Posts

Showing posts from October, 2021
Image
[ TINTA SISWA: ISLAM DAN IDEOLOGI SEMASA ] Firman Allah SWT: يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِي ٱلسِّلۡمِ كَآفَّةٗ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيۡطَٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوّٞ مُّبِينٞ Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu." (Surah al-Baqarah: Ayat 208) Akar umbi kepada sebuah pemikiran adalah akidah, jika ia rosak maka rosaklah keseluruhannya.  Begitu juga diibaratkan seorang muslim yang pincang akidahnya akan mudah terpengaruh dengan ideologi-ideologi barat ciptaan manusia. Dalam tak sedar, benih kesesatan mula meresap dalam diri, halus dan membinasakan. Manusia mula merasa cara yang diajar Islam tidak relevan dalam urusan dunia moden kini.  Bahkan, apa yang lebih parah apabila manusia berpandangan negara Barat dan Eropah adalah “role model” terbaik dalam menggapai kemajuan.  Oleh sebab itu, pentingnya kita mendalami Is

[ KALAM PIMPINAN: RAHMAT DI SEBALIK UJIAN ]

Image
[ KALAM PIMPINAN: RAHMAT DI SEBALIK UJIAN ]  بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره, ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا, من يهده الله فلا مضل له, ومن يضلل فلا هادي له, وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له, وأشهد أن محمدا عبده ورسوله. Ada banyak orang berani yang tidak mengakhiri hidup sebagai seorang yang pemberani. Kerana mereka gagal menahan beban yang mendatang. Kesabaran adalah daya tahan psikologi yang menentukan sejauh apa kita mampu membawa beban, dan sekuat apa kita mampu bertahan dalam menghadapi tekanan hidup. 1. Allah tingkatkan darjat dan keimanan kita. Dalam surah al-Ankabut ayat 2, Allah telah berfirman yang mafhumnya, “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman”, sedangkan mereka tidak diuji?”. Bermakna apa juga musibah, bala atau ujian, Allah datangkan dan izinkan berlaku bagi meningkatkan lagi keimanan dan darjat seseorang hamba itu di sisi-Nya. Ada orang apa

[ KENYATAAN RASMI SETIAUSAHA AGUNG BKAWM: PELANTIKAN AJKT KEKAL BKAWM SESI 2021/2022 ]

Image
[ KENYATAAN RASMI SETIAUSAHA AGUNG BKAWM: PELANTIKAN AJKT  KEKAL BKAWM SESI 2021/2022 ] بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam kerana dengan rahmat serta petunjuk-Nya, dihidupkan kita pada hari ini dengan pelbagai nikmat untuk kita syukuri. Selawat dan salam kepada junjungan besar, Nabi Muhammad SAW. Berkat perjuangan baginda, kita masih bernafas dengan kalimah syahadah. Sesi 2021 kian melabuh, seiring kemunculan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) BKAWM. Maka sudah tiba saat kita melihat wajah-wajah baharu pimpinan BKAWM yang akan datang. Maka, berdasarkan perlembagaan BKAWM Fasal 16 (2): "........ dua AJK Tadbir siswa dan dua AJK Tadbir siswi akan dipilih di dalam Mesyuarat AJK Tadbir untuk dikekalkan apabila berlakunya pembubaran AJK Tadbir di Mesyuarat Agung Tahunan." Oleh itu, sukacita diumumkan bahawa 2 orang AJK Tadbir kekal siswa dan 2 orang AJK Tadbir kekal siswi Badan Kebajikan Anak Wilayah Persek