Posts

Showing posts from February, 2018

[ TINTA DAKWAH:HABLUM MINALLAH HABLUM MINANNAS ]

Image
HABLUM MINALLAH HABLUM MINANNAS BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana masih diberi nikmat yang paling besar iaitu nikmat Iman dan Islam. Firman Allah SWT : {ومن يتق الله يجعل له مخرجا ويرزقه من حيث لا يحتسب ومن يتوكل على الله فهو حسبه إن الله بلغ أمره قد جعل الله لكل شيء قدرا} Maksudnya: " Sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah akan membukakan jalan keluar baginya dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bahagi setiap sesuatu. " Berdasarkan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa sesiapa yang bertakwa kepada Allah, Allah akan memberi rezeki

[ KALAM PIMPINAN : KEMASYARAKATAN, FARDU KIFAYAH ]

Image
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT, selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW serta ke atas ahli keluarganya dan para sahabat baginda SAW. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai. Di dalam al-Quran, Allah SWT dengan jelas menyuruh kita supaya sentiasa melakukan sesuatu pekerjaan secara berjemaah. Perkara ini kita dapat praktikkan dalam kehidupan seharian kita seperti solat fardu secara berjemaah, menunaikan haji, membayar zakat dan sebagainya. Tidak dapat tidak, kita mesti melibatkan diri kita dalam Jemaah untuk mendapatkan ganjaran yang lebih baik di sisi Allah SWT berbanding melakukan secara berseorangan. Dalam sirah Nabi Muhammad SAW membuktikan negara Islam Madinah dapat ditegakkan dengan sokongan dan dokongan para sahabat baginda SAW. Baginda tidak melakukan kerja-kerja dakwah secara berseorangan, akan tetapi baginda diba