Posts

Showing posts from March, 2022

[ KALAM PIMPINAN: WEHDATUL UMMAH ]

Image
[ KALAM PIMPINAN: WEHDATUL UMMAH ] ‎بسم الله الرحمن الرحيم ‎الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين Firman Allah SWT: ‎إِنَّ هَـٰذِهِۦۤ أُمَّتُكُمۡ أُمَّةࣰ وَ ٰ⁠حِدَةࣰ وَأَنَا۠ رَبُّكُمۡ فَٱعۡبُدُونِ     “Sesungguhnya ini umatmu umat yang satu dan Akulah Tuhan kamu, maka sembahlah Aku.” (Surah al-Anbiya': Ayat 92) Berdasarkan firman Allah SWT di atas, Allah menerangkan bahawa umat Islam merupakan wehdatul ummah iaitu umat yang bersatu dan kita selaku umat Islam pada hari ini harus bersyukur bahawa Allah telah menjadikan kita sebagai umat yang satu dengan berusaha menjaga persatuan dan kesatuannya. Namun yang terjadi pada hari ini adalah sebaliknya, bahkan sebahagian pengikut agama Islam sendiri telah menjadikan umat berpecah belah menjadi beberapa golongan dan masing-masing berbangga dengan golongannya. Manusia berlumba-lumba untuk mengejar nikmat dunia, harta, pangkat sehingga akhirnya mereka saling berpecah-belah dan ber