[KENYATAAN RASMI TIMBALAN YANG DIPERTUA: PENANGGUHAN PROGRAM FASA 2]


Assalamualaikum

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam yang telah melimpahkan rahmatNya ke atas diri kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat dan keluarganya.

 Bersempena dengan musim peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2016/2017 akan membuat penangguhan aktiviti dan program. Penangguhan ini akan bermula pada 20 April 2017 sehingga tamat peperiksaan fasa 2.

[KALAM PIMPINAN : MUDA MASA BERHARGAMU]




Masa muda adalah masa yang paling berharga bagi setiap manusia. Amatlah rugi sekiranya masa muda dibazirkan dengan aktiviti yang tidak bermanfaat. Masa muda adalah masa yang terbaik untuk mempelajari dan menguasai sesuatu bidang ilmu. 

“Rasulullah SAW telah bersabda: Diantara (tanda) kebaikan keislaman seseorang, adalah dia meninggalkan perkata yang tidak berguna baginya.” (Hadis Hasan)

Seorang pemuda seharusnya bijak dalam menguruskan diri sendiri agar seimbang dalam semua bidang. Tugas utama menuntut ilmu tidak diketepikan, dalam masa yang sama  ilmu kemahiran diasah dan diceburi. Di dalam turutan 10 muwasofat tarbiah dalam matan “Memberi manfaat kepada orang lain” adalah suatu yang dituntut. Mereka seharusnya bijak menempatkan diri dalam kalangan masyarakat.  

[RISALAH IQTISODIAH : SIRI 01]




Boikot: Antara Realiti dan Kontroversi
                                     Muhammad Ilman bin Abdul Razak

Siri 01
Pendahuluan

Semenjak krisis antara Palestin-Israel kembali meruncing, perbincangan berkenaan boikot menjadi salah satu isu yang giat dipolemikkan dan diperbincangkan; adakah ianya berkesan ataupun tidak di dalam memberikan tekanan terhadap negara haram Israel atau sebenarnya hanya menzalimi perusahaan perniagaan yang tidak terkait dengan kezaliman di Gaza?

Adakah Wajib Untuk Boikot?

Sebelum kita pergi lebih lanjut, sebaiknya kita melihat terlebih dahulu perbincangan di kalangan ulama’ berkenaan boikot secara ringkas; adakah ianya dibolehkan atau sebaliknya. Pada permulaan, kita fahami dahulu hukum asal jual beli antara muslim dan orang yahudi (atau syarikat dimiliki orang yahudi). Menjalankan aktiviti jual beli barangan dan perkhidmatan daripada orang yahudi asal hukumnya adalah harus, ianya disandarkan kepada tindakan nabi Muhammad SAW membeli makanan daripada orang yahudi yang dirakamkan di dalam hadith riwayat Bukhari. Begitu juga Allah menghalalkan memakan daging sembelihan ahli kitab dan turut sama dibolehkan untuk mengahwini mereka, maka apatah lagi berurus niaga dengan mereka (selagi mana menepati syarat jual beli di dalam Islam).

[LETUPAN DI DUA WILAYAH]


KAHERAH,9 April 2017- Satu kejadian bom telah berlaku di sebuah gereja di Iskandariah dan beberapa jam selepas itu, kita dikejutkan lagi dengan satu pengeboman sebuah gereja Koptik di bandar Tanta.

Menurut Kementerian Kesihatan, enam orang  terbunuh manakala 33 orang lagi cedera dalam letupan di Gereja Saint Mark, Iskandariah. Kejadian berlaku ketika mereka menghadiri ke perhimpunan sempena sambutan Palm Sunday. Manakala,  gereja di Tanta, lebih 26 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam serangan itu.

Oleh itu, pihak BKAWM menyarankan supaya warga Malaysia menjaga keselamatan dan lebih berwaspada serta berhati-hati dengan keadaan sekeliling.

Disediakan oleh,
Unit Wilayah Multimedia Centre (WIMAC),
Unit Penerangan dan Penerbitan BKAWM sesi 2016/2017

"Menjulang Thaqafah, Melestarikan Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

[ISU SEMASA : SERANGAN GAS BERACUN DI SYRIA]




Selasa, 4 April 2017, Bandar Khan Sheikhun, barat laut Syria, sekurang-kurangnya 58 orang termasuk kanak-kanak terkorban dalam serangan gas beracun yang dilepaskan beberapa jet pejuang. Tindakan itu juga menyebabkan puluhan lagi mengalami masalah pernafasan serta simptom muntah dan mulut berbuih.

