Posts

Showing posts from July, 2013

IHTIRAM '13 - Nuzul Quran dan Badar Qubra

Image
Kaherah, 27 Julai - Pada 27 Julai bersamaan 18 Ramadan yang lalu, IHTIRAM '13 peringkat Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM)  telah mengadakan program Nuzul Al-Quran dan Badar Kubra. Program ini bertujuan untuk merapatkan ukhuwah sesama Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) taakhi zon A dan sebagai menambah thaqafah dalam diri setiap ahli. Program yang bermula sekitar jam 5.00 petang itu dimulakan dengan persembahan qasidah yang dijemput khas daripada BKAN Kedah. Selepas itu majlis diserikan lagi dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran qiraat 7 daripada mahasiswa Shoubra. Perasmian kempen Ihya Lughatul Arabiah juga telah diadakan dan telah dirasmikan oleh Nurul Syahidah binti Hamzah, Timbalan Unit Pendidikan dan Pengetahuan. Beliau menyeru agar semua ahli dapat mempraktikkan penggunaan Bahasa Arab dalam kehidupan seharian. Majlis berhenti seketika sementara menunggu waktu berbuka dan diisi dengan lantunan qasidah. Pengisian kemuncaknya bermula selepas solat te

Bengkel Khat Kufi Murabba' Latih Bakat Baru

Image
Kaherah, 28 Julai - Pada 28 Julai 2013, Unit kebudayaan , Keseniaan dan Sukan telah menganjurkan Bengkel Khat Berkomputer   ( Kufi Murabba’ ) bertempat di Perpustakaan Darul Madani, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan, Hayyu Sabie’. Bengkel Khat yang bermula pada jam 2 petang itu, telah disertai 12 orang peserta dan seorang tenaga pengajar.   Bengkel tersebut dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis dan diikuti dengan ucapan Ketua Unit Kebudayaan , Keseniaan dan Sukan, Saudara Ahmad Bushra bin Mohamad Salleh. Tenaga pengajar yang telah dijemput khas ialah Saudara Ahmad Jurjani bin Hishamuddin, yang merupakan Mahasiswa Tahun 2, Kuliah Usuluddin, Universiti al-Azhar. Para peserta diberikan pengenalan tentang khat terutamanya khat Kufi Murabba’,   sebelum khat berkomputer diajar. Para peserta kemudianya telah diberikan tugasan untuk membentuk kalimah ‘Muhammad’ , ‘ Bimillahirahmanirahim ’ dan banyak lagi. Semoga dengan berjayanya bengkel ini, dapat melahirkan ahli yang berkemahi

Dua Kelahiran yang Dinanti

Image
Barisan kepimpinan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2012/2013 mengucapkan sekalung tahniah kepada Ustaz Hairul Nizam bin Mat Hussain, mantan Yang Dipertua BKAWM (sesi 2005/2006 dan 2006/2007) beserta isteri, saudari Noor Hafizah Samsudin atas kelahiran mujahid ketiga 25 Julai yang lalu. Semoga mujahid ini bakal menjadi penerus perjuangan Islam serta sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang daripada Allah SWT. Ucapan tahniah juga diucapkan kepada Saudara Muhammad Haziq Hj Rosli dan pasangannya, Saudari Akmal Hafizah Mohamad Fuad atas kelahiran cahaya mata perempuan. Cahaya mata sulung ini telah selamat dilahirkan pada 27 Julai yang lalu, jam 5.30 pagi. Semoga mujahidah ini dilimpahi rahmat dan kasih sayang daripada Allah SWT, dikurniakan keberkatan di dunia dan akhirat, serta menjadi penerus perjuangan menegakkan Islam. 'BKAWM Keluarga Kita' 'KEUNGGULAN SAHSIAH WASILAH KEILMUAN'

Majlis Perasmian IHTIRAM '13

Image
Kaherah, 10 Julai – Sempena menyambut ketibaan bulan Ramadan, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir telah menganjurkan program Ihya’ Ramadan dan Haflah Aidilfitri (IHTIRAM ’13) yang bertemakan Ramadan Dihayati, Sunnah Diaplikasi, Ukhuwah Dipatri. IHTIRAM ’13 mempunyai 3 objektif utama iaitu, 1. Menghidupkan suasana di bulan Ramadan dengan pengisian thaqafah 2. Menjalin dan mengeratkan ukhuwah yang terbina antara ahli BKAWM 3. Memastikan bulan Ramadan dipenuhi dengan ibadah Majlis perasmian telah bermula selepas solat fardu   Asar dengan lantunan qasidah memuji baginda Nabi Muhammad SAW.   Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan pengerusi majlis. Ucapan pengenalan IHTIRAM ’13 telah disampaikan oleh pengarah program iaitu Saudara Ahmad Faris bin Mazlan. Ucapan turut disampaikan oleh saudara Muhd Bazli bin Zakaria selaku Yang Dipertua BKAWM sesi ini. Ucapan perasmian IHTIRAM ’13 peringkat BKAWM telah diberikan oleh Tuan Aziz bin Hj. Mohamad, Pengurus Baitulmal