Posts

Showing posts from March, 2013

Kalam Pimpinan: AMANAH BERSAMA

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala puji ke atas zat Yang Maha Kuasa lagi Maha Pengasih yang di atas limpahan kurnia-Nya, hamba-hamba-Nya masih lagi dapat meneruskan hayat di alam yang fana ini. Setinggi-tinggi kesyukuran dipersembahkan ke hadrat Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam yang tiada Tuhan yang berhak untuk disembah melainkan-Nya.                 Selawat dan salam ke atas junjungan besar, baginda Nabi Muhammad bin Abdullah SAW, Rasul utusan Allah S.W.T ke dunia bagi meratakan rahmat-Nya ke seluruh alam. Tidak dilupakan ahli bait serta para sahabat baginda. Definisi  yuran ialah wang yang dibayar pada waktu yang tertentu kepada sesebuah persatuan. Membayar yuran tahunan adalah sebahagian daripada tanggungjawab tahunan ahli Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM). Yuran yang dibayar oleh ahli adalah salah satu sumber kewangan dan digunakan untuk pengurusan pentadbiran, ak

RISALAH:SYEIKH AHMED YASSIN SYAHID DALAM SERANGAN HELIKOPTER ISRAEL لعنة الله عليه

SYEIKH AHMED YASSIN SYAHID DALAM SERANGAN HELIKOPTER ISRAEL  لعنة الله عليه                    Semasa kejadian, Syeikh Ahmed Yassin, ketua dan pengasas Hamas berada di masjid Akademi Islam yang dibinanya di Gaza, selepas solat Subuh (22 Mac 2004) tiba-tiba Israel menyerangnya dengan 3 peluru berpandu, salah satunya jatuh tepat ke atas beliau (As-Syaheed) sehingga beliau menemui syahadah bersama ramai lagi yang lain termasuk dua orang pembantu beliau yang menolak kerusi rodanya. Serpihan badan dan darah berhamburan di segenap penjuru kawasan. Di tengah jalan antara rumah Syeikh Ahmed Yassin dan masjid Akademi Islam kira-kira beberapa ratus meter jaraknya, darah kelihatan di merata tempat dan cebisan-cebisan daging manusia melitupi dinding sebuah rumah dua tingkat di timur jalan. Pihak ambulans dan penduduk tempatan sama-sama mengutip dan mengumpulkan cebisan anggota tubuh manusia di jalanan dan bumbung beberapa buah rumah berhampiran. Kerusi roda yang dinaiki beli

BKAWM Cakna Kebajikan Ahli di Cawangan

Image
Dumyat, 16 Mac - Unit Kebajikan, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah mengunjungi seorang ahli BKAWM di Dumyat iaitu Saudara Saufi bin Basarah yang telah mengalami kecelakaan. Saudara Saufi yang juga merupakan Perwakilan Mahasiswa (PERMAS) cawangan Dumyat telah mengalami patah ibu jari kaki semasa mewakili Wilayah Persekutuan dalam Dumyat Challenge League, anjuran Dewan Perwakilan Mahasiswa Dumyat baru-baru ini.  Rombongan Unit Kebajikan ini diwakili oleh dua orang Ahli Jawatankuasa Tadbir BKAWM iaitu Saudara Muhammad Ilman bin Abdul Razak dan Saudara Ahmad Faris bin Mazlan serta Saudara Muhammad Ali Hafiz bin Mohd Nazri sebagai Ketua Unit Kebajikan. Rombongan ini telah menyerahkan sejumlah wang sumbangan bagi meringankan bebanan Saudara Saufi. Semoga beliau dikurniakan kesembuhan dan semakin bersemangat dalam menjalankan gerak kerja Islam. “BKAWM Keluarga Kita” “KEUNGGULAN SAHSIAH WASILAH KEILMUAN”

TERMA DAN SYARAT-SYARAT FIST CONTEST

TERMA DAN SYARAT- SYARAT FIST CONTEST TEMA : “PALESTIN FOR ALL” PERTANDINGAN PUISI 1. Terbuka kepada semua ahli BKAWM. 2. Penyertaan mestilah mengikut tema yang ditetapkan. 3. Puisi yang dipertandingkan haruslah hasil karya dan ciptaan sendiri sahaja, yang belum pernah dibukukan atau diterbitkan oleh mana - mana penerbit. 4. Penggunaan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab sahaja dibenarkan. ( Bagi penyertaan dalam Bahasa Arab, satu salinan terjemahan diperlukan) PERTANDINGAN REKAAN POSTER / WALLPAPER 1. Pertandingan dibuka untuk semua ahli BKAWM. 2. Penyertaan mestilah mengikut tema yang ditetapkan. 3. Saiz poster terpulang kepada peserta. 4. Peserta bebas memilih elemen dan effek serta font yang bersesuaian dengan elemen yang dipersembahkan namun haruslah mampu dibaca dengan jelas. 5. Peserta dilarang sama sekali meniru hasil karya pihak lain. "BKAWM Keluarga Kita" "KEUNGGULAN SAHSIAH WASILAH KEILMUAN"

