Posts

Showing posts from November, 2016

[ CARTA ORGANISASI AJKT HEWI SESI 2016/2017 ]

Image
Berikut merupakan carta organisasi Ahli Jawatankuasa Tadbir dan Hal Ehwal Wanita Islam Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2016/2017. "Menjulang Thaqafah, Melestarikan Kesatuan" "BKAWM Keluarga Kita" "Bersama Bersatu"

[ Kenyataan YDP BKAN : Kelas Tafaquh Berpusat Bakal Dilaksanakan ]

Image
Rabu, 2 Nov 2016 - Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) merupakan wadah kesatuan anak Malaysia di Mesir yang sentiasa menjaga kebajikan ahlinya dalam pelbagai aspek. Antaranya melalui mekanisme akademik, thaqafah, tarbiah , kemasyarakatan dan lain-lain. Bertarikh 30 Oktober 2016, satu perjumpaan bersama telah diadakan oleh Majlis Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) bertempat Dewan Soleh Al-Masri Rum ah Penang Hayyu Sabiek. Antara perbincangan yang diutarakan adalah berkaitan inisiatif peningkatan thaqafah mahasiswa dan mahasiswi di Mesir. Dalam perbincangan tersebut, seluruh YDP bersetuju untuk menubuhkan satu medium khas secara berpusat dalam menggerakkan kelas tafaqquh dengan lebih tersusun. Akhirnya, Majlis YDP bersetuju menamakan medium tersebut dengan nama Madrasah Al-Imam Abdullah Ibnul Mubarak. Antara objektif penubuhan Madrasah ini adalah menambah thaqafah ahli dari sudut ilmu turathi dan ilmu muasarah. Selain itu juga, ia adalah medium kepa