Posts

Showing posts from September, 2018

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA PANJI DAKWAH ]

Image
[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA PANJI DAKWAH ] Assalamualaikum wrh wbt. Segala puji bagi Allah yang Maha Agung, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan yang mulia, Nabi Muhammad SAW, ikutan sepanjang zaman. Pada bulan Muharram ini, banyak peristiwa yang dicatatkan di dalam buku-buku sirah berkenaan kebangkitan agama Islam di zaman Rasulullah SAW. Peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW merupakan satu peristiwa yang sangat penting bagi umat Islam. Peristiwa tersebut merupakan titik tolak kepada perjuangan Islam yang sangat penting di mana generasi awal para sahabat telah menjadikan hijrah sebagai permulaan tahun bagi umat Islam. Hal ini menandakan bahawa perlu untuk sama-sama kita mengambil iktibar dan pengajaran daripada sirah Nabi Muhammad SAW ini. Di antara iktibar dan perkara penting yang boleh diambil ialah, golongan pemuda atau belia bekerjasama untuk menegakkan agama Islam di tempat masing-masing. Antara pemuda-pemuda di zaman Rasulullah SAW yang membantu pe

[ BERITA: MUHASABAH SEPARUH PENGGAL 2018 (MSP '18) ]

Image
[ BERITA: MUHASABAH SEPARUH PENGGAL 2018 (MSP '18) ] KAHERAH, 5 APRIL 2018 -  Program Muhasabah Separuh Penggal 2018 (MSP '18) telah berlangsung di Surau, Asrama Baharu Wilayah Persekutuan, Hayyu Sabie, yang dikelolai oleh Lajnah Perancang BKAWM dengan kerjasama AJKT/HEWI BKAWM sesi 2017/2018. Program ini diadakan untuk membuat penilaian terhadap gerak kerja separuh sesi pertama. Selain pimpinan, ahli juga terlibat membuat penilaian dengan mengemukakan muhasabah dan cadangan kepada barisan kepimpinan secara terus. Majlis dimulakan dengan tazkirah dan bacaan surah yasin. Kemudian, sejurus solat Isya' slot Muhasabah Separuh Penggal bermula. Jabatan Setiausaha Agung (JASA) menjemput setiap 3 unit bagi membentangkan laporan. Seterusnya, JASA membuka ruangan sesi muhasabah & cadangan daripada ahli. Akhir sekali, JASA menyerahkan kepada Lajnah Perancang (LP) bagi membentangkan laporan usul BKAWM. Slot ini disudahi dengan kalam YDP dan NPH. Majlis disus

[ BERITA: MARSA MATRUH SIWA 2018 (SUMMER '18) ]

Image
[ BERITA: MARSA MATRUH SIWA 2018 (SUMMER '18) ] KAHERAH, 12 Ogos 2018 –Program Marsa Matruh Siwa 2018   atau singkatannya SUMMER‘ 18 adalah sebuah program anjuran oleh Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) bagi meraikan anak-anak Wilayah Persekutuan yang berada di Mesir pada musim cuti panas. Program ini telah berlangsung selama 2 hari berturut-turut bermula 10 Ogos 2018 sehingga 11 Ogos 2018. Antara objektif penting SUMMER‘ 18   adalah untuk mengeratkan ukhuwah sesama anak Wilayah Persekutuan di Mesir, menambah thaqafah serta   membuka minda para peserta bagi menghayati keindahan alam ciptaan tuhan. Program SUMMER’ 18 dimulakan pada 9/8/2018 dengan taklimat ringkas perjalanan program oleh saudara Abdul Hadi Bin Nazaruddin , ketua Unit Pengisian di surau Asrama Baharu Wilayah Persekutuan pada jam 10 malam. Perjalanan ke Matruh bermula seawal jam 12 malam dan berhenti seketika di masjid pada jam 4 pagi untuk solat subuh dan tazkir

[ BERITA: SIMPOSIUM ILMUAN MUDA ISLAM 2018 (SOLUSI '18) ]

Image
KAHERAH, 24-25 Februari 2018- Majlis Gabungan Badan Kebajikan Anak Negeri telah mengadakan Simposium Ilmuan Muda Islam 2018 (SOLUSI ’18) yang disertai oleh   mahasiwa dan mahasiswi di perlembahan Nil. Majlis telah dirasmikan oleh wakil Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri, saudara Ahmad Muhaimin bin Mohd Zain, Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir.          Program ini dibahagikan kepada lima slot sepanjang dua hari tersebut. Slot pertama membincangkan berkenaan “Eskatologi Menurut Hadis Akhir Zaman” yang dibentangkan oleh Syeikh Ali Abdul Basit Muzid yang merupakan pensyarah Hadis wal Ulumuhu, Universiti al-Azhar. Slot ini lebih membincangkan berkaitan perihal akhir zaman. Selain itu, membicarakan berkenaan tanda-tanda kiamat yang berlaku di akhir zaman serta peranan kita dalam menghadapinya. Di samping itu, tujuan slot ini adalah untuk melahirkan generasi yang optimis serta bijak menghadapi zaman fitnah berteraskan wahyu.           Seterusnya, slot

