Posts

Showing posts from June, 2014

Kalam Pimpinan: Kebajikan Ahli Tanggungjawab Bersama

Image
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang           Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam yang telah menjadikan manusia sebagai sebaik-baik kejadian dengan mengurniakan akal fikiran yang berharga, Tuhan yang telah menjadikan Rasulullah SAW sebaik-baik manusia yang dihiasi dengan akhlak yang sangat mulia, Tuhan yang telah menciptakan seluruh mahkluk ini. Segalanya di langit dan di bumi berada di bawah kekuasaan-NYA. Syukur kepada Allah SWT atas segala nikmat yang tidak terhingga. Dalam Al-Quran, surah Al-Ahzab ayat 56, Allah SAW menyatakan yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-NYA berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu untuk untuk nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya.”             Maka selawat dan salam buat Baginda SAW penghulu segala para nabi. Baginda sebagai qudwah ikutan seluruh manusia hingga akhir zaman.           Firman Allah SWT juga di dalam Surah Ali Imran ayat 92, ma

Kepulangan Mutiara BKAWM Dirasai

Image
KAHERAH, 24 JUN 2014- Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) menyaksikan kepulangan seorang lagi permata yang telah banyak menyumbang bakti buat persatuan ini pada hari Ahad yang lalu. Beliau adalah saudari Nurhaziratul Naim binti Sidek yang merupakan mahasiswi tahun akhir Jurusan Usuluddin Bahagian Hadis Universiti al-Azhar cawangan Kaherah.           Saudari Nurhaziratul Naim pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Unit Penerangan dan Penerbitan BKAWM 2008/2009, Timbalan Unit Ekonomi BKAWM 2009/2010, Naib Pengerusi HEWI 2 merangkap Timbalan Lajnah Kebajikan 2010/2011, Penasihat BKAWM 2011/2012, Naib Pengerusi HEWI BKAWM 2012/2013, dan Penasihat BKAWM 2013/2014. Beliau juga giat melibatkan diri dalam menyumbang kepada PMRAM di peringkat pusat.           Sebuah majlis perpisahan telah dianjurkan oleh Lajnah Kebajikan BKAWM bagi meraikan kepulangan beliau pada hari sebelumnya. Majlis ringkas tersebut telah dijalankan di Dewan Sri Putra, Asrama Rumah Wilayah Pe

Kalam Pimpinan: Berjaya Bersama

Image
          Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji-pujian hanyalah untuk Allah SWT atas nikmat iman dan Islam serta segala nikmat yang dikurniakan. Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah SAW dan ahli keluarga baginda serta sahabat-sahabat baginda SAW. Firman Allah SWT: وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ إِلَّا رِجَالًا نُوحِي إِلَيْهِمْ ۚفَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (Wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, Yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang Yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui. (Surah al-Nahl:43)           Kejayaan adalah suatu impian yang diimpikan oleh semua manusia dalam kehidupan ini. Namun, untuk mencapai kejayaan tersebut perlulah melalui liku-liku perjalanan yang panjang terutama sekali dari sudut menambahkan ilmu pengetahuan serta meningkatkan kecemerlangan akademik dalam ka

Kalam Pimpinan: Jayakan Ekonomi BKAWM

Image
          Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT yang telah menciptakan langit dan bumi yang padanya terdapat kebesaranNya. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda, para sahabat, para tabiin serta kaum muslimin seluruhnya. “Kemudian setelah itu akan datang tujuh (tahun) yang sangat sulit, yang akan menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapi tahun sulit, kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan. Setelah itu akan datang tahun, di mana manusia diberi hujan (dengan cukup) dan pada masa itu mereka memeras (anggur) .”           Dalam ayat 48 dan 49 Surah Yusuf ini Allah azzawajalla telah menceritakan tentang putaran ekonomi dalam sesebuah negara. Kadang-kadang Allah S.A.W kurniakan kepada sesuatu negara itu ekonomi yang stabil melalui pelbagai sumber pendapatan dan kadang-kadang sebaliknya. Tatkala sesebuah kerajaan itu mempunyai sumber yang berkualiti maka ianya akan menatijahkan kestabilan ekonomi