Posts

Showing posts from February, 2023

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

Image
 [KENYATAAN RASMI: PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ] Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sentiasa menjadikan aspek pentarbiahan sebagai salah satu aspek terpenting dalam pembinaan insan sempurna. Usrah adalah salah satu tunjang pendidikan yang dapat membentuk fikrah dan mengukuhkan lagi ukhuwah.  Dengan berlalunya imtihan fasa 1 baru-baru ini, peringkat Jabatan Fasilitator (JATA) di bawah Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan BKAWM telah menetapkan tarikh bermulanya Discussion Group (DG) Manhaji adalah pada 10 Februari 2023. Semoga kita termasuk dalam golongan orang-orang yang beriman kerana sentiasa menjalinkan hubungan silaturahim. Dan semoga juga, Allah mengurniakan keputusan yang baik untuk peperiksaan yang lalu. Amirul Amri bin Asat, Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir, BKAWM sesi 2022/2023. “Kefahaman Diungguli, Kesatuan Diteguhi” “BKAWM Keluarga Kita" "Bersama Bersatu"