Posts

Showing posts from January, 2014

KEJOHANAN PING-PONG MENGIKAT UKHUWAH AHLI WILAYAH

Image
KAHERAH, 28 JANUARI 2014 – Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan sesi 2013/2014 telah menganjurkan sebuah program Kejohanan Ping-pong Anak Wilayah 2014 khusus buat anak wilayah yang menetap di bumi Mesir ini. Kejohanan Ping-pong Anak Wilayah 2014 pada kali ini bertemakan “Riadhah Pemangkin Kekuatan Ukhuwah” serta membawa 2 objektif utama dalam program ini iaitu:- 1.       Mengasah dan mencungkil bakat ahli dalam sukan 2.       Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli. Program ini berlangsung selama 2 hari iaitu bermula pada 27 dan 28 Januari 2014 bertempat di Dewan Sri Putra, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan. Sebanyak 8 penyertaan bagi kategori perseorangan dan 8 pasukan yang mendaftarkan diri untuk kategori beregu. Program bermula dengan ucapan perasmian daripada Yang Dipertua BKAWM sesi 2013/2014 iaitu saudara Syazwan Syamil bin Razman . Seterusnya perlawanan bermula dari pagi hingga petang. Penyampaian hadiah disampaikan oleh Encik Yahya bin Hanif, Pegawai Pe