Posts

Showing posts from October, 2014

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-16 & Malam Apresiasi Gemilang

Image
KAHERAH, 19 Oktober 2014 - Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke-16 dan Malam Apresiasi Gemilang (MAG) telah berlangsung pada18 dan 19 Oktober 2014 yang lalu bagi menandakan berakhirnya sesi kepimpinan bagi barisan AJKT Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM)sesi 2013/2014. Program yang diadakan saban tahun ini bertemakan ‘Mahasiswa Dinamik, Mencetus Solusi’ bertujuan untuk mencapai beberapa objektif

MY ADHA'14 "Menghayati Pengorbanan, Menyubur Ketaqwaan"

Image
KAHERAH, 2 Oktober 2014: Lajnah Dakwah Dan Pembangunan Insan BKAWM sesi 2014/2015 telah menganjurkan Majlis Perayaan Hari Raya Adha 2014 (MY ADHA'14) dengan bertemakan "Menghayati Pengorbanan , Menyubur Ketaqwaan".             Sambutan ini diadakan bagi menghayati erti pengorbanan seperti yang telah disyariatkan oleh Islam dan memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan ahli BKAWM serta menambahkan pengetahuan yang berkaitan Aidiladha dan ibadah korban.

DIREKTORI AHLI JAWATANKUASA TADBIR DAN AJK HEWI BKAWM SESI 2014/2015

Image
SENARAI AHLI JAWATANKUASA TADBIR (AJKT) PORTFOLIO BADAN KEBAJIKAN ANAK WILAYAH PERSEKUTUAN MESIR SESI 2014/2015 PMRAM CAWANGAN WILAYAH PERSEKUTUAN

MAKLUMAN PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA HAL EHWAL WANITA ISLAM (HEWI) BADAN KEBAJIKAN ANAK WILAYAH PERSEKUTUAN MESIR (BKAWM) SESI 2014/2015

Image
MAKLUMAN PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA HAL EHWAL WANITA ISLAM ( HEWI ) BADAN KEBAJIKAN ANAK WILAYAH PERSEKUTUAN MESIR (BKAWM) SESI 201 4 /201 5 بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sepertimana yang telah diumumkan oleh Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya BKAWM sesi 2013/2014, saudara Muhammad Daud bin Ashaari pada 19 Oktober 2014 yang lalu iaitu berlaku satu kekosongan dalam barisan kepimpinan Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) BKAWM sesi 2014/2015. Sehubungan dengan itu, pihak AJKT BKAWM telah bersetuju untuk melantik seorang daripada ahli BKAWM bagi mengisi kekosongan tersebut. Berdasarkan perkara yang telah diperuntukan di dalam Perlembagaan BKAWM pada Fasal 16: Pentadbiran ceraian yang pertama (1): “ BKAWM ditadbir oleh lapan (sembilan) orang AJK Tadbir siswa dan tujuh (lapan) orang AJK Tadbir siswi ” Dan ceraian yang kelima (5) yang berbunyi: “ Sekiranya seseorang AJK Tadbir tidak lagi menjawa

PENGUMUMAN SENARAI CALON AJKT SESI 2014/2015

Image
Adalah dengan segala hormatnya ingin diumumkan bahawasanya SPR BKAWM sesi ini telah menerima beberapa pencalonan untuk beberapa jawatan dalam barisan kepimpinan BKAWM sesi 2014/2015.  Telah diterima satu pencalonan bagi jawatan Yang Dipertua BKAWM, satu pencalonan bagi jawatan Naib Pengerusi HEWI BKAWM, enam pencalonan bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Tadbir BKAWM dan empat pencalonan bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita BKAWM bagi sesi 2014/2015. Senarai calon AJKT sesi 2014/2015 adalah seperti berikut:    Sebarang pertanyaan sila hubungi: Pengarah SPR BKAWM: Muhammad Daud bin Ashaari (+2011 1672 1442) Timbalan Pengarah SPR BKAWM: Norhazirah binti Mat Basri (+2011 2642 6334) Sekian, dimaklumkan. “BERSIH, TELUS DAN AMANAH” Saya yang menjalankan amanah, (MUHAMMAD DAUD BIN ASHAARI) Pengarah, Suruhanjaya Pilihanraya, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir, Sesi 2013/2014.