Posts

Showing posts from June, 2021

[ KALAM PIMPINAN: LIRIH KEIKHLASAN ]

Image
[ KALAM PIMPINAN: LIRIH KEIKHLASAN ]  السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين  Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpahan kurnia dan inayah-Nya, kita masih diberi peluang untuk hidup bagi meneruskan segala perintah daripada Allah serta meninggalkan segala larangan-Nya.  Bersyukur juga atas segala nikmat yang Allah berikan di mana nikmat itu tidak pun kita minta, namun Allah tetap berikan buat hamba-Nya atas rahmatnya Allah SWT.  Firman Allah SWT:  وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ  Maksudnya: "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku." [Surah az-Zariyat: Ayat 56]  Ayat di atas mengingatkan kepada kita bahawa tujuan Allah menciptakan manusia dan jin di muka bumi ini iaitu mengabdikan diri kepada-Nya.  Telah digariskan dalam syariat Islam yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada nabi kita, Nabi Muha

[ BERITA: RAIKAN SYAWAL WILAYAH PERSEKUTUAN 2021 (RAYA '21) ]

Image
[ BERITA: RAIKAN SYAWAL WILAYAH PERSEKUTUAN 2021 (RAYA '21) ] KAHERAH, 12 Mei 2021 – Bersyukur ke hadrat Ilahi, program Raikan Syawal Wilayah Persekutuan 2021 (RAYA ‘21) telah selamat melabuhkan tirai pada 15 Mei 2020. RAYA ’21 adalah sebuah program yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) bagi meraikan anak-anak Wilayah Persekutuan yang menyambut hari lebaran di bumi Mesir. Program ini telah berlangsung selama 3 hari berturut-turut bermula dari 13 Mei 2021 sehingga 15 Mei 2021. Antara objektif yang diketengahkan oleh RAYA ‘21 pada kali ini ialah menyambut serta menghidupkan suasana Aidilfitri, mengeratkan ukhuwah antara anak-anak Wilayah Persekutuan dan memperkukuh thaqafah islamiah anak-anak Wilayah Persekutuan. Program RAYA ‘21 telah dimulakan dengan Perutusan Khas Syawal yang telah disampaikan oleh Yang Dipertua BKAWM sesi 2021, Saudara Wan Muhammad Asif Hidayat bin Sharudin. Aktiviti diteruskan dengan video ucapan pera

[ BERITA: IHYA' TARBAWI RAMADAN 2021 (IHTIRAM '21) ]

Image
[ BERITA: IHYA' TARBAWI RAMADAN 2021 (IHTIRAM '21) ] KAHERAH, 9 April 2021 – Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana di atas kurniaan-Nya dapat kita sampai ke bulan Ramadan al -Mubarak ini. Sehubungan itu, program Ihya’ Tarbawi Ramadan 2021 (IHTIRAM ‘21) telah dianjurkan bagi menggalakkan ahli untuk beribadat kepada Allah. IHTIRAM ’21 adalah sebuah program yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) bagi memeriahkan suasana anak-anak Wilayah Persekutuan yang menyambut Ramadan di bumi Mesir. Program ini telah berlangsung sepanjang bulan Ramadan, bermula daripada 13 April 2021 sehingga 12 Mei 2021. Sambutan IHTIRAM ‘21 pada kali ini sangat berbeza dengan sambutan IHTIRAM pada sesi sebelum ini. Hal ini kerana wujudnya penyakit yang menular di seluruh dunia iaitu pandemik COVID-19 yang boleh menjangkiti semua orang. Seluruh pelajar disarankan untuk duduk di rumah dan keluar mengikut keperluan sahaja. Oleh sebab itu, pihak program telah memutuska