Posts

Showing posts from 2012

MAKLUMAN PERTUKARAN JAWATAN AHLI JAWATAKUASA TADBIR BKAWM SESI 2012/2013

Image
MAKLUMAN PERTUKARAN JAWATAN AHLI JAWATAKUASA TADBIR BKAWM SESI 2012/2013 Adalah dimaklumkan bahawa ; Pihak BKAWM telah menerima surat perletakan jawatan daripada Saudari Zahidah Izzati binti Mohd Johari di atas sebab-sebab yang tertentu. Setelah dibincangkan dalam Mesyuarat AJKT yang lalu, mesyuarat bersetuju menerima perletakan jawatan tersebut. Berdasarkan Perlembagaan BKAWM pada Fasal 16 (5) menyebut: “Sekiranya seorang AJK Tadbir tidak lagi menjawat jawatan itu sama ada dengan sebab meninggal dunia atau ia meminta berhenti atau diberhentikan atau dengan apa-apa jua sebab yang menjadi halangan daripada menjawat jawatan tersebut, maka AJK Tadbir berhak memilih dan melantik mana-mana ahli BKAWM untuk mengisi kekosongan dengan tidak melalui Mesyuarat Agung Khas.” Sehubungan dengan itu, pihak AJKT telah melantik Saudari Nurul Izzah binti Zaharullai dengan no. keahlian BKAWM 734 bagi menggantikan beliau. Maklumat berkenaan jawatan baru AJKT BKAWM ba

Forum Motivasi Memorabilia dan Sambutan Hari 'Asyura

Image
KAHERAH,29 November - Pada 24 November 2012 yang lalu, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan (BKAWM) di bawah Unit Pendidikan dan Pengetahuan (UPEP) telah menganjurkan Forum Motivasi Memorabilia sempena imtihan yang bakal menjelang tidak lama lagi. Program diserikan dengan kehadiran tiga ahli panel yang dijemput khas dari kalangan pelajar pengajian islam dan perubatan bertepatan dengan usul Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)   pada tahun ini iaitu ‘ memperkasakan hubungan baik antara mahasiswa pengajian islam dan sains kesihatan ’. Antara ahli panel yang dijemput ialah Saudara Mohamad Sarkawi bin Mohamad Salleh, mantan Yang Dipertua Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir, saudari Mardhiah Nordin, Ketua Unit Pendidikan dan Komunikasi Bahasa, HEWI PMRAM serta Dr. Aisyah Zahirah Sukeri, Timbalan Presiden II Persatuan Pelajar – pelajar Perubatan Malaysia Mesir (PERUBATAN). Forum motivasi kali ini bertajuk Sinergi: Sahsiah dan Ilmu, sejajar dengan tema pembawaa

Rumah Ahli Dirompak

TANTA, 27 November – Salah seorang ahli Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM), Saudari Amirah Faqihah binti Che Abidin, pelajar bidang Perubatan, Tahun Satu di Universiti Tanta telah diuji dengan musibah. Rumah sewa yang beliau duduki bersama empat orang sahabat yang lain telah dipecah masuk dan dirompak baru – baru ini. Kejadian berlaku semasa ahli rumah tersebut ke kuliah yang terletak tidak jauh dari tempat kediaman mereka. Antara barangan yang telah dirompak termasuklah beberapa buah komputer riba, telefon bimbit serta sejumlah wang. Wakil dari Unit Kebajikan BKAWM telah melawat saudari Amirah Faqihah di Tanta serta menghulurkan sumbangan bagi meringankan bebanan yang menimpa mereka. Pepatah ada menyebut, malang tidak berbau. Namun, segala ketentuan meskipun musibah telah ditetapkan dan haruslah kita terima dengan sabar. Semoga saudari Amirah Faqihah tabah menghadapi dugaan yang menimpa beliau.

BERITA LIGA MAHABBAH (DG AMALI)

Image
Liga Mahabbah Kaherah 9 November - Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah menganjurkan sebuah perlawanan futsal yang bertempat di Nadi Syabab, Hayyu Sadis. Aktiviti yang bertujuan untuk merapatkan ukhuwah dan melahirkan generasi pelapis yang mahir dalam bidang sukan ini telah dihadiri oleh ahli-ahli BKAWM, pelajar-pelajar dari Darul Rahim serta Badan Pengurus PMRAM, Saudara Muhammad Syazwan Bin Hamzah. Pihak penganjur telah membuat persiapan 2 minggu sebelum perlawanan bagi mencari pemain-pemain, menyiapkan jadual perlawanan, menempah padang dan menyiapkan barang-barang perlawanan. Hasil pencarian pihak penganjur, sebanyak 6 buah kumpulan telah mendaftar untuk berentap. Mereka adalah X miro FC, Mujahidin FC, Algigi United, Bagaimana?, Team Cam Bagus FC dan Bersih FC. Perlawanan yang diadakan berbentuk liga, bermula pada jam 8.10 malam. Semua kumpulan menunjukkan semangat yang tinggi untuk menjuarai perlawanan futsal ini, dan kumpulan X miro FC berjaya

Majlis Perpisahan Mutiara BKAWM

Image
KAHERAH, 13 November - Sebuah majlis perpisahan telah dianjurkan oleh Unit Kebajikan, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) bagi meraikan kepulangan mutiara - mutiara yang telah banyak berjasa selama ini. Majlis dijalankan di Dewan Sri Putra, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP).  Antara mutiara yang bakal pulang dan meneruskan perjuangan di Malaysia ialah mantan Yang Dipertua BKAWM sesi 2011/2012, saudara Mohd Mawardi bin Mohd Zain, mantan Naib Pengerusi HEWI 1 BKAWM sesi 2011/2012, saudari Nurul Hanna binti Mohammad Bokhari, serta mantan Naib Pengerusi HEWI 2 juga sesi lepas, saudari Siti Norhalimah binti Saleh. Seterusnya saudari Hazirah binti Yusof   serta saudari Khairul Bariah binti Azhar ,aktivis-aktivis yang cukup banyak membantu BKAWM dari dahulu sehingga kini.                 Majlis bermula sejurus selepas menunaikan solat maghrib dengan solat hajat dan bacaan tahlil yang diketuai oleh Yang Dipertua BKAWM, saudara Muhd Bazli bin Zakaria. Selesai

Jaulah Abu Ala' - Persediaan Musim Sejuk

KAHERAH, 7 November – Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) di bawah Unit Perumahan dan Rehlah telah mengadakan lawatan ke Abu ‘Ala, gedung pakaian musim sejuk yang sudah tidak asing lagi dalam kalangan pelajar Malaysia di Mesir. Lawatan telah dijalankan pada 7 November yang lalu. Lawatan ini bertujuan sebagai persediaan buat para ahli, terutama pelajar-pelajar baru untuk menghadapi musim sejuk yang bakal tiba tidak lama lagi. Sebuah bas mini (coaster) telah ditempah yang memuatkan 22 orang siswi, termasuk empat orang pengiring siswi serta enam orang siswa termasuk dua pengiring siswa. Rombongan ini telah bertolak jam 7.00 malam dan tiba di Abu ‘Ala pada jam 8.00 malam setelah melalui lalu - lintas yang agak sesak. Para peserta rombongan sangat teruja sepanjang lawatan berlangsung. Pelbagai perkara baru telah mereka pelajari terutama cara berkomunikasi dalam berjual – beli dengan masyarakat Arab Mesir. Ikatan persaudaraan sesama ahli juga semakin erat. “Law

MEKAR '12 - Mengerat Kesatuan, Menyubur Pengorbanan

Image
Kaherah, 27 OKTOBER –   Setiap tahun, sambutan Hari Raya Aidil Adha disambut dengan penuh meriah   di segenap pelusuk negara Islam. Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) juga tidak terkecuali untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini. Majlis Eidul Adha dan Sambutan Ulang Tahun BKAWM (MEKAR ’12) telah disambut dengan meriah selama 3 hari di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP). Pelbagai persiapan telah dibuat bagi menjayakan program ini antaranya termasuklah program gotong-royong khas sempena MEKAR ’12 yang menerima penglibatan daripada kesemua penghuni ARWP. Selari dangan temanya pada tahun ini, iaitu ‘Taat dalam Pengorbanan Memacu Keunggulan Sahsiah’, MEKAR’12 mempunyai objektif utama untuk memacu keunggulan sahsiah melalui pengorbanan yang perlu dilakukan dalam kehidupan di samping merapatkan ukhuwah antara ahli BKAWM sebagai sebuah institusi keluarga bagi menggantikan keluarga yang jauh di Malaysia. Selain itu, tidak lupa juga untuk

DG Gabungan - Medan Pemerkasaan Ukhuwah Mahasiswi

Image
Kaherah, 13 Oktober 2012 – Unit Fasilitator di bawah Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir  (BKAWM) sesi 2012/2013  telah menganjurkan Discussion Group Gabungan khusus buat mahasiswi di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan, pada 12 Oktober 2012. Discussion Group atau singkatannya DG merupakan nama khas bagi program usrah yang dijalankan secara mingguan pada setiap Jumaat. DG merupakan antara medium terpenting dalam membentuk kefahaman dalam kalangan ahli BKAWM juga sebagai saluran merapatkan ukhuwah. Pembukaan  usrah bagi  sesi ini, Unit Fasilitator merancang untuk mengadakan DG Gabungan bagi mengeratkan lagi ukhuwah di antara mahasiswi lama dan baru. Selain itu, pencerahan mengenai perjalanan Discussion Group yang akan dijalankan pada setiap hari Jumaat turut diberi penekanan. Program yang bermula seawal jam 7.00 pagi ini telah dipengerusikan oleh saudari Afifah bt Ramli, Timbalan Unit Fasilitator. Antara aktiviti menarik yang telah