kalangan ahli dalam menentukan langkah pergerakannya bersama BKAWM. MAT BKAWM juga bakal menyaksikan sesi kepimpinan yang lalu melabuhkan tirainya dan sesi kepimpinan baharu yang akan meneruskan kesinambungan gerak kerja menjayakan matlamat dan tujuannya. Yang sudah berlalu, jadikan pedoman dan pengajaran, jangan terus dilupa apa yang dah berlaku supaya tidak berulang situasi yang pernah dihadapi

[ KALAM PIMPINAN: RAHSIA DI SEBALIK KEJAYAAN SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH ]

Image
[ KALAM PIMPINAN: RAHSIA DI SEBALIK KEJAYAAN SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH ] بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين Firman Allah SWT: إِنَّا فَتَحۡنَا لَكَ فَتۡحࣰا مُّبِینࣰا۝  Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata.” [Surah al-Fath: Ayat 1] Sabda Rasulullah SAW: لَتُفْتَحَنَّ الْقُسْطَنْطِينِيَّةُ، فَلَنِعْمَ الأَمِيرُ أَمِيرُهَا، وَلَنِعْمَ الْجَيْشُ ذَلِكَ الْجَيْشُ Maksudnya: “Sesungguhnya Kostantinopel akan dibuka oleh seorang sultan yang sebaik-baik sultan dan tenteranya sebaik-baik tentera ketika itu.” (HR Ahmad) Hadis ini telah mendorong umat Islam khususnya para sahabat ketika itu berusaha bagi merealisasikan sabda Rasulullah itu. Adalah hal yang sangat wajar sebagai umat Islam menyambut khabar berita gembira dari Rasulullah bahkan berusaha membuka kota Konstantinopel dan berlumba bersangka merekalah yang dimaksudkan dalam

[ KALAM MANTAN YANG DIPERTUA BKAKLM SESI 1998/1999 ]

Image
 [ KALAM MANTAN YANG DIPERTUA BKAKLM SESI 1998/1999 ]  ‎بسم الله الرحمن الرحيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kepimpinan adalah suatu seni.  Kepimpinan adalah suatu ilmu bukan sekadar ditulis di buku, dibaca teori namun memerlukan masa, metode, periodisasi untuk mengamalkannya, mengerjakannya dan mengaplikasikannya. Maka kewujudan dahulunya Badan Kebajikan Anak Kuala Lumpur Mesir peringkat awal sampailah sekarang Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan (BKAWM) wajar diambil peluang oleh seluruh peringkat keahlian, daripada peringkat bawah sampailah kepada peringkat yang tertinggi, kepimpinan dan jawatankuasa tertinggi. Kita saling tolong menolong, bantu membantu bagi mencapai setiap tujuan dan ghorod, hadaf yang diletakkan oleh pihak kepimpinan. Nanti telah antum akan pulang, antum akan duduk dalam masyarakat taman dan seumpamanya, maka ini diperlukan untuk (kemahiran ini) bersama-sama dengan masyarakat yang hadirnya mereka daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Ada ya

[ KALAM PIMPINAN: ILMU DAN TULISAN ]

Image
  [ KALAM PIMPINAN: ILMU DAN TULISAN ] ‎بسم الله الرحمن الرحيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ‎إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره, ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا, من يهده الله فلا مضل له, ومن يضلل فلا هادي له, وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له, وأشهد أن محمدا عبده ورسوله. Segala puji bagi Allah SWT, yang telah memberikan manusia petunjuk dan yang telah mengajari manusia ketika manusia keluar dari perut ibu mereka dalam keadaan tidak tahu apa-apa juga nikmat yang tak terhingga. Di antara nikmat yang perlu kita syukuri pada masa kini adalah nikmat kebijaksanaan akal yang dikurniakan oleh Allah SWT. Imam Syafie pernah berkata: الْعِلْمُ صَيْدٌ وَالْكِتَابَةُ قَيْدُهُ  قَيِّدْ صُيُوْدَكَ بِالْحِبَالِ الْوَاثِقَهْ Maksudnya: "Ilmu adalah buruan dan tulisan adalah ikatannya. Ikatlah buruanmu dengan tali yang kuat." Mencatat segala ilmu yang didengari mahupun dipelajari amat penting dan di antara sunnah lain yang ditekankan oleh Rasulullah SAW. Firman Allah

[ KALAM MANTAN NAIB PENGERUSI HEWI BKAWM SESI 2010/2011 ]

Image
[ KALAM MANTAN NAIB PENGERUSI HEWI BKAWM SESI 2010/2011 ]  السلام عليكم ورحمة الله وبركاته   Alhamdulillah…marilah sama-sama kita mengatur syukur kepada Allah SWT atas inayah dan iradat-Nya, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita Muhammad SAW, dapatlah kita mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan BKAWM kali ke-23 secara bersemuka di Dewan Asrama ARWP ini, terima kasih atas peluang yang diberikan oleh jawatankuasa panitia MAT, semoga kita semua sentiasa berusaha untuk menjadi hamba Allah yang bertakwa.   Sidang muktamar yang dirahmati,   Ruang muhasabah yang kita buka pada hari ini, diharapkan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya dan kita tidak boleh hanya bijak melontarkan idea tetapi mestilah rajin, tekun dan istiqamah dalam melaksanakan gerak kerja. Saya juga mengajak semua para perwakilan dan pemerhati supaya memanfaatkan mesyuarat ini sebagai wadah untuk kita berbahas mencari idea bernas sambil bermuhasabah untuk melihat kekuatan dan kelemahan yang perlu dibaiki agar kesatuan k

[ KALAM MANTAN YANG DIPERTUA BKAWM SESI 2008/2009 ]

Image
 [ KALAM MANTAN YANG DIPERTUA BKAWM SESI 2008/2009 ]  ‎بسم الله الرحمن الرحيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda dan para sahabat r.a..   Pertamanya, saya mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan Jawatankuasa Tertinggi Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM).   Keduanya, kepada seluruh mahasiswa/wi Wilayah Persekutuan yang berada di Mesir diharap dapat menjadikan Mesyuarat Agung Tahunan ini sebagai perhimpunan kekeluargaan yang berlaku setiap tahun. Sebagai ahli, kita adalah cerminan kepada sahabat yang lain. Kehebatan kita menampung kelemahan sahabat yang lain, begitu juga kelemahan kita ditampung oleh kehebatan sahabat kita. Masing-masing punya kelebihan dan kekurangan.   Ketiganya, sebagai satu-satunya persatuan yang menaungi anak Wilayah Persekutuan yang berada di Mesir, maka kepentingan memenuhi segala tuntutan adalah menjadi tanggungjawa