Posts

Showing posts from December, 2009

Senarai Nama Tajaan MAIWP Ambilan 2007 hingga 2009

Image
Makluman dari Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM); Kepada penama yang tersenarai dibawah. Diminta mengambil segera bayaran tajaan di Pejabat Pengurusan MAWIP Mesir (PPMM) sebelum 30 Disember 2009.

Lengkapkan Segera Borang Permohonan Anda.

Image
Makluman terkini dari Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) : kepada mereka yang telah mengisi borang permohonan skim bantuan akademik baru-baru ini, sila rujuk senarai nama di bawah.

Malam Terakhir DiBumi Mesir

Image
Dewan Sri Putra,ARWP.9 Dis- Patah tumbuh hilang berganti. Anak-anak Wilayah Persekutuan telah menerima Pegawai MAIWP mesir yang baharu. Senario pertukaran pegawa i tidak asing lagi di bumi Mesir ini.

Asrama Rumah Wilayah Persekutuan Dipecah Masuk

Image
ARWP,Hayyu Sabiek, 4 Disember - Satu bilik di Asrama Pelajar Wilayah Persekutuan telah dipecah masuk pada hari Jumaat yang lepas ketika umat Islam yang lain menunaikan solat Jumaat.

Majlis Ramah Mesra Mufti Wilayah

Image
Dewan Sri Putra, ARWP.29 Dis.- Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir(BKAWM) mengambil kesempatan terhadap kehadiran Mufti Wilayah Persekutuan ke Mesir Dato Hj Wan Zaidi Wan Teh. BKAWM menganjurkan ramah mesra bersama Dato Mufti bersama anak-anak wilayah dan yang turut juga hadir adalah

Ucapan Sulung Yang DiPertua

Image
SALAM PENGENALAN DARI KEPIMPINAN SESI 2009/2010 Assalamualaikum, Alhamdulillah. Puji dan syukur hanya layak buat Allah Subhanahu Wata’ala. Selawat serta salam buat junjungan besar nabi akhir zaman Sallallahu Alaihi Wasallam, keluarga baginda, amma ba’du. Saya dan seluruh kepimpinan sesi 2009/2010 diamanahkan untuk meneruskan kelangsungan pentadbiran BKAWM dan semestinya ia suatu taklifan yang amat berat. Sekali berfikir barangkali terdetik perasaan betapa kerdilnya diri untuk menyambut taklifan yang diberikan namum saya amat-amat sedar bahawa amanah ini adalah pilihan dari Tuhan dan pastinya saya dan sahabat pimpinan tidak akan berkerja secara sendirian. Saya pasti kerja besar untuk menyatukan dan menyelenggara kebajikan anak-anak Wilayah Persekutuan akan dipikul oleh seluruh ahli seramai 468 orang secara bersama. Saya amat-amat maksudkannya. Anda bagaimana? Sebelum saya melangkah jauh, jutaan terima kasih saya rakamkan buat pengurus asrama MAIWP Mesir, saf pimpinan 2008/2009, anggota

Organisasi EXCO BKAWM sesi 2009/2010

Image

Pegawai Pengurusan MAIWP Mesir

Image
KENALI PENGURUS ASRAMA Mendekati lebih dekat Pengurus kedua Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP). Bersama wartawan Putra Digest, Dr. Afifuddin Bin Sahlan. ASAL USUL Ahmad Yahya Bin Mohd Haniff. dilahirkan di Muar, Johor pada 23 April 1980. dibesarkan di Kuala Lumpur. Selepas dilahirkan terus berpindah dan dibesarkan di Kuala Lumpur. PENDIDIKAN Pendidikan menengah di SMKA Maahad Ahmadiah, Kajang. SPM tahun 1997. Kemudian ke matrik yang dikenali dengan nama Kolej Primeir Yayasan Perak selama setahun. Kemudian terus ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk ijazah pertama saya dalam bidang Perakaunan pada tahun 1998 hingga 2002. PEKERJAAN SEBELUM KE MESIR Sebelum ini pernah bekerja dalam pelbagai lapangan. Pernah juga bekerja dengan Kedutaan Afrika Selatan di Malaysia sebagai akauntan. Pada awal bulan 7 tahun 2006, diterima bekerja di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai akauntan selama 2 tahun lebih. Kemudian ditugaskan pula sebagai juruaudit dalam MAIWP sehi