JALAN '13-Meribat Ukhuwah Pimpinan dan Ahli

Image
Kaherah, 11 Mac 2013 - Jaulah AJKT dan AJK HEWI (JALAN '13) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah dijalankan pada 7 dan 9 Mac lalu. Jaulah ini diadakan bertujuan mengeratkan hubungan dan membina kemesraan antara barisan kepimpinan BKAWM dengan ahli-ahli di cawangan. Selain itu, JALAN '13 juga mempunyai objektif bagi memperkasa peranan Perwakilan Mahasiswa (PERMAS). Rombongan JALAN '13 telah mengunjungi ahli di Tanta pada 7 Mac 2013. Majlis ramah mesra dijalankan pada jam 4.00 petang di Dewan Pelajar Tanta. Dalam majlis tersebut, barisan AJKT dan AJK HEWI telah memperkenalkan diri serta portfolio masing-masing. Seterusnya, Saudara Muhammad Syazwan Syamil bin Muhammad Razman selaku pengerusi majlis telah membuka sesi soal dan jawab. Penerangan program mega terdekat iaitu Festival Mesra Wilayah 2013 (FAMILY '13) oleh pengarah program, Saudara Ahmad Bushra bin Mohd Salleh turut dijalankan. Barisan kepimpinan BKAWM meneruskan perjalanan ke bumi Is

Rehlah Tarbawi Capai Objektif

Image
DUMYAT, 6 Mac – Rehlah Tarbawi Dumyat di bawah kelolaan Unit Perumahan dan Rehlah telah berjaya dianjurkan pada 16 Februari bagi siswa dan 2 Mac bagi siswi. Jaulah yang bertemakan 'Telusuri Duniawi Mengingati Ilahi' ini telah disertai oleh 30 peserta siswa dan 36 orang peserta di sebelah siswi. Manakala musyrif penerangan seramai tiga orang telah dijemput khas dari PMRAM Cawangan Dumyat. Seawal jam 8.00 pagi, Ustaz Muhammad Saufi yang merupakan ketua musyrif penerangan telah memberi sedikit sebanyak maklumat tentang Dumyat dan kisah-kisah yang berkaitan dengannya. Antara tempat menarik   yang telah dilawati adalah Roksu Bar . Tempat ini dikenali dengan tempat bertemunya Sungai Nil dan Laut Mediterranean. Seterusnya, rombongan Rehlah Tarbawi juga tidak melepaskan peluang bagi mengunjungi   tempat pembinaan kapal. Di sini dapat dilihat proses-proses pembuatan kapal dan bagaimana kapal dilepaskan ke laut. Sesuatu yang menjadi kenangan yang indah bagi peserta jaulah apabil

Serambi Gabungan - Pengisian Santai, Membuka Minda

Image
KAHERAH, 1 Mac – Serambi Wilayah telah dijalankan secara gabungan di Dewan Sri Putra, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan semalam.      Serambi Wilayah merupakan aktiviti di bawah Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) yang dijalankan bagi memberi pengisian secara mingguan terutamanya kepada ahli-ahli di Kaherah.       Serambi Wilayah di bawah kelolaan Unit Perumahan dan Rehlah adalah aktiviti yang dinanti-nanti pada setiap minggu oleh ahli. Hal ini kerana, pelbagai aktiviti menarik berbentuk pengetahuan serta kesenian yang dibawakan di dalam Serambi Wilayah. Serambi Wilayah juga menjadi platform untuk ahli meningkatkan kemahiran dalam penyampaian serta membina keyakinan diri.      Untuk minggu ini, Serambi Wilayah telah dijalankan secara gabungan (Serambi Gabungan). Serambi Gabungan bermula selepas solat Isyak dengan bacaan Surah al-Kahfi . Seterusnya, video qasidah memuji Nabi Muhammad SAW telah ditayangkan dan dialunkan secara beramai-ramai.       Be