Posts

Showing posts from May, 2013

Majlis Ramah Mesra Bersama Delegasi MAIWP

Image
Kaherah, 9 Mei – Majlis Ramah Mesra Bersama Delegasi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah diadakan bersempena dengan kehadiran rombongan tersebut dari Malaysia. Majlis telah diadakan pada 9 Mei yang lalu di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan. Anak-anak Wilayah Persekutuan yang terdiri daripada pelajar-pelajar tajaan dari seluruh Mesir serta penghuni asrama   telah menghadiri majlis pada malam itu dengan kehadiran mencecah 150 orang. Rombongan delegasi telah diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP,   Tuan Haji Ismail Porjo serta empat orang pegawai MAIWP iaitu Tuan Saharuddin Sarwan (Pengurus Bahagian Pembangunan dan Pelaburan), Tuan Faridilatras bin Abdul Rahman (Bahagian Baitulmal),serta Tuan Wan Mohd Sanusi Mohd Noor (Penasihat Undang-undang). Majlis bermula selepas Maghrib, dimulai dengan ucapan daripada Pegawai Asrama, Encik Ahmad Yahya bin Muhd Haniff. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Tuan Faridilatras serta Tuan Haji Ismai

Kalam Pimpinan: Peranan Mahasiswa di Institusi Pendidikan dan Pentadbiran

Image
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh                 Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpahan nikmat-Nya yang telah dikurniakan buat seluruh umat manusia sehingga saat jari ini menaip penulisan ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda Nabi Muhammad SAW yang mana, atas pengorbanan besar baginda, para ahli bait serta seluruh sahabat baginda, risalah dakwah ini masih berterusan sehingga hari ini. Seterusnya seluruh mahasiswa-mahasiswi Islam sekalian. Para penyair ada menyebut: " ليس الفتى من قال أبي كان، ولكن الفتى من يقول هأناذا "                 Mahasiswa merupakan aset kepada pembangunan sesebuah negara pada masa akan datang. Mereka ini merupakan generasi pemuda yang bakal menerajui pengurusan manusia di dalam sesebuah masyarakat atau negara kelak. Oleh itu, mahasiswa perlu ada persiapan yang terbaik bagi menunaikan tanggungjawab ini. Ini merupakan satu tanggungjawab yang besar bagi mahasiswa