Posts

Showing posts from March, 2014

Kalam Pimpinan: Mencapai Kejayaan Dalam Kehidupan

Image
                             Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji-pujian hanyalah untuk Allah Rabbul Izzati atas segala nikmat dan ujian yang telah dikurniakan oleh Allah SWT di dunia mahupun di akhirat kelak. Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah SAW dan ahli keluarga Baginda serta sahabat-sahabat Baginda.                 Firman Allah SWT di dalam Al-Quranul Karim : Mafhumnya : “ Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. (Iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya. ” ( Surah Al-Mukminun Ayat 1-2 Juzuk 18 ).                 Kejayaan duniawi dan ukhrawi merupakan antara elemen yang sentiasa disematkan dalam mentaliti insan rabbani sebagai matlamat utama dalam kehidupan. Terdapat pelbagai bentuk kejayaan yang dapat dilihat dalam aspek kehidupan rohani mahupun jasmani. Antaranya adalah tahap intelektualiti seseorang individu yang sering diimpikan oleh golongan mahasiswa seperti kita. Maka, unsur ini diserapkan dalam jiwa kita sebaga

Pelapis Berkualiti Pengukuh Organisasi

Image
KAHERAH, 19 Mac 2014- Lajnah Perancang Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2013/2014 telah menganjurkan program The Apprentice 2014 iaitu sebuah program bagi melahirkan generasi pelapis yang berkualiti dan terlatih serta bakal meneruskan kesinambungan BKAWM di masa hadapan. The Apprentice 2014 yang bertemakan ‘Pelapis Berkualiti, Pengukuh Organisasi’ ini diadakan bagi mencapai beberapa objektif, iaitu: 1. Melahirkan ahli yang faham tanggungjawab sebagai generasi pelapis BKAWM. 2. Melahirkan ahli yang memahami sejarah BKAWM. 3. Menjalin hubungan yang erat antara AJKT dan mentee BKAWM.      Program bermula seawal 4.00 p.m dengan penyertaan seramai 19 orang peserta di Dewan Sri Putra, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan. Peserta program bersiri yang berkonsepkan ukhuwah ini disajikan dengan beberapa slot yang ringkas tetapi padat selain aktiviti di dalam kumpulan yang dilaksanakan bersama fasilitator dan mentor masing-masing. Antaranya ialah slot yang bertajuk Ukhuw

Kursus Intensif WIMAC Membina Generasi Berkualiti

Image
KAHERAH, 20 Mac 2014- Unit Penerangan dan Penerbitan (UPP) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2013/2014 telah mengadakan Kursus Intensif WIMAC (Wilayah Multimedia Centre) pada 18 Mac 2014 yang lalu.    Kursus satu hari ini bermula pada Jam 9.00 malam dan diadakan di Dewan Sri Putra, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP). Seramai 16 orang peserta memenuhi kuota pendaftaran yang terdiri daripada ahli ARWP dan juga ahli rumah sewa.    Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ahli khususnya AJK WIMAC dan AJK UPP tentang peralatan multimedia dan cara-cara pengendaliannya. Selain itu, kursus ini juga diadakan bagi melahirkan pelapis BKAWM yang mahir dalam pelbagai bidang kemahiran.    Kursus ini telah dikendalikan oleh saudara Muhammad Yasin bin Awang, Setiausaha Agung BKAWM sesi 2013/2014 yang juga merupakan mantan Ketua UPP sesi 2012/2013. Peserta yang hadir memanfaatkan peluang yang ada dan tidak melepaskan peluang keemasan ini bagi menimba ilmu

Ziarah AJKT dan HEWI 2014

Image
KAHERAH, 14 MAC 2014 – Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2013/2014 telah menganjurkan Ziarah AJKT dan HEWI 2014 (ZIARAH ’14) pada 6 Mac 2014 di muhafazah Iskandariah dan Zagazig serta di muhafazah Tanta dan Mansurah pada 11 Mac 2014. Beberapa objektif utama program Ziarah ’14 yang digariskan ialah:- 1.           Merapatkan ukhuwah antara pimpinan dengan ahli 2.           Mepertingkatkan peranan PERMAS di setiap cawangan. 3.           Menyampaikan maklumat dan isu terkini BKAWM. Sambutan yang diterima menggalakkan dengan kehadiran ahli-ahli ke program Ziarah ’14. Ini menunjukkan komitmen dan kecaknaan yang membanggakan ditunjuk oleh ahli-ahli di muhafazah yang diziarahi walaupun ada yang sibuk dengan kekangan masa dengan pelajaran. Antara aktiviti yang dilakukan ialah ziarah ke rumah ahli-ahli di muhafazah serta terdapat Majlis Ramah Mesra bersama AJKT dan HEWI Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir 2013/2014. Antara pengisian ramah mesra ial

PERMAS Zagazig Menerima Sumbangan

Image
KAHERAH, 7 Mac 2014- Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) melahirkan rasa simpati atas musibah yang menimpa keluarga saudara Mohd Zubir bin Ahmad dan pasangannya. Puteri sulung pasangan ini telah ditahan di hospital di Zagazig bagi mendapatkan rawatan lanjut selepas disahkan menghidap pneumonia iaitu jangkitan pada paru-paru. Ummu Humaira’ binti Zubir, 3 bulan telah dimasukkan ke wad kecemasan sejak 3 Mac yang lalu. Saudara Mohd Zubir yang juga merupakan Perwakilan Mahasiswa (PERMAS) BKAWM cawangan Zagazig telah menerima sumbangan daripada pihak BKAWM semalam. Sumbangan disampaikan oleh saudara Muhammad Syazwan Syamil bin Mohd Razman, Yang Dipertua BKAWM sesi 2013/2014 di dalam Majlis Ramah Mesra bersama barisan kepimpinan BKAWM sesi 2013/2014 yang diadakan di Zagazig Malaysian Student’s Hall, Zagazig. Pihak BKAWM mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Mohd Zubir yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan Majlis Ramah Mesra semalam dan kami mendoaka