Posts

Showing posts from 2020

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ]

Image
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sentiasa menjadikan aspek pentarbiahan sebagai salah satu aspek terpenting dalam pembinaan insan yang kamil lagi sempurna. Usrah adalah salah satu tunjang pendidikan yang dapat membentuk fikrah dan mengukuhkan lagi ukhuwah. Bersempena dengan imtihan fasa pertama yang bakal tiba tidak lama lagi, peringkat Jabatan Fasilitator (JATA) di bawah Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan BKAWM telah menetapkan tarikh bermulanya Discussion Group Amali adalah pada 1 Januari 2021. Semoga kita termasuk dalam golongan orang-orang yang beriman kerana sentiasa menjalinkan hubungan silaturahim. Sama-sama kita panjatkan doa agar Allah permudahkan urusan peperiksaan fasa pertama akan datang. WAN MUHAMMAD AFIF BIN WAN KOZIL, Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir, BKAWM sesi 2019/2020. “Memperkasakan Kebajikan, Melestarikan Kesatuan” “BKAWM Keluarga Kita" "Bersama Bersatu"

[ KALAM PIMPINAN: KONSEP ILMU YANG SEBENAR DALAM ISLAM ]

Image
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam dengan izin-Nya dapat kita merasa nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga serta para sahabat baginda. Semoga kita terus thabat dalam menyampaikan risalah Rasulullah SAW. Dari Abu Hurairah r.a, ia berkata daripada Rasulullah SAW: إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ. Maksudnya: "Jika seseorang itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, dan doa anak yang soleh" (HR. Muslim) Berdasarkan hadis di atas, apa yang ingin difokuskan di sini ialah apabila seseorang itu telah tamat riwayat hidupnya, selain doa anak yang soleh dan sedekah jariyah, maka yang bersamanya itu nanti juga adalah ilmu yang telah dimanfaatkannya semasa hidu

[ KALAM PIMPINAN: KITA PENYAMBUNG RISALAH NABI ]

Image
Bismillahirrahmanirrahim, Segala puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam yang menciptakan langit dan bumi, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang kita sayangi dan kita rindui. Bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat dan rahmat yang telah diberikan setiap detik dalam kehidupan kita serta budi dan pengorbanan yang tidak terkira keatas penghulu kita Nabi Muhammad SAW atas dakwah penyebaran Islam yang kita sedang nikmati pada saat ini. Nabi Muhammad SAW diutus oleh Allah SWT kepada umat akhir zaman. Seperti yang kita ketahui, Nabi Muhammad SAW diturunkan adalah bertujuan untuk membawa risalah yang telah diamanahkan keatasnya oleh Allah SWT untuk disampaikan kepada sekalian makhluk pada akhir zaman. Rasulullah SAW tampil sebagai pembawa risalah Islam yang mencakupi هدى dan دين الحق. Selain itu, Rasulullah juga hadir sebagai saksi, pembawa berita gembira dan peringatan, menyeru ke jalan Allah dan sebagai pelita yang menerangi agar kita semua dap

[ BERITA: MAJLIS GRADUASI BADAN KEBAJIKAN ANAK WILAYAH PERSEKUTUAN 2020 ]

Image
KAHERAH, 22 November 2020, - Majlis Graduasi 2020 anjuran Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2019/2020 dengan kerjasama Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) telah berjaya dilaksanakan di Asrama Baharu Wilayah Persekutuan. Program ini telah berlangsung dari jam 12.30 tengah hari sehingga 8.00 malam. Ahli Jawatankuasa Pelaksana program ini terdiri daripada 8 orang.    Objektif majlis ini adalah untuk meraikan anak-anak Wilayah Persekutuan yang telah tamat pengajian. Seramai 14 graduan siswa dan 16 graduan siswi menyertai Majlis Graduasi 2020 ini.  Program telah dimulakan dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh Encik Muhammad Azrul bin Ismail, Atase Pendidikan Wilayah Persekutuan. Majlis diteruskan dengan acara penyampaian anugerah bagi mereka yang telah berjaya menamatkan pengajian di Mesir. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi bersama semua graduan yang hadir. Sepanjang majlis be

[ KALAM PIMPINAN: RASULULLAH TELADAN SEPANJANG ZAMAN ]

Image
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Bersyukur kepada Allah SWT yang memberi nikmat iman dan Islam kepada kita dengan menjadikan wahyu serta hadis sebagai rujukan hidup dan Nabi Muhammad SAW sebagai suri teladan terunggul sepanjang zaman. Firman Allah SWT: لَقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِىۡ رَسُوۡلِ اللّٰهِ اُسۡوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَنۡ كَانَ يَرۡجُوا اللّٰهَ وَالۡيَوۡمَ الۡاٰخِرَ وَذَكَرَ اللّٰهَ كَثِيۡرًا Maksudnya: "Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang-orang yang mengaharapkan rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah." (Surah al-Ahzab: 21) Mendepani arus kemodenan hari ini, salah satu perkara yang sulit ditemui bagi umat Islam adalah kehadiran role model atau teladan yang baik untuk dijadikan panduan dalam hidup kerana terdapat segelintir daripada umat Islam menjadikan beberapa tokoh yang mereka kagumi sebagai panduan hidup yang kita lihat personalitinya tidak bersandarkan al-Quran dan as-Sunnah.  Oleh itu, fi

[BERITA: EID QURBAN WILAYAH PERSEKUTUAN 2020 (EID QURBAN ‘20)]

Image
KAHERAH,30, 31 Julai, 1 dan 2 Ogos 2020 - Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2019/2020 telah mengadakan program Eid Qurban Wilayah Persekutuan 2020 (EID QURBAN ‘20) selama empat hari yang bertempat di Asrama  Wilayah Persekutuan Baharu. Pada hari pertama program, telah berlangsung majlis perasmian yang dirasmikan oleh Atase Pendidikan Wilayah Persekutuan, Encik Mohd Azrul bin Ismail dan perutusan Aidiladha daripada Yang Dipertua BKAWM, Saudara Ahmad Amiruddin bin Ahmad Shukri. Pada hari kedua, program dimulakan dengan solat sunat Hari Raya Aidiladha. Kemudian diadakan tazkirah khas yang disampaikan oleh Saudara Muhammad Bazli bin Zakaria serta program gotong royong dan penyediaan tempat penyembelihan dan melapah. Antara objektif program kali ini ialah: 1. Meraikan sambutan Aidiladha dalam norma baharu. 2. Mendidik jiwa untuk bersifat tabah dan sabar dalam mentaati perintah Allah. 3. Mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan anak Wilayah Persekutuan. 4. Me

[ KALAM PIMPINAN: IBRAH ASHABUL KAHFI ]

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Firman Allah SWT: ذَ ٰ⁠لِكَ ٱلۡكِتَـٰبُ لَا رَیۡبَۛ فِیهِۛ هُدࣰى لِّلۡمُتَّقِینَ Maksudnya: "Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa." Allah SWT telah menurunkan al-Quran itu sebagai penunjuk jalan dan pedoman bagi seluruh manusia dalam setiap perbuatan dan amalan seharian dan ketahuilah bahawa mukjizat al-Quran itu sangat besar sehinggakan setiap satu ayat dan surah di dalamnya penuh dengan maksud dan isi-isi yang tersirat sesuai sepanjang zaman. Begitu juga dengan surah yang mempunyai pelbagai kisah dan pedoman berkaitan fitnah dan juga sejarah umat terdahulu iaitu surah al-Kahfi. Surah al-Kahfi yang bermula dengan kisah tentang pemuda yang lari daripada seorang raja yang zalim bagi memelihara akidah mereka. Disini kita dapat lihat bahawa jiwa seorang pemuda itu perlu dipelihara daripada 'parasit' y

[ LAPORAN PERTEMUAN BKAWM BERSAMA PPMM ]

Image
Pada tarikh 5 Jun 2020 (Jumaat), bertempat di Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir, beberapa orang wakil pimpinan BKAWM yang diketuai oleh Ustaz Ahmad Amiruddin bin Ahmad Shukri, Yang Dipertua BKAWM sesi 2019/2020 telah mengadakan pertemuan  bersama Atase Pendidikan Wilayah Persekutuan, Encik Mohd Azrul bin Ismail. Pertemuan tersebut turut dihadiri oleh Ustaz Muhammad Aiman bin Md Rashid selaku Ketua Penasihat BKAWM sesi 2019/2020 dan juga beberapa penasihat yang lain. Gambar ketika kunjung hormat BKAWM bersama PPMM pada 30 Mac 2020. Pertemuan ini dipengerusikan oleh Ustaz Ahmad Amiruddin bin Ahmad Shukri yang dimulai dengan penerangan serta tujuan perjumpaan tersebut dilaksanakan. Pertemuan kali ini berfokus kepada pengurusan yang berkaitan dengan Pandemik COVID-19. Seterusnya, majlis diteruskan dengan pembentangan dan perbincangan dua hala di antara pimpinan BKAWM dan Atase Pendidikan Wilayah Persekutuan. Dalam pertemuan tersebut, peringkat Pegawai telah mengingatkan bebera

[ KALAM PIMPINAN: ILMU TUNJANG KEBERJAYAAN MAHASISWA ]

Image
Bismillahirrahmanirrahim, Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat dan orang-orang yang mengikut jejak langkah baginda SAW. Firman Allah SWT: يَرْفَعِ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ Maksudnya: “Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”. (Surah al-Mujadalah: 11) Islam meletakkan ilmu pengetahuan sebagai asas utama kehidupan dan landasan bagi mencapai kejayaan. Sejarah telah membuktikan bahawa kedatangan Islam telah merubah dunia daripada dibelenggu kejahilan kepada zaman kegemilangan dan menjadi pemisah antara kegelapan dan cahaya kebenaran. Oleh yang demikian, Islam mengajar umatnya bahawa menuntut ilmu merupakan satu kewajipan dan menjadi satu kayu ukur dalam menentukan baik buruk sesuatu perkara untuk mencapai kejayaan hidup di dunia dan

[ BERITA: SAMBUTAN AIDILFITRI WILAYAH PERSEKUTUAN 2020 (SYAWAL '20) ]

Image
                                       KAHERAH, 28 MEI 2020 – Bersyukur ke hadrat Ilahi, program Sambutan Aidilfitri Wilayah Persekutuan 2020 (SYAWAL ‘20) telah selamat melabuhkan tirai pada 25 MEI 2020. SYAWAL ‘20 adalah sebuah program yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) bagi meraikan anak-anak Wilayah Persekutuan yang menyambut hari lebaran di bumi Mesir. Ahli jawatankuasa program ini terdiri daripada 13 orang, 7 orang mahasiswa dan 6 orang mahasiswi. Program ini telah berlangsung selama 3 hari berturut-turut bermula pada 23 MEI 2020 sehingga 25 MEI 2020. Antara objektif yang diketengahkan oleh SYAWAL ‘20 pada kali ini ialah menyambut serta menghidupkan suasana Aidilfitri anak- anak Wilayah Persekutuan dan mengeratkan ukhuwah antara anak- anak Wilayah Persekutuan. Program SYAWAL ‘20 telah dimulakan dengan perutusan syawal yang telah disampaikan oleh Yang Dipertua BKAWM sesi 2019/2020, saudara Ahmad Amiruddin bin Ahmad Shukri. Aktiviti

[ BERITA: IHYA' TARBAWI RAMADAN 2020 (IHTIRAM ‘20) ]

Image
KAHERAH, 28 April 2020 – Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana di atas kurniaan-Nya dapat kita sampai ke bulan Ramadan al -Mubarak ini. Sehubungan itu, program Ihya’ Tarbawi Ramadan 2020 (IHTIRAM ‘20) telah dianjurkan bagi mengalakkan ahli untuk beribadat kepada Allah. IHTIRAM ’20 adalah sebuah program yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan (BKAWM) bagi memeriahkan suasana anak-anak Wilayah Persekutuan yang berpuasa di bumi Mesir. Program ini telah berlangsung sepanjang bulan Ramadan, bermula daripada 24 April 2020 sehingga 23 Mei 2020. Sambutan IHTIRAM ‘20 pada kali ini sangat berbeza daripada sambutan IHTIRAM pada sesi sebelum ini. Hal ini kerana wujudnya penyakit yang menular di seluruh dunia iaitu pandemik COVID-19 yang boleh menjangkiti semua orang. Seluruh pelajar disarankan untuk duduk di rumah dan keluar mengikut keperluan sahaja. Oleh sebab itu, pihak program telah memutuskan untuk menumpukan program di dalam asrama dan rumah sewa ahli sahaja. Anta

[ KALAM PIMPINAN: SAHABAT CERMINAN DIRI ]

Image
Bismillahirrahmanirrahim قَالَ قَآئِلٌ مِّنْهُمْ إِنِّى كَانَ لِى قَرِينٌ() Seorang di antaranya berkata: "Sesungguhnya aku (di dunia) dahulu, ada seorang rakan (yang menempelak daku). Surah as-Saffat, ayat ke-51. Teman atau sahabat merupakan satu kurniaan Allah SWT kepada hamba-Nya bagi menghilangkan kesunyiaan hidup saat melayari kehidupan di dunia ini. Sebagai makhluk sosial kita tidak dapat melarikan diri daripada kehidupan bermasyarakat mahupun berteman. Layak bagi kita untuk memilih sahabat kerana sahsiah diri sedikit sebanyak dibentuk dari tingkah laku sahabat di sekelilingnya. Diibaratkan pencarian sahabat seperti mencari cermin yang terdapat pelbagai bentuk di muka bumi ini. 1. Gambaran di cermin akan meniru gerak langkah seseorang. Beruntunglah sekiranya kita mempunyai teman yang banyak melakukan amal soleh sehingga mendorong kita untuk melakukan hal serupa dengannya. Ingatlah keberuntungan yang besar sekiranya mempunyai sahabat seperti ini, Allah SWT mengi

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ]

Image
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sentiasa menjadikan aspek pentarbiahan sebagai salah satu aspek terpenting dalam pembinaan insan yang kamil lagi sempurna. Usrah adalah salah satu tunjang pendidikan yang dapat membentuk fikrah dan mengukuhkan lagi ukhuwah. Makluman kepada semua anak Wilayah Persekutuan, peringkat Jabatan Fasilitator (JATA) di bawah Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan BKAWM telah menetapkan tarikh bermulanya Discussion Group Amali adalah pada 15 Mei 2020. Semoga kita termasuk dalam golongan orang-orang yang beriman kerana sentiasa menjalinkan hubungan silaturrahim. Sama-sama kita panjatkan doa agar Allah permudahkan urusan kita di mana pun kita berada. WAN MUHAMMAD AFIF BIN WAN KOZIL, Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir, BKAWM sesi 2019/2020. “Memperkasakan Kebajikan, Melestarikan Kesatuan” “BKAWM Keluarga Kita" "Bersama Bersatu"