Posts

Showing posts from September, 2016

[ KENYATAAN RASMI SETIAUSAHA AGUNG BKAWM: PERLANTIKAN AJKT KEKAL BKAWM SESI 2016/2017 ]

Image
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam kerana dengan rahmat serta petunjuk-Nya, dihidupkan kita pada hari ini dengan bermacam-macam nikmat untuk kita syukuri. Selawat dan salam kepada junjungan besar, Nabi Muhammad SAW. kerana berkat perjuangan baginda, kita bernafas dengan kalimah syahadah, Alhamdulillah.

[ KENYATAAN RASMI SETIAUSAHA AGUNG BKAWM: PERLANTIKAN AJKT KEKAL BKAWM SESI 2016/2017 ]

Image
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam kerana dengan rahmat serta petunjuk-Nya, dihidupkan kita pada hari ini dengan bermacam-macam nikmat untuk kita syukuri. Selawat dan salam kepada junjungan besar, Nabi Muhammad SAW. kerana berkat perjuangan baginda, kita bernafas dengan kalimah syahadah, Alhamdulillah.

[ KALAM PIMPINAN TIMBALAN LAJNAH DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN: BULAN ZULHIJJAH BULAN IBRAH ]

BULAN ZULHIJJAH BULAN IBRAH    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah SWT di atas nikmat yang tidak akan mampu kita kira mahupun balas. Maha suci Tuhan, Engkau sahaja yang layak memuji diri-Mu. Tiada pujian yg mampu menandingi pujian-Mu ke atas diri-Mu. Selawat dan salam yang sempurna kepada Rasulullah SAW dan juga ahli keluarga baginda SAW.  Bermacam nikmat dan kemuliaan yang dikurniakan tuhan yang seharusnya menjadikan kita hamba yang bersyukur. Bersyukur kerana dimuliakan Allah SWT untuk bertemu dengan bulan yang mulia ini iaitu bulan Zulhijjah yang merupakan antara bulan-bulan haram berperang. Bersyukur juga kerana dianugerahkan kepada kita 1 hingga 10 Zulhijjah yang merupakan sebaik-baik hari yang Allah azza wa jalla anugerahkan buat umat Muhammad SAW. Allah SWT bersumpah di dalam surah al-Fajr dengan berfirmannya, “Demi malam yang sepuluh.” Para ulama berbeza penafsiran terhadap ayat ini. Ada ulama yang mengatakan ian

[ PENGUMUMAN: Pengarah SPR BKAWM 2016 Telah Dilantik ]

Image
[ PENGUMUMAN: Pengarah SPR BKAWM 2016 Telah Dilantik ] Assalamualaikum WBT      Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.      Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tadbir BKAWM telah diadakan pada 8 September yang lalu dan kesemuanya telah pun bersetuju untuk membentuk sebuah organisasi berkecuali iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya 2016 bagi menguruskan pemilihan barisan kepimpinan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir bagi sesi 2016/2017.      Oleh itu, peringkat BKAWM telah melantik saudara Muhammad Abdul Hadi bin Ismut sebagai Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya 2016 dan saudari Rafida binti Haniffa sebagai Timbalan Pengarah bagi mengetuai pemilihan tersebut. Kenyataan Rasmi Pengarah akan dikeluarkan bagi memaklumkan perjalanan Suruhanjaya Pilihan Raya 2016.      Untuk mengetahui tentang perjalanan SPR BKAWM pada kali ini, sila layari Pa

[ BERITA: MERDEKA '16 ]

Image
KAHERAH, 5 September 2016 - Tanggal 31 Ogos merupakan hari kemerdekaan Malaysia dan saban tahun disambut dengan meriah oleh seluruh rakyat Malaysia sama ada di dalam mahupun di luar negara. Sehubungan dengan itu, Unit Kemasyarakatan, Sukan dan Rehlah BKAWM sesi 2015/2016 telah menganjurkan sebuah program sambutan kemerdekaan iaitu MERDEKA '16 yang bertemakan "Untukmu Malaysia" pada 26, 27 Ogos dan 1 September 2016 yang lalu.    Program selama tiga hari ini bertujuan untuk memberi peluang kepada semua ahli Wilayah Persekutuan yang berada di Perlembahan Nil untuk sama-sama menyambut hari kemerdekaan di samping menambahkan kecintaan kepada negara Malaysia dan menghargai jasa pejuang-pejuang negara yang bekerja keras dalam membebaskan negara dari cengkaman penjajah.    Pada hari pertama, program dimulakan dengan aktiviti 'indoor' yang dilaksanakan secara berkumpulan. Pelbagai acara menarik yang dipertandingkan. Antaranya ialah melukis, 'word search', tek

[ RISALAH AL- HIKMAH: ANGINA ]

Image
   Have you ever heard about the angina? Sometime the people said that is a disease but actually it is a symptom of underlying heart problem, usually coronary heart disease. Coronary is one of the important of anatomical to supply the oxygen rich in blood for heart as a nutrient and etc. The usually happens when one or more coronory blocked or narrow, also called ischemia. When the heart didn’t get the enough supply of blood, so it will disturb the fuctional and anatomical of heart. Angina has many types. Knowing the types and differents is important especially for the treatment. Types: · Stable Angina / Angina Pectoris · Unstable Angina · Variant (Prinzmetal) Angina · Microvascular Angina Underlying the risk factors If somebody at risk of heart disease or coronary, he will possibility at risk of angina.The Major causes of coronary heart disease: · cholesterol levels · High blood pressure · Smoking · Diabetes · Overweight or obesi

[ BERITA: JAULAH SOIFIYAH FAYOUM (SAFI '16) ]

Image
KAHERAH, 21 Ogos 2016- Bersempena cuti semester musim panas, Unit Kemasyarakatan, Sukan dan Rehlah (UKSR) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2015/2016 telah menganjurkan Jaulah Soifiyah Fayoum 2016 (SAFI ‘16) khusus untuk siswi. Program ini telah berlangsung pada hari Sabtu, 20 Ogos 2016 yang lalu dengan bertemakan "Jaulah Menelusuri Ibrah". Antara objektif program ini adalah untuk meningkatkan keimanan kepada Allah SWT dengan menghayati dan mentadabbur alam ciptaanNya, serta menambah ilmu dan meluaskan pengetahuan ahli dalam sejarah melalui tempat yang dilawati. Selain itu, program ini juga diadakan bagi mengisi masa lapang serta memanfaatkan waktu cuti, di samping mengeratkan ukhuwah dalam kalangan ahli BKAWM khususnya dengan ahli baru.       Antara tempat yang telah dilawati oleh para peserta ialah Tasik Qarun, iaitu tasik ketiga terbesar di Mesir yang mana, disitulah Allah SWT menenggelamkan Qarun beserta harta kekayaannya. Kemudian, para peserta