Posts

Showing posts from January, 2015

MUSIM CUTI MUSIM UJIAN YANG SEBENAR

Image
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Segala puji bagi Allah, serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW yang dengan perit jerih perjuangan baginda menyampaikan risalah yang hakiki dapat kita merasai dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat i man dan Islam.

PELANCARAN TABUNG KEBAJIKAN

Image
KAHERAH , 16 Disember 2014 – Unit Tabung Kebajikan di bawah Lajnah Kebajikan BKAWM sesi 2014/2015 telah membuat pelancaran bagi kutipan Tabung Kebajikan pada sesi ini. Pelancaran tabung kebajikan ini dibuat semasa berlangsungnya P rogram R amah M esra bersama D elegasi MAIWP yang datang meziarahi anak-anak W ilayah Persekutuan baru-baru ini. Gimik pelancaran telah disempurnakan oleh Datuk Haji Zainal Abidin b in Jaafar selaku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP di Dewan Sri Putra, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan ( ARWP ) .

KESELAMATAN MENJADI TUNTUTAN DALAM ISLAM

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. إِنَّمَا جَزَاءُ الَّذِينَ يُحَارِبُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا أَنْ يُقَتَّلُوا أَوْ يُصَلَّبُوا أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُمْ مِنْ خِلَافٍ أَوْ يُنْفَوْا مِنَ الْأَرْضِ ۚ ذَٰلِكَ لَهُمْ خِزْيٌ فِي الدُّنْيَا ۖ وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ Sesungguhnya balasan bagi orang yang memerangi Allah dan Rasulnya serta melakukan kerosakan di muka bumi. Mereka akan dibunuh dan disalib atau dipotong tangan dan kaki bertimbal balik atau dibuang negeri itu adalah penghinaan bagi mereka di dunia dan akhirat nanti merka akan beroleh siksaan yang amat besar. (Surah al-Maidah ayat 33) Keselamatan adalah merupakan perkara yang menjadi keperluan asas bagi setiap insan untuk hidup bahagia di dunia ini. Islam merupakan suatu agama yang memandang berat terhadap aspek keselamatan umatnya dan alam seluruhnya. Ini sesuai dengan pengertian yang terangkum di dalam istilah الإسلام itu

DISCUSSION GROUP (DG) AMALI GABUNGAN SISWA SEBELUM PEPERIKSAAN

Image
KAHERAH, 28 Disember 2014 - Seperti sedia maklum, sekarang merupakan tempoh dihentikan semua aktiviti selain daripada aktiviti berbentuk pendidikan dan akademik untuk waktu sementara bagi memberi laluan kepada ahli-ahli BKAWM mengadakan persediaan bagi menghadapi musim peperiksaan fasa pertama bagi sesi ini. Begitu juga dengan Discussion Group (DG) secara bersilibus. Namun begitu, DG Amali masih berjalan seperti biasa bagi memastikan hubungan ukhuwah Islamiah sesama ahli BKAWM terus terjalin meskipun ketika musim peperiksaan.           Justeru, Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan BKAWM sesi 2014/2015 dengan kerjasama Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan BKAWM sesi 2014/2015 telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan DG Amali Gabungan di peringkat siswa pada hari Jumaat yang lalu dengan mengadakan sukan futsal.

MENGHAYATI SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah yang masih meminjamkan kepada kita segala nikmatNya untuk terus menghela nafas di sepanjang perjalanan kehidupan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat baginda. Rabiul Awal begitu sinonim dengan bulan keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Kini, kita sudah pun menjejakkan kaki ke bulan yang penuh barakah iaitu bulan Rabiul Awal yang merupakan bulan kelahiran kekasih kita yang tercinta Nabi Muhammad SAW. Meskipun tidak pernah mengenali mahupun melihat susuk tubuh baginda, namun cinta baginda telah pun mengalir dalam diri setiap umatnya sejak 1400 tahun dahulu sehingga membuatkan kekasih Allah ini  terlalu istimewa untuk umatnya.