Posts

Showing posts from January, 2013

Cahaya Mata Yang Dipertua

Image
Kaherah, 29 Januari – Sekali lagi ARWP diserikan dengan kelahiran seorang cahaya mata yang baru. Yang Dipertua, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM), Saudara Muhd Bazli bin Zakaria bersama pasangannya, Nur Hidayah bt Mohd Rafe telah dikurniakan seorang bayi perempuan semalam. Bayi perempuan seberat 2.5 kg ini telah selamat dilahirkan di antara azan dan iqamat Subuh di Hospital Fatimah Zahra. Seluruh barisan kepimpinan Ahli Jawatankuasa Tadbir, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) dan ahli-ahli BKAWM di Mesir mengucapkan tahniah kepada Saudara Muhd Bazli bin Zakaria dan seluruh keluarga beliau atas kelahiran bayi perempuan di muka bumi Mesir ini. Semoga bakal menjadi mujahidah yang menjadi contoh ikutan semua. “BKAWM Keluarga Kita” “KEUNGGULAN SAHSIAH WASILAH KEILMUAN”

Gema Qasidah Meraikan Maulidur Rasul

Image
ARWP, 25 Januari – Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan (LDPI) dengan kerjasama Unit Kebudayaan, Kesenian, dan Sukan (UKKS) di bawah Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir telah menganjurkan sambutan Maulidur Rasul sempena menyambut kelahiran junjungan besar, Nabi Muhammad SAW iaitu pada 12 Rabiulawal yang lalu. Sambutan bermula pada malam 12 Rabiulawal dengan alunan qasidah serta selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad bagi melahirkan rasa cinta serta memperingati perjuangan baginda dalam menyebarkan Islam ke serata dunia. Pada pagi Jumaat pula, sebuah ceramah telah dianjurkan bertajuk ‘Qudwah Hasanah Kekasihku’. Penceramah yang telah dijemput khas iaitu Ustaz Jamal Najmuddin bin Sulaiman merupakan mantan Yang Dipertua PMRAM Cawangan Kelantan(KPKM). Pelbagai perkara berkaitan akhlak serta peribadi Nabi Muhammad telah beliau kongsikan dalam menyemai rasa cinta dan rindu terhadap baginda. Sesi ceramah ditamatkan dengan jamuan ringan.

Kalam Pimpinan: Sambutan Maulidurrasul

Image
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI Alhamdulillah kita panjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana masih memberikan dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan nikmat islam. Tidak dilupakan juga selawat dan salam buat junjungan besar kekasih Allah Nabi Muhammad SAW bersama ahli keluarga serta para sahabat baginda yang telah banyak berkorban demi menyampaikan risalah Islam kepada umat baginda. Alhamdulillah juga kita masih diberikan kesempatan untuk menyambut hari yang  bersejarah buat umat Islam seluruh dunia. Pada tanggal 12 Rabiul Awwal telah lahir seorang bayi  yang sangat hebat iaitu kekasih Allah Nabi Muhammad SAW. Kelahiran baginda dipenuhi dengan kejadian-kejadian luar biasa, dimulai dengan peristiwa padamnya api di kerajaan Persia, hancurnya sembahan - sembahan batu di sana, dan penyerangan pasukan bergajah untuk menghancurkan Kaabah. Namun tentera ini dileburkan oleh burung-burung yang dikirimkan Allah dari syurga, kerana peristiwa itu, din

Kenyataan Rasmi BKAWM Berkenaan Isu Pegawai Tampar Mahasiswa

Image

Senarai Semak Dokumen Sokongan Unit Pembangunan Akademik IPT dan Bantuan Galakan Hafazan Al-Quran