[KALAM PIMPINAN: MENELUSURI DUNIA IMTIHAN]


Segala puji dan syukur dipanjatkan  ke hadrat Ilahi, Tuhan yang maha berkuasa ke atas segala sesuatu, dan dengan cahaya petunjukNya mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya keimanan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang telah bersusah payah membawa risalah agama tercinta ini. Tanpa kesungguhan dan berkat kesabaran baginda, sudah tentu kita tidak dapat mengecapi dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam.

Firman Allah SWT :

( وَالْعَصْرِ * إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ * إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ)
[Surah Al-Asr 1 - 3]

Ayat di atas jelas menunjukkan tentang kepentingan menjaga masa terutamanya ketika musim imtihan ini. Perancangan masa yang teratur sangat penting dalam menjaga kualiti ilmu yang dikecapi baik dari segi membaca mahupun secara hafalan.

[BERITA : WILAYAH PERSEKUTUAN ACTIVIST GATHERING]


KAHERAH, 28 Mac 2017- Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2016/2017 telah mengadakan satu program yang berobjektifkan untuk meraikan ahli yang komited dengan BKAWM. Program yang dinamakan Wilayah Persekutuan Activist Gathering telah diadakan di Asrama Baharu Wilayah Persekutuan, Hayyu Sabie’ bermula pada waktu petang sejurus selepas sesi perkuliahan.

KONGRES BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI : SATU SEJARAH TERCIPTA! MERCU KESATUAN TEGUH TERBINA


KHAMIS, 30 Mac 2017 – Satu program yang dinamakan Kongres Badan Kebajikan Anak Negeri anjuran Majlis Gabungan Badan Kebajikan Anak Negeri (MG BKAN) telah diadakan buat julung-julung kalinya di Mesir. Kongres BKAN ini diadakan di Dewan American Future Language School. Program yang bertemakan “Bersatu Hati, Teguh Berdiri” ini telah berjaya menghimpunkan seramai 1261 orang mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di Mesir.

 Program ini dimulai dengan majlis perasmian yang disempurnakan oleh Ustaz Muhamad Nazif bin Shaari, Yang DiPertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sebagai wakil barisan Yang DiPertua. Seterusnya program diteruskan dengan slot pembentangan dan perbahasan isu mahasiswa Malaysia di Mesir yang dikendalikan oleh wakil YDP BKAN. Slot ini membincangkan empat topik utama iaitu isu hisbah yang dibentangkan oleh Ustaz Muhammad Arif bin Hamzah (YDP BKPJM), isu hak mahasiswa oleh Ustaz Muhammad Anuar bin Abdullah (YDP BKKIMM), manakala isu akademik dan kesatuan dibentangkan oleh Ustaz Mohd Fariz bin Mohd Zaini (YDP BKPPPM). Seterusnya program diteruskan dengan slot pandangan, cadangan dan muhasabah daripada seluruh mahasiswa dan mahasiswi yang membanjiri dewan American Future Language School ini.

 Persembahan nasyid daripada kumpulan al-Wadi yang dijemput khas oleh pihak pelaksana program menyerikan lagi suasana perjalanan program. Kemudian, slot MG BKAN dikendalikan oleh Ustaz Khairul Naim bin Abd Razak, Yang DiPertua Keluarga Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM). Beliau membentangkan gerak kerja koordinator MG BKAN sesi lalu, seterusnya memperkenalkan barisan koordinator MG BKAN sesi baru.

 Akhir sekali, majlis penutup Kongres BKAN disempurnakan dengan pengumuman resolusi kongres dan bacaan doa penutup yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Karim bin Makhtar, Yang DiPertua Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir (KPKM) sebagai wakil barisan YDP BKAN. Kongres BKAN pada kali ini melabuhkan tirai sekitar jam 11.30 malam dengan sesi bergambar.

" Bersatu Hati, Teguh Berdiri "

" Muafakat Asas Kejayaan "

Blogroll

Loading...