Posts

Showing posts from December, 2019

[ BERITA: JELAJAH ATHAR BAHNASA 2019 (BAHNASA ‘19) ]

Image
BAHNASA EL-MINYA, 7 & 14 Disember 2019 – Seramai 126 peserta telah menyertai jaulah makam Jelajah Athar Bahnasa 2019 (BAHNASA ‘19) yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2019/2020. Matlamat utama yang ingin dicapai daripada program kali ini adalah untuk menanam rasa cinta akan para sahabat dan wali Allah. Selain itu, ia bertujuan membina serta meningkatkan thaqafah dalam kalangan ahli berkaitan sejarah. Disamping itu, menguatkan lagi tautan ukhuwah sesama ahli. Program bermula dengan sesi taklimat keselamatan daripada Unit Pengisian dan Disiplin pada waktu malam sebelum bertolak ke destinasi selepas subuh keesokan harinya. Program telah pun dirasmikan oleh Pegawai Atase Wilayah Persekutuan Mohd Azrul bin Ismail. Tepat jam 6.40 pagi, para peserta mula bertolak dari Asrama Wilayah Persekutuan Baharu ke Bahnasa dan selamat tiba di destinasi pada jam 11.20 pagi. Antara tempat yang dikunjungi ialah: 1.

[ KALAM PIMPINAN: KEBAJIKAN DAN KESATUAN SATU TUNTUTAN ]

Image
Bismillahirrahmanirrahim    Segala puji bagi Allah SWT yang telah menjadikan nasihat sebagai wasilah ukhuwah Islamiah antara orang mukmin. Selawat dan salam dipanjatkan kepada junjungan besar dan sebaik-baik pemberi nasihat untuk sekalian alam iaitu Nabi Muhammad SAW utusan yang terakhir, dan ke atas keluarganya serta sahabat-sahabatnya yang diredai Allah SWT. Allah SWT telah berfirman: وَجَعَلۡنَٰهُمۡ أَئِمَّةٗ يَهۡدُونَ بِأَمۡرِنَا وَأَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡهِمۡ فِعۡلَ ٱلۡخَيۡرَٰتِ وَإِقَامَ ٱلصَّلَوٰةِ وَإِيتَآءَ ٱلزَّكَوٰةِۖ وَكَانُواْ لَنَا عَٰبِدِينَ Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan, dan mendirikan sembahyang, serta memberi zakat; dan mereka pula sentiasa beribadat kepada Kami. Surah Al-Anbiya, ayat 73    Perkataan kebaikan (al Khair) atau kebajikan kerap disebut dalam al Quran dan al Hadis. Cuma kadang-kadang ia disebut dengan perkataan

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ]

Image
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sentiasa menjadikan aspek pentarbiahan sebagai salah satu aspek terpenting dalam pembinaan insan yang kamil lagi sempurna. Usrah adalah salah satu tunjang pendidikan yang dapat membentuk fikrah dan mengukuhkan lagi ukhuwah. Bersempena dengan imtihan fasa pertama yang bakal tiba tidak lama lagi, peringkat Jabatan Fasilitator (JATA) di bawah Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan BKAWM telah menetapkan tarikh bermulanya Discussion Group Amali adalah pada 6 Disember 2020. Semoga kita termasuk dalam golongan orang-orang yang beriman kerana sentiasa menjalinkan hubungan silaturrahim. Sama-sama kita panjatkan doa agar Allah permudahkan urusan peperiksaan fasa pertama akan datang. WAN MUHAMMAD AFIF BIN WAN KOZIL, Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir, BKAWM sesi 2019/2020. “Memperkasakan Kebajikan, Melestarikan Kesatuan” “BKAWM Keluarga Kita" "Bersama Bersat

[ KENYATAAN RASMI: TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM ]

Image
1 Disember 2019: TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM Pendidikan merupakan aspek penting yang dititikberatkan oleh BKAWM terhadap ahlinya sejajar dengan misi BKAWM yang kedua iaitu “Meningkatkan penguasaan thaqafah dan pencapaian akademik”. Hal ini sekaligus menunjukkan keperihatinan BKAWM dalam melahirkan mahasiswa Islam yang terkehadapan dalam bidang akademik dan thaqafah. Peperiksaan semester pertama khususnya di Universiti al-Azhar sesi 2019/2020 akan bermula pada bulan Januari 2020. Sehubungan dengan itu, peringkat Lajnah Perancang Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2019/2020 telah menetapkan bahawasanya tarikh penangguhan program adalah pada 1 Disember 2019. Oleh itu, segala aktiviti dan program yang melibatkan semua ahli ditangguhkan sementara waktu. Hanya aktiviti yang berbentuk akademik, thaqafah dan kerohanian serta yang berkaitan dengan pendidikan sahaja yang diadakan bagi membantu kecemerlangan seluruh mahasiswa dan mahasiswi Islam di bum