Senarai Semak Dokumen Sokongan Unit Pembagunan Akademik IPT                  SKIM BANTUAN AM PELAJARAN IPT 1) 1 keping gambar pasport (menutup aurat bagi wanita)       ( Bagi pemohon BARU sahaja) 2)  1 salinan kad pengenalan pemohon 3)  1 salinan kad pengenalan suami/isteri, ibu/bapa dan sijil kelahiran anak yang masih di       dalam tanggungan      (tidak termasuk yang telah berkahwin /bekerja). 4)  1 salinan penyata gaji/penyata pencen/surat akuan sumpah pendapatan/pemberian       anak/anggaran pendapatan sebulan   pemohon/ibu bapa/penjaga yang  TERKINI .          (Sila rujuk mana-mana Pesuruhjaya Sumpah di kawasan Kuala Lumpur sahaja untuk pengesahan)     5)  1 salinan surat tawaran masuk ke IPT.       (Bagi pemohon BARU sahaja).       (Sila rujuk Bahagian Jabatan Kemasukan Rekod Pelajar).       Nota : Bagi pelajar di Universiti Al-Azhar di Mesir, SURAT TAWARAN         (seperti yang di senaraikan pada para 5) adalah DIKECUALIKAN. 6)  

Sesi Pengisian Borang Zakat MAIWP

[MAKLUMAN] Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) dengan kerjasama Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) akan mengadakan sesi ‘Pengisian Borang Zakat MAIWP’ bagi anak-anak Wilayah Persekutuan di Mesir. *Maklumat berkenaan sesi tersebut adalah seperti berikut: Tarikh:        15 Rabiulawal 1434H bersamaan 27 Januari 2013. Hari:            Ahad. Tempat:       Dewan Sri Putra, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan di Mesir                     (ARWP). Alamat:        Wilayah Persekutuan Students Hostel, No. 24, El-Mahdi Ibn                      Barakah Street, 7 th District,Nasr                       City, Cairo, Egypt. Sekian, harap maklum. “BKAWM Keluarga Kita” “KEUNGGULAN SAHSIAH WASILAH KEILMUAN”

ARTIKEL: CAKNA ISU SEMASA

Image
KEPENTINGAN ISU UMAT ISLAM ISU KITA Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: "Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama." Maka para sahabat r.a pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat? " Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut. "Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut? "Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."Sahabat bertanya lagi,"Apakah itu al-Wahn? "Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian." Pernahkah kita menyedari bahawa setiap tahun, set

UCAPAN TAHNIAH DI ATAS KELAHIRAN CAHAYA MATA PENGURUS ASRAMA RUMAH WILAYAH PERSEKUTUAN MESIR

Image
Kaherah, 11 Januari – Encik Ahmad Yahya bin Mohd Haniff merupakan Pengurus Asrama Rumah Wilayah Persekutuan Mesir telah sahaja baru menerima kelahiran cahaya mata. Alhamdulillah beliau telah dianugerahkan bayi lelaki yang dilahirkan pada jam 5.12 petang tadi di hospital Tawfikiah, Kaherah. Seluruh barisan kepimpinan Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) dan ahli-ahli BKAWM di Mesir mengucapkan tahniah kepada Encik Ahmad Yahya bin Mohd Haniff dan seluruh keluarga beliau di atas kelahiran bayi lelaki di muka bumi Mesir ini. “BKAWM Keluarga Kita” “KEUNGGULAN SAHSIAH WASILAH KEILMUAN”

Tahniah Atas Perlantikan Sebagai KPE MAIWP

Image
KUALA LUMPUR, 6 Januari – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) merupakan antara penaung rasmi Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM). Baru - baru ini, MAIWP telah menerima perlantikan baru bagi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (KPE). YBhg. Tuan Haji Zainal Abidin bin Jaffar telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP menggantikan YBhg. Dr. Muhammad Yamin bin Ismail yang bertukar ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). YBhg. Tuan Haji Zainal sebelum ini bertugas sebagai Pengarah Bahagian Kemajuan Islam, JAKIM. Seluruh barisan kepimpinan Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) dan ahli-ahli BKAWM di Mesir mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada YBhg. Tuan Haji Zainal Abidin atas perlantikan tersebut. Semoga YBhg. Tuan Haji Zainal Abidin dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan berdedikasi. 'BKAWM Keluarga Kita' 'KEUNGGULAN SAHSIAH WASILAH KEILMUAN'