[ BERITA: IHYA' TARBAWI RAMADAN 2018 (IHTIRAM '18) ]

Image
[ BERITA: IHYA' TARBAWI RAMADAN 2018 (IHTIRAM '18) ] KAHERAH, 18 Jun 2018 – Bersyukur ke hadrat Ilahi, program Ihya’ Tarbawi Ramadan 2018 (IHTIRAM ’18) telah selamat melabuhkan tirai pada 14 Jun 2018. IHTIRAM ‘18 adalah sebuah program yang diadakan oleh Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) bagi memeriahkan suasana anak-anak Wilayah Persekutuan yang berpuasa di bumi Mesir. Program ini telah berlangsung sepanjang bulan ramadan, bermula daripada 17 Mei 2018 sehingga 14 Jun 2018. Antara objektif penting IHTIRAM ‘18 adalah memperkasa tarbiah ruhiah dalam kehidupan seharian, menambah thaqafah dan kemahiran serta menghidupkan budaya bermasyarakat dalam diri ahli. Program IHTIRAM ’18 telah dimulakan dengan majlis perasmian yang telah dirasmikan oleh saudara Muhammad Nor Syamil bin Omar, Yang Dipertua Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK) sesi 2017/2018 sekaligus melancarkan tabung sumbangan IHTIRAM ’18 beserta gimik perasmian. Majlis diteruskan d

[ PENGUMUMAN: PENGARAH SPR BKAWM 2018 TELAH DILANTIK ]

Image
[ PENGUMUMAN: PENGARAH SPR BKAWM 2018 TELAH DILANTIK ]  Assalamualaikum wrh wbt. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tadbir BKAWM pada tarikh 10/9/2018 telah pun bersetuju membentuk sebuah organisasi berkecuali iaitu Suruhanjaya Pilihanraya 2018 bagi menguruskan pemilihan barisan kepimpinan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir bagi sesi 2018/2019. Oleh itu, peringkat BKAWM telah melantik saudara Muhammad Alauddin bin Mohd Zulkifli sebagai Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya 2018 dan saudari Siti Sarah binti Mohamed Shukor sebagai Timbalan Pengarah bagi mengetuai pemilihan tersebut. Kenyataan Rasmi Pengarah akan dikeluarkan bagi memaklumkan perjalanan Suruhanjaya Pilihanraya 2018. Untuk mengetahui tentang perjalanan SPR BKAWM pada kali ini, sila layari Laman Facebook Rasmi SPR BKAWM,https://

[ KALAM PIMPINAN: GENERASI MUDA HEBAT ]

Image
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan baginda Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan tabien serta pendokong pejuangan sepanjang zaman. Pemuda dalam   pengertian bahasa adalah manusia yang berumur antara 15 sehingga 30 tahun. Pemuda dalam Bahasa Arab adalah الشباب . Di dalam Islam, pemuda sangat berperanan penting dalam mengembangkan dakwahnya. Hal ini dapat kita lihat daripada kisah-kisah pemuda dalam al-Quran dan kisah-kisah para sahabat Rasulullah SAW. Banyak ayat al-Quran dan hadis yang menjelaskan tentang pemuda, antaranya firman Allah SWT : نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُمْ بِالْحَقِّ ۚ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى             “Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada tuhan mereka, dan kami tambah pula untuk mereka petunjuk” (Surah al-K

[ KENYATAAN RASMI SETIAUSAHA AGUNG BKAWM: PELANTIKAN AJKT KEKAL BKAWM SESI 2018/2019 ]

Image
[ KENYATAAN RASMI SETIAUSAHA AGUNG BKAWM: PELANTIKAN AJKT KEKAL BKAWM SESI 2018/2019 ] بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam kerana dengan rahmat serta petunjuk-Nya, dihidupkan kita pada hari ini dengan bermacam-macam nikmat untuk kita syukuri. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW kerana berkat perjuangan baginda, kita bernafas dengan kalimah syahadah, alhamdulillah. Bulan Oktober bakal menjelang, seiring kemunculan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) BKAWM 2018. Maka sudah tiba saat kita melihat wajah-wajah baru pimpinan BKAWM yang akan datang. Berdasarkan perlembagaan BKAWM Fasal 16 (2): "........ dua AJK Tadbir siswa dan dua AJK Tadbir siswi akan dipilih di dalam Mesyuarat AJK Tadbir untuk dikekalkan apabila berlakunya pembubaran AJK Tadbir di Mesyuarat Agung Tahunan." Oleh itu, sukacita diumumkan bahawa 2 orang AJK Tadbir kekal siswa dan 2 orang AJK Tadbir kekal sisw

[ KALAM PIMPINAN: MENDEPANI CABARAN SEBAGAI DAIE ]

Image
[ KALAM PIMPINAN: MENDEPANI CABARAN SEBAGAI DAIE ] Bismillahirrahmanirrahim, Segala puji bagi Allah, Tuhan penguasa alam dengan izin-Nya dapat kita merasa nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam atas junjungan besar baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga serta para sahabat baginda. Semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang menerima syafaat baginda. وَمَا   أَسْأَلُكُمْ   عَلَيْهِ   مِنْ   أَجْرٍ   إِنْ   أَجْرِيَ   إِلَّا   عَلَى   رَبِّ   الْعَالَمِين “Dan sekali-kali aku tidak minta upah kepada kalian atas ajakan itu; upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam.” (Surah as-Shuara’: 127) Dakwah adalah usaha untuk mengembalikan manusia kepada agama fitrah. Tugas ini menjadi tugas semua orang Islam. Dalam membawa masyarakat kembali kepada agama fitrah, ia bukanlah suatu tugas yang mudah. Disajikan dengan ujian dan cabaran adalah satu kemestian bagi mereka yang mengatakan mengikut jalan dakwah nabi. Selepas kewafatan Rasulullah SAW, usaha musuh-mus

[ BERITA: BENGKEL MUSHRIF PENERANGAN 2018 ]

Image
[ BERITA: BENGKEL MUSHRIF PENERANGAN 2018 ]  KAHERAH, 11 April 2018 – Bersyukur ke Hadrat Ilahi program Bengkel Musyrif Penerangan telah selamat dijalankan pada 11 April 2018. Bengkel Musyrif Penerangan adalah sebuah program yang julung kalinya diadakan anjuran bersama Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) dan Keluarga Pelajar Islam Perak Mesir (KIPM) bagi melahirkan pelapis sebagai tour guide di Mesir. Ahli Jawatankuasa program ini terdiri daripada 5 orang ikhwah dan 5 orang akhawat masing-masing daripada BKAWM dan KPIPM. Program ini telah berlangsung selama sehari dan disertai oleh 27 orang peserta siswa dan 10 orang peserta siswi. Antara objektif penting Bengkel Musyrif Penerangan adalah melahirkan tenaga ahli yang mahir dalam bidang musyrif penerangan, mencungkil bakat dan memupuk keyakinan diri dalam penyampaian dan penerangan dan meningkatkan pengetahuan ahli berkenaan tempat-tempat bersejarah di Mesir. Program Bengkel Mus

[ KALAM PIMPINAN: NIKMAT BERSATU ]

Image
[ KALAM PIMPINAN: NIKMAT BERSATU ] Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya kita masih diberi nikmat yang paling besar iaitu nikmat kehidupan. Melalui nikmat kehidupan ini, kita dapat merasai nikmat iman dan Islam. Selawat serta salam ke atas junjungan besar kekasih kita rahmat bagi sekalian alam, Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat-sahabat baginda. Semoga kita tergolong daripada kalangan yang dikurniakan syafaat daripada Baginda SAW di akhirat kelak. Meniti hari-hari di bumi bertuah Ardhul Kinanah ini menjanjikan pelbagai pengalaman, kemanisan, kepahitan serta pelajaran yang memberi erti dan makna kepada kita. Ketika diperkenalkan dengan bumi Mesir ini, kebiasaannya kita akan dikisahkan dengan sirah dan sejarahnya, azimat, takjub dengan kehebatannya serta keistimewaannya yang tiada tolok bandingan. Allah SWT berfirman:  "ادخلوا

[ TINTA DAKWAH: LGBT SATU MUSIBAH ]

Image
LGBT Satu Musibah LGBT merujuk kepada golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender. Isu ini semakin berleluasa di negara kita. Malah ada beberapa pihak yang cuba menyokong dan mempertahankan golongan serta aktiviti songsang ini. Dalam pandangan Islam, LGBT merupakan perbuatan yang sangat keras dilarang kerana sudah menyalahi fitrah diri manusia. Perbuatan ini menjadi dosa besar bahkan lebih besar daripada perbuatan zina yang telah dijelaskan sebelumnya. Hal ini tidak sepatutnya berlaku dan ia perlu dibendung dengan segera. Tahukah kita bahawa Allah SWT mengancam kaum dan golongan yang mempunyai sifat songsang ini. Allah SWT berfirman dalam al-Quran: وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُمْ بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِنَ الْعَالَمِينَ * إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِنْ دُونِ النِّسَاءِ ۚ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ مُسْرِفُونَ Dan Nabi Luth juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbu