Posts

Showing posts from March, 2015

BELANJAWAN YANG BIJAK

Image
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam yang masih mengurniakan nikmat kepada kita . Selawat serta salam ke atas Junjungan besar nabi Muhammad SAW kerana dengan jerih payah Baginda kita masih dapat merasai nikmat Iman dan Islam.              Belanjawan yang bijak merupakan tunjang yang penting dalam pembentukan kehidupan seseorang individu, pembangunan masyarakat malah kepada pembinaan negara maju dan berwawasan.  Mengikut salah satu elemen dalam Maqasid Syariah iaitu hifzul Mal (penjagaan harta) Islam telah meletakkan beberapa garis panduan untuk menjaga dan mengurus kewangan dengan bijak.

ENTREPRENEUR COURSES (ENTER’15) MENGHASILKAN USAHAWAN BERJAYA

Image
KAHERAH, 11 Februari 2015 – Unit Ekonomi Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan sebuah program keusahawanan memandangkan bidang keusahwanan sudah semakin meluas dalam kalangan mahasiswa dewasa ini .

Kenyataan Rasmi Jawatankuasa Islah Asrama Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir Sesi 2014/2015

Image
        Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT kerana telah diberikan nikmat iman dan Islam. Menelusuri sejarah Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) yang pada mulanya beroperasi tanpa bangunan sejak penubuhannya sehingga Mac 2009, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP) telah terbina dan menjadi pusat bagi segala aktiviti BKAWM. Demi keselesaan dan keselamatan penghuninya bagi jangka masa panjang, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melalui Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) telah memutuskan untuk melaksanakan pembaikian  dan penambahbaikan terhadap ARWP bermula satu April